20 Disember 2021 yang lalu telah berlaku satu peristiwa yang memeranjatkan manusia di hampir sebahagian dunia.
Sebuah kisah pembalasan dendam 18 ekor monyet dengan membunuh 250 ekor anjing.
Kisahnya bermula begini…
Pada suatu hari, sekumpulan anjing telah mengepung Seekor anak monyet. Kerana ia masih kecil, ia tidak mampu untuk melepaskan dirinya dan dia berada dalam ketakutan apabila di kelilingi oleh sekumpulan anjing yang garang dan lebih besar darinya. Akhirnya, anak monyet yang ketakutan itu di bunuh dengan sadis dan kejam oleh sekumpulan anjing yang garang.
Walaupun bantuan dari monyet monyet lain dalam perjalananan untuk menyelamatkan anak monyet itu. Namun monyet monyet tersebut sudah terlewat dan anak monyet sudah pun mati dengan sangat tragis.
Maka bermulalah kemarahan monyet monyet dewasa ini Memburu kesemua anjing yang berada di kampung Lavool India.
Modus operandinya adalah dengan menangkap anjing kemudian di bawa ke tempat yang tinggi lalu melemparkannya. Jika anjing masih belum mati maka proses yang sama akan berulang sehinggalah anjing anjing itu benar benar mati.
Kemarahan dan tindakan agresif monyet ini membuatkan orang kampung terutama kanak kanak ketakutan. Ada peristiwa penduduk kampung cedera di serang monyet kerana melindungi Seekor anjing peliharaannya.
Walaupun penduduk kampung mengadu kepada Forest department mereka Cuba Memburu monyet monyet tersebut namun usaha mereka gagal sama sekali. Tidak Seekor monyet pun yang dapat di bunuh atau di tangkap.
Akhirnya penduduk kampung mengalah dan 250 ekor anjing di kampung itu mati kesemua sekali tiada satu pun yang selamat walaupun anak anjing yang kecil.
(Pergh.. Dah macam planet of the Ape dah
nie)