Fosil ‘Naga Laut’ Terbesar ditemukan di UK

May be an image of 5 people and outdoors

LONDON: Kumpulan saintis sifatkan penemuan satu fosil ‘naga laut’ di Midlands sebagai kejayaan terbaik dalam sejarah paleontologi Britain.

Lapor Metro, fosil ichthyosaur yang dianggarkan berusia 180 juta tahun itu ditemukan dengan rangka sepanjang 10 meter dan tengkorak seberat satu tan.

Rangka itu merupakan fosil lengkap paling besar pernah ditemukan di United Kingdom.

Fosil itu ditemukan oleh Joe Davis dari Lercestershire ketika melakukan kerja-kerja mengeringkan sebuah lagun di kawasan perairan Rutland pada Februari 2021.

Ichthyosaur digelar sebagai naga laut kerana memiliki gigi dan mata yang besar dan fosil pertama haiwan purba itu ditemukan oleh ahli paleontologi, Mary Anning pada awal abad ke-19.

Pakar paleontologi, Dr. Deam Lomax berkata, biarpun banyak fosil ichthyosaur sudah ditemukan di Britain, penemuan fosil terbaharu itu paling menakjubkan. Ichthyosaur merupakan haiwan reptilia, dipercayai wujud kira-kira 250 juta tahun lalu dan pupus sejak 90 juta tahun lepas.

May be an image of 1 person and outdoors