William Murdoch: Watak Kontroversi Filem Titanic

May be an image of 1 person

Titanic merupakan salah satu filem yang pernah popular dan pecah panggung satu ketika dahulu.

Namun, tahukah anda bahawa filem ini juga pernah terpalit kontroversi sehingga menyebabkan penerbit serta pengarah filem ini turun padang untuk meminta maaf.

Kontroversi dalam filem ini adalah berkaitan berkaitan watak seorang lelaki bernama William Murdoch.

Dalam filem Titanic, William merupakan pegawai kapal Titanic itu. Kalau anda perasan ada satu babak di mana William memegang senjata dan mengugut akan menembak sesiapa sahaja yang langkah ke depan.

Babak itu adalah babak ketika kapal Titanic sedang karam dan keadaan menjadi sangat huru hara.

Dalam filem Titanic itu, William tidak sengaja melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang individu mati kerana individu itu terlangkah ke hadapan akibat orang menolaknya dari belakang.

Disebabkan kesal dengan tindakannya, William pun menembak dirinya sendiri. Itu dalam filem lah.

Namun, dalam realitinya sangat berbeza sama sekali. Dalam peristiwa sebenar, William merupakan seorang hero.

Beliau menjalankan tugasnya sebagai pegawai kapal dengan sangat baik. Beliau sedikit pun tidak berganjak dari kapal Titanic yang sedang karam.

William kekal berada di dalam kapal dan menyelamatkan seberapa ramai mangsa yang beliau mampu sehinggalah kapal itu karam dan beliau mati.

Salah seorang pegawai Titanic yang lain yang bernama Lightoller menjadi saksi bahawa apa yang dipaparkan tentang William dalam filem Titanic tidak benar sama sekali.

Lightoller bersama balu William cuba untuk memanjangkan kes ini ke mahkamah atas dakwaan pihak penerbit filem cuba untuk cemarkan reputasi suaminya.

Akhirnya, isu ini diselesaikan secara baik. Pihak pengarah serta penerbit filem ini iaitu 20th Century Fox turun ke Dalbittie, Scotland iaitu kampung halaman William untuk berjumpa dengan isteri William dan memohon maaf secara terbuka.

Inilah antara kontroversi terbesar filem Titanic. Kesian William kan. Reputasinya sebagai wira tidak ditayangkan.

Speak Your Mind

*