Kawasan Perumahan Unik di Denmark

Bandar Taman Brøndby di Copenhagen, Denmark. Bandar ini direka oleh arkitek Erik Mygind dengan sewa sebulan sekitar $150. Penyewa hanya boleh tinggal selama 6 bulan sahaja dalam setahun.

Bandar ini dicipta khususnya untuk mereka yang tinggal di pangsapuri agar boleh bercucuk tanam pada musim bunga dan panas. Saiz umah agak kecil dan sebahagian ruang merupakan ruang penyimpanan perkakas dan alatan berkebun.

Antara tujuan lain susun atur bandar ini adalah untuk meniru corak tradisional perkampungan orang Denmark pada kurun ke-18 dimana penduduk kampung akan berkumpul ditengah-tengah sebagai tumpuan masyarakat untuk melepak, bertanya khabar di antara sesama jiran.

Speak Your Mind

*