Misi Elon Musk dan syarikat miliknya Space-X untuk pergi ke Marikh bukan lagi merupakan projek rahsia. Melalui temuduga ketika menerima penghargaan dari media Axel Springer, beliau telah membentangkan garis masa dan langkah-langkah bagaimana SpaceX mahu ke Marikh. Buat masa ini, SpaceX telah menerbangkan kapal angkasa Starship untuk ujian altitud.
Elon Musk turut menambah, beliau yakin manusia akan mendarat ke Marikh sekitar 2024-2026. Beliau turut mengambil kira pengiraan masa penyeragaman Bumi dan Marikh setiap 26 bulan pada jangka masa itu. Namun, sebelum menerbangkan manusia ke Marikh, SpaceX terlebih dahulu perlu mengemudi misi tanpa kru manusia yang dirancang pada tahun 2022. Elon Musk juga turut mengatakan bahawa beliau mempunyai impian untuk dikebumikan di Marikh.
Elon Musk mendedahkan pelan pemulihan untuk kapal angkasa SpaceX Super Heavy, mencadangkan untuk tidak mendaratkan kapal angkasa itu sebaliknya menangkap ketika ia pulang ke Bumi, melalui lengan menara pelancar dilengkapi jaring sirip grid.
Setelah melancarkan 3 prototaip, penaiktarafan mula dirancang apabila penguat bakal ditambah. Roket Starship terakhir dilancar iaitu Serial Number 8 (SN8) merupakan pelancaran paling berjaya tetapi juga paling musnah teruk. Starship dilengkapi penguat Super Heavy dan roket angkasa direka untuk membawa 100 penumpang ke Marikh pada satu masa.
Pendaratan berjaya sangat penting untuk kegunaan semula roket dan berpotensi mengerahkan ratusan satelit kedalam orbit serta mendaratkan angkasawan di Bulan/Marikh pada masa sama.
Speak Your Mind