Empangan Hidroelektrik Terbesar Three Gorges Dam di China

THREE GORGES – CHINA Empangan The Three Gorges di China ini adalah projek yang terbesar di dunia.Dijangkakakn mempunyai isipadu sebanyak 39,300,000,000 meter padu.Pembinaan empangan ini mempunyai impak yang besar kepada Sandouping,di mana menyebabkan beberapa buah kampung harus dipindahkan dan juga perubahan kepada pemandangannya.Kerana ketinggian Empangan The Three Gorges ini membuatkan seolah-olah bukit disekitarnya nampak lebih rendah.

Empangan ini bukan sahaja antara yang terbesar, malah dianggap antara yang paling berfungsi,cantiik dan mempunyai nilai estetika di dunia.

Empangan ini dibina daripada bahan konkrit, panjangnya kira-kira 2,335 metre (7,661 ft), dan tingginya 185 metre (607 ft). Empangan ini lebarnya 115 metre (377.3 ft) pada hilirnya dan 40 metre (131.2 ft) di bahagian atasnya. Projek ini menggunakan 28,000,000 m³ (36,600,000 ela padu) konkrit, 463,000 tan keluli, dan menggerakkan 134,000,000 m³ (175,000,000 ela padu) tanah. Takungannya berkepanjangan 600 kilometre (373 Batu|mi) dan mampu menampung 39.3 km padu (9.43 batu padu) air.

Seperti mana empangan-empangan lain, tercetusnya perdebatan mengenai baik dan buruknya membina Empangan Tiga Gaung. Walaupun terdapat faedah ekonomi seperti kawalan banjir dan kuasa hidroelektrik, namun timbulnya juga kebimbangan terhadap masa hadapan 1.13 juta orang yang bakal dipaksa berpindah oleh kenaikan takat air, kehilangan banyak tapak-tapak arkeologi dan budaya yang bernilai, serta kesan terhadap alam sekitar

Speak Your Mind

*