Ikan Berkepala Lutsinar

Kenderaan ROV temui ikan kepala lut sinar.

Sebuah kenderaan kendalian jauh (ROV) merakamkan video seekor ikan yang mempunyai kepala lut sinar sehingga menampakkan bahagian isi dalaman dan mempunyai sepasang mata bercahaya di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

la berjaya dikesan oleh Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI) dengan menggunakan ROV pada kawasan kira-kira 609.6 meter di teluk tersebut yang terletak di luar pantai California.

Ikan itu mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut. Pada kebiasaannya, panjang hidupan laut itu ialah lebih 15 sentimeter. Kedua-dua mata hidupan laut itu berwarna hijau cerah dan memandang ke atas untuk membolehkan ia mengesan kuantiti maksimum cahaya dalam satu arah.

Ikan itu mempunyai deria penglihatan yang begitu kuat hasil daripada persekitaran yang mana tiada cahaya matahari boleh sampai kepada kedalaman lebih 600 meter. Hidupan laut itu dikenali sebagai ikan barreleye di AS.

-AFP

Speak Your Mind

*