Video ‘Tak Buat Apa-Apa Selama 2 Jam’ Ini Berjaya Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Sebulan

Video ‘tak buat apa-apa selama dua jam’ ini berjaya raih tiga juta tontonan.

Menjadi seorang YouTuber harus ada sifat kreatif supaya mampu menarik orang ramai untuk menonton setiap video yang dimuat naik.

Seorang YouTuber Indonesia yang menamakan saluran YouTubenya dengan nama Sobat Miskin Official berjaya menarik orang ramai untuk menonton video berdurasi dua jam 20 minit hanya dengan tidak berbuat apa-apa.

Video ‘2 Jam Nggak Ngapa-Ngapain‘ yang dimuat naik 10 Julai lalu pada awalnya menjadi tular di Indonesia kemudiannya tersebar di Malaysia. Baru satu minggu dimuat naik, jumlah tontonan yang diraih lelaki ini sudah pun mencapai 600,000.

Di ruangan deskripsi, lelaki tersebut memberitahu tujuan beliau memuat naik video tersebut adalah kerana didesak subscibernya yang mahukan beliau mendidik anak muda.

Video ‘Tak Buat Apa-Apa Selama 2 Jam’ Ini Berjaya Raih 3 Juta Tontonan 1

Dengan berat hati akhirnya terhasillah video ‘tak buat apa-apa selama dua jam’ ini. Beliau menyerahkan kepada penonton sama ada mendapat manfaat atau pun tidak daripada menonton video tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata daripada penonton melahirkan rasa geli hati dengan cara lelaki ini menghasilkan video.

Setakat ini, video tersebut sudah pun berjaya meraih tontonan sebanyak 3.07 juta totonan dengan jumlah suka sebanyak 79,000 dan tidak suka sebanyak 6,700.

Beliau yang kini mempunyai 37,600 subscriber banyak menghasilkan kandungan video-video yang menarik dan unik antaranya makan mi segera berkuahkan air gas jenama Fanta dan makan sabun #tutorhidupsehat.

Terdahulu, seorang YouTuber Indonesia dan rakannya mungkin berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun jika didapati bersalah selepas melakukan prank plastik daging korban berisi sampah kepada penduduk kampung.

Speak Your Mind

*