Mata Kucing

MAHA SUCI ALLAH…!!!

Di belakang retina mata kucing terdapat satu lapisan dipanggil “Kristal Tapetum Licidum” yang tidak terdapat pada mata manusia. Lapisan ini membantu kucing melihat dengan lebih jelas di dalam gelap semasa memburu. Kerana itu mata kucing bersinar pada waktu malam

Jika manusia boleh melihat seluas 160 darjah, kucing boleh melihat lebih luas sebanyak 187 darjah untuk memastikan diri mereka selamat dari sebarang ancaman di sekelilingnya

Pada mata kucing ada membran ketiga dipanggil “Nictitating Membrane” membolehkan kucing mengedip matanya tanpa perlu menutup keseluruhan mata. Ia membantu kucing ketika memburu agar debu-debu tidak masuk ke dalam mata. Membran ini juga menjadikan mata kucing kekal bersih dan lembab

Dengan kasih sayang Allah, kucing tidak perlu sering mengedip mata seperti manusia. Tidak mengedip mata merupakan salah satu kesempurnaan ciptaan Allah untuk makhluk ini

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang peliharaan itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar.”

An-Nahl 16:66

Hanya Allah Maha Mengetahui

Perkara Yang Benar

Kredit: Aji Yusop

Speak Your Mind

*