Ibu Gazel Korbankan Diri Demi Anak

May be an image of big cat and outdoors

Cuba tengok gambar di bawah. Gambar yang menunjukkan seekor gazel sedang berada di fasa terakhir dalam hidupnya.

Gambar ini diambil 10 tahun lepas dan telah memenangi banyak anugerah. Namun, si pengambil gambar ini mengalami depresi serta kesedihan melampau.

Hal ini demikian kerana gambar ini penuh dengan emosi.

Menurut tukang ambil gambar, terdapat seekor ibu gazel yang sedang berjalan dengan anaknya.

Tiba-tiba, kedua-dua diserang oleh sekumpulan chetah yang ganas. Sepatutnya, si ibu boleh lari dan masih berpeluang untuk selamatkan diri.

Namun, si ibu lebih memilih untuk korbankan dirinya sendiri dan membiarkan anaknya lari dan meneruskan kehidupan.

Hal ini kerana jika ia lari, pastinya anaknya akan mati kerana si anak masih belum mampu untuk lari sepantas dirinya.

Maka ibu gazel pun korbankan diri demi anaknya itu.

Sedih kan? Walaupun gazel adalah haiwan, namun kasih sayang si ibu tetap sama banyaknya seperti manusia.

Speak Your Mind

*