Si Ikan Lumba-lumba – Baiji

May be an image of 7 people and outdoors

Inilah foto terakhir Seekor ikan lumba lumba air tawar di Sungai Yantze atau Baiji yang berjaya di rakam oleh Chinese Marine Biologist.

Mereka menangkapnya di Sungai Yantze untuk mengetahui tahap kesihatannya. Ini kerana ia hanya tinggal Seekor sahaja lagi yang masih hidup di Sungai itu.

(mesti dia rase sunyikan.. ?)

Oleh kerana kerakusan manusia dalam menjarah alam sekitar yang sebelumnya sangat sempurna sebagaimana dicipta oleh Tuhan.

Pada tahun 1950, terdapat 1000 ekor Baiji di Sungai Yantze. Ikan lumba lumba ini amat cerdik dan bijak sering menemankan para nelayan. Ia juga adalah hidupan sungai yang suka bersosial dan mudah mendekati manusia.

Kemudian pada 1994 Baiji berkurang sehingga di bawah 100 ekor. Dan kini hanya Seekor seperti di dalam gambar. Dan selepas ia dilepaskan semula sehingga kini tiada lagi Baiji di lihat di sepanjang sungai Yantze..

Para saintis mengumumkan bahawa Baiji atau Ikan Lumba lumba Sungai Yantze telah pupus sepenuhnya.

Dengan foto terakhir ini, sekurang kurangnya dapatlah generasi akan datang mengetahui bahawa pada satu ketika dulu ada ikan lumba lumba yang hidup di Sungai Yantze.. ?

Speak Your Mind

*