Duit

No photo description available.

Jika kita di beri wang tunai 1 billion USD dalam note 100 USD. Kita memerlukan sebuah bilik besar untuk menyimpannya

(agak agaknya, Kalaulah kita memang dapat duit nie.. Apakah yang akan kita lakukan?)

Akan tetapi, Jika 1 billion USD ini kita tukar kepada emas mungkin kita tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpannya.

Saya selitkan sedikit falsafah tentang duit.

Duit tidak boleh di bawa mati, tetapi tiada duit rasa macam nak mati,

Duit tidak boleh beri kasih sayang, tetapi tiada duit kasih sayang boleh melayang.

Duit tidak boleh beli tidur, tetapi tiada duit, tidur pun tidak lena.

Duit tidak boleh beli Kesihatan, tetapi Kadang Kadang perlu duit untuk sihat.

Duit tidak boleh beli ilmu dan kebijaksanaan,

Akan tetapi Kadang Kadang perlu ada duit untuk menuntut ilmu.

Orang bodoh nampak Bijaksana bila ada duit, akan tetapi Kadang Kadang orang Bijaksana jadi bodoh kerana tiada duit.

Duit bukanlah segala-galanya, akan tetapi segala galanya memerlukan duit.

Speak Your Mind

*