Mari kita renung & ambil iktibar dari peristiwa ini…
Gunung berapi Vesuvius yang meletus pada 24 Ogos tahun 79 Masihi di Pompeii meninggalkan kesan yang sangat tragis, gunung berapi ni meletus selama 2 hari berturut-turut yang menyebabkan bandar Pompeii binasa dan tenggelam oleh debu gunung berapi yang sangat membinasakan.
Pada ketika tu, penduduknya dianggarkan lebih kurang 11 ribu orang dan sedang berada di tahap yang boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan tamadun lain. Ramai yang mati akibat gas beracun dan gas panas dari aliran Pyroclastic yang mencecah 3000 darjah celsuis yang mampu membakar manusia hidup- hidup dalam sekelip mata. Ibarat diletak di dalam oven. Sangat menyeramkan….
Bukan hanya manusia, malah turut ditemui haiwan ternakan yang sudah menjadi batu dan keras. Kelihatan begitu sadis,malah ramai yang tidak sempat lari dan mati dalam keadaan mengerikan. Ada yang kelihatan seperti merangkak, seolah olah mahu lari dari azab yang dahsyat itu. Debu gunung berapi yang setinggi 6 meter telah menyeliputi bandar purba mereka selama ribuan tahun.
Kota purba Pompeii terkenal dengan kegiatan maksiat, lebih 20 rumah pelacuran terdapat disekitar kota itu pada ketika gunung berapi meletus, azab Allah SWT itu sangatlah benar. Di saat zaman kegemilangannya kota purba Pompeii dihujani dengan debu,asap dan larva panas dari gunung berapi Vesuvius.
p/s: sila lihat gambar untuk kaitan posting dengan nas al quran.
Moga jadi asbab hidayah & kebaikan…
Speak Your Mind