Lelaki Ini Masih Hidup Walaupun Terdampar di Pulau Seorang Diri Selama 438 Hari

May be an image of 2 people, beard and people standing
May be an image of 8 people, beard and people standing

Benarlah setiap yang berlaku itu adalah atas izin Yang Maha Kuasa. Apabila Dia berkata jadi, maka jadilah.

Salah satu buktinya adalah kisah seorang lelaki ini yang mampu bertahan hidup walaupun dia terdampar sendirian di tengah-tengah pulau yang kosong selama 438 hari.

Lelaki ini merupakan seorang nelayan dari negara El Savador. Nama beliau adalah Jose Salvador Alvarenga.

Jose dilaporkan hilang pada tarikh 17 November 2012 setelah beliau turun ke laut dan tidak kembali.

Proses mencari Jose dijalankan secara besar-besaran namun malangnya beliau tidak juga ditemui.

Ramai orang termasuklah ahli keluarga Jose sendiri sudah putus harapan dan menganggap Jose sudah mati.

Namun, pada tarikh 30 Januari 2014, Jose ditemui sedang berenang di lautan berdekatan Tile Islet, iaitu sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik.

Beliau ditemui oleh dua orang pelancong iaitu Russel Lakidrik dan juga Emi Libokmeto yang kebetulan menaiki bot di lautan itu.

Ketika ditemui, Jose dalam keadaan tidak berpakaian, memegang sebilah pisau serta menjerit dalam bahasa Sepanyol.

Jose menceritakan pengalamannya sepanjang dia hilang.

Jose dihanyutkan ke pulau itu. Di pulau tidak berpenghuni itu cuma ada Jose seorang diri sahaja.

Mujur ada pisau bersamanya. Jose memburu haiwan-haiwan seperti ikan, penyu serta burung-burung kecil. Jose makan kesemua semua haiwan ini secara mentah.

Air pula Jose cuma kumpulkan air hujan dan minum air hujan sahaja.

Itulah sahaja makanan dan minuman Jose. Agak ajaib beliau mampu bertahan sehingga 438 hari ataupun setahun 2 bulan untuk hidup seorang diri di situ.

Speak Your Mind

*