Maine Coon: Baka Kucing Paling Besar

May be an image of 2 people, cat and text

Baka kucing Maine Coon adalah merupakan baka kucing domestik yang paling besar di dunia.

Bulan sekadar bulunya yang tebal tetapi juga saiz badannya sendiri yang begitu besar serta panjang.

Asal kucing baka ini adalah dari daerah Maine di Amerika Syarikat. Kucing ini turut dikenali dengan nama lain seperti “Gentle giant”, “American Longhair” serta “American Coon Cat”.

Kucing ini juga sangatlah berat. Purata saiz bagi kucing jantan baka ini adalah antara 5.9 hingga 8.2 kilogram manakala purata berat betina pula adalah antara 3.6 hingga 5.4 kilogram.

Ketinggian tubuh kucing ini pula mampu mencecah sehingga 41 cm serta panjang tubuhnya mampu mencecah sehingga 1 meter. Besar betul.

Pada tahun 2010, salah seekor kucing baka Maone Coon telah mendapat anugerah Guinness world record sebagai kucing paling panjang.

Kucing ini bernama Stewie. Panjang tubuhnya adalah 1.23 meter (kiraan dari hidung hingga hujung ekor).

Kucing ini dipelihara oleh tuannya di Nevada, Amerika Syarikat. Kucing ini mati pada usia 8 tahun.

Fuhh, besar betul kan kucing baka ini. Bukan saja besar, comel pula tu. Ada tak sesiapa yang bela kucing baka ini?

Speak Your Mind

*