Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor

May be an image of outdoors and text

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada di stesen Angkasa Antarabangsa dari 10-21 Oktober 2007. Antara eksperimen yang dijalankan ialah kajian ciri-ciri dan pembesaran barah hati dan sel leukemia, penghabluran pelbagai jenis protein dan mikroorganisma angkasa.

Beliau juga menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas. Waktu solat dan puasa mengikut waktu tempat pelancaran kapsul iaitu di Baikonur, Kazakhstan. Hari Raya Aidilfitri dirayakan dengan bekalan kuih biskut dan sate bersama angkasawan lain pada 13 Oktober 2007.

Speak Your Mind

*