Pernah atau tidak, anda terpikir bagaimana kulit kayu manis diperolehi sebelum ia ada di ruang dapur anda untuk digunakan dalam masakan.
Pokok Cinnamon hanya sesuai dituai apabila ia mencapai umur 2 tahun. Cara menuainya ialah dengan mengoyakkan bahagian kulitnya sehingga bahagian teras putih kelihatan.
Pokok cinnamon digalakkan dituai setelah hujan lebat bagi memudahkan proses mengoyak kulit cinnamon.
Kulit kulit cinnamon yang dituai akan dikikis bahagian luar kulitnya. Kemudian lapisan cinnamon digulung, diikat kemas dan dijemur.
Maka terhasillah kulit kayu manis yang sebagaimana kita lihat.
Fakta menarik tentang kulit kayu manis ia pada suatu tika dulu ia sangat bernilai dan lebih berharga dari emas.
Speak Your Mind