Upacara campak bayi dari ketinggian 50 kaki di India dipercayai bawa tuah.
Tahukah anda pada 700 tahun di India dahulu terdapatnya satu ritual keagamaan yang memerlukan seorang bayi dicampakkan dari ketinggian 30 hingga 50 kaki bagi ‘memanggil tuah’?
Selepas dua bulan dilahirkan, bayi akan diserahkan untuk dicampakkan dari ketinggian tersebut dan akan disambut oleh selimut yang dipegang oleh orang ramai yang berada di kawasan bawah.
Ritual ini kebanyakannya dilakukan di kawasan pendalaman India iaitu di wilayah Maharashtra dan Karnataka melibatkan mereka yang beragama Hindu dan Islam.
Ritual ini dipercayai dilakukan susulan pada ketika itu angka korban bayi meningkat ditambah pula dengan kurangnya pengetahuan perubatan dan tiada tempat mengadu, penduduk lebih percaya kepada perkara-perkara sebegini biarpun tiada bukti ianya mampu membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam satu lagenda ada menyebut, ritual menjatuhkan bayi yang sakit dari ketinggian tersebut bermula apabila ianya dijadikan sebagai cara menunjukkan kepercayaan kepada kuasa Tuhan.
Semasa bayi dilepaskan, mereka percaya bayi sebenarnya secara ajaib dibuai oleh buaian gantung ajaib yang muncul di udara.
Sejak daripada itu, para penduduk mula meminta agar bayi-bayi yang baru dilahirkan dicampak sebagai persembahan kepada Tuhan untuk mengabulkan doa mereka.
Pada ketika itu tiada siapa yang mempersoalkan mengenai bahaya kerana kepercayaan kukuh ianya akan membawa tuah kepada bayi tersebut; panjang umur, murah rezeki dan sebagainya.
Pada tahun 2009, ritual ini terbongkar selepas satu hantaran video mula tular di laman media sosial. Hasil campur tangan Suruhanjaya Nasional Perlindungan Hak Kanak-Kanak, ritual ini diarahkan untuk dihentikan dan diharamkan di bawah Undang-undang Hak Kanak-kanak kerana membawa kesan buruk kepada fizikal dan mental bayi.
Speak Your Mind