Pulau Migingo: Pulau Perumahan Paling Kecil

May be an image of body of water

Pulau Migingo adalah merupakan sebuah pulau yang terletak di Tasik Victoria di negara Kenya.

Keluasan pulau ini hanya 2000 square-metre. Apa yang lebih menarik adalah keseluruhan pulau ini dipenuhi dengan rumah sahaja.

Oleh sebab itulah pulau ini digelar sebagai pulau perumahan yang paling kecil. Walaupun kecil tetapi ia dipenuhi dengan rumah semuanya.

Individu pertama yang menjumpai pulau ini dan membina rumah mereka di pulau ini adalah Dalmas Tembo dan juga George Kibebe.

Mereka adalah nelayan dan menjumpai pulau ini serta membina rumah di pulau ini pada tahun 1991.

Selepas mereka mendirikan rumah di pulau itu, lebih ramai lagi orang lain yang mengikut jejak mereka terutama sekali golongan nelayan.

Walaupun nampak padat namun tahukah anda bahawa di pulau ini terdapat kasino serta kelab malam yang mereka bina untuk mereka berhibur.

Kedudukan geografi pulau ini yang terletak di tengah-tengah dua negara iaitu negara Kenya dan Uganda turut menyebabkan pertelingkahan antara dua negara itu dalam menuntut pulau tersebut. Namun, Kenya dilihat lebih dominan dan pulau ini menjadi miliknya.

Cuba tengok gambar pulau ini. Nampak padat kan? Tapi memang unik.