Mapimí Silent Zone

May be an image of road

Terdapat kawasan padang pasir di Mexico dimana jam dan isyarat radio berhenti berfungsi dan jarum kompas berpusing tak tentu arah apabila diletak pada tanah. Kawasan itu dikenali Mapimí Silent Zone (zona del silencio).

Gangguan itu dipercayai dicetuskan oleh deposit mineral magnetik bawah tanah dan serpihan meteorit. Beberapa penduduk mendakwa kawasan yang terletak disempadan 3 negeri itu (Chihuahua, Durango dan Coahuila) sering dihujani ‘bebola api’ dan dipercayai dilawati objek terbang tidak dikenali.

Pakar berpendapat meteor gergasi dengan kandungan besi yang tinggi boleh membentuk sifat magnetik seakan medan elektromagnetik sama kuat seperti di Kutub Utara.

Speak Your Mind

*