Beginilah keadaan kereta terpakai Honda dan Toyota yang sampai ke port Rusia baru-baru ni.
Kereta-kereta ni diselaputi ais setebal 10cm yang terbentuk kerana kombinasi percikan air laut dan angin. Angin yang bertiup kencang menyebabkan percikan air laut beku dengan cepat sehingga membentuk ais yang tebal pada kereta.
Sebenarnya benda ni biasa je berlaku kalau kereta dihantar pada musim sejuk, tapi kali ini ais yang meliputi ianya agak tebal kerana angin bertiup juga lebih kuat dari biasa. Walau bagaimanapun, pembekuan ais pada kereta ni dikatakan tak menjejaskan fungsi elektronik kereta tu sendiri.
Menariknya, permintaan kereta terpakai Jepun juga agak tinggi di Rusia walaupun kedudukan pemanduan kereta adalah berbeza di sana.