Kasih Ibu dan Anak Kembali Bertaut

May be an image of person, child and standing

1 Januari yang lalu, seorang lelaki telah ditemukan semula dengan ibu kandungnya setelah berpisah selama 33 tahun.

Begini kisahnya..

Pada tahun 1989, Li Jing Wei yang pada ketika itu berusia 4 tahun telah diculik dan dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Dia di bawa lari dari tempat tinggalnya di Yunnan sejauh 1800 km ke Bandar Hennan. Lalu dijual kepada sepasang suami Isteri yang tidak mempunyai anak.

Namun begitu, dia sangat bernasib baik kerana tidak dijual kepada orang orang yang tidak bertanggungjawab dan memaksa kanak kanak untuk melakukan kerja.

Akan tetapi keinginannya untuk bertemu dengan ibu kandungnya tidak pernah padam. Malah keluarga angkatnya juga turut membantu mencari.

Li Jeng Wei, cuba melukis peta berpandukan Ingatannya semasa dia berumur 4 tahun. Lakaran peta yang dilukisnya itu dimuat turunkan dalam pelbagai rangkaian internet.

Akhirnya seorang polis dapat mengecam kedudukan rumah ibu bapa Li Jeng Wei. Setelah ujian DNA dilakukan, maka terbuktilah bahawa Li Jeng Wei adalah anak kandungnya yang terpisah selama 33 tahun. Oleh kerana bapanya sudah meninggal dunia, dia hanya dapat berjumpa dengan ibunya sahaja.

Mereka ditemukan 1 Januari 2022 yang lalu, dan semua yang ada di lokasi menitiskan airmata. Kasihnya seorang ibu yang kehilangan anaknya, dan rindu anak kepada ibunya. Tuhan menemukan mereka kembali.

(ada maklumat menyatakan bahawa yang menculik Li Jeng Wei adalah jirannya sendiri.. Tapi saya tidak dapat pastikan kebenarannya).

May be an illustration of 1 person
May be an image of 2 people

Speak Your Mind

*