Inilah foto yang memenangi 2017 National Geographic Nature Photographer of the Year Winners. Memaparkan sebuah kisah menyayat hati seekor orang utan jantan yang berselindung dibalik pokok di sebuah sungai yang di diami oleh buaya.
Fotografer Jayaprakash Joghee Bojan, yang pada awalnya ingin mengambil foto Buaya di Sungai Borneo, Indonesia. Secara tidak sengaja, dia terserempak dengan Seekor orang utan yang ingin menyeberangi sungai kerana kawasan hutan habitatnya telah habis diteroka untuk penanaman pokok kelapa sawit.
Kelakuan ini adalah jarang jarang berlaku di mana orang utan akan menjauhi kawasan berair kecuali untuk minum. Namun begitu orang utan ini terpaksa menyeberang demi untuk menyambung kehidupan ya.
Kata Jayaprakash, dia dapat melihat wajah Sayu yang penuh ketakutan.
Atas sebab Inilah juri memilih fotonya sebagai pemenang.
Speak Your Mind