Perangai orang di barat ataupun yang berkulit putih sangatlah musibat terutama ketika zaman kolonisasi dulu.
Mereka menganggap orang yang tidak satu kaum dengan mereka sebagai tidak bermaruah dan layak diperlakukan seperti haiwan.
Mereka sangat rasis dan tidak sedikit pun menghormati bangsa lain. Antara yang menjadi mangsa mereka adalah orang kulit hitam serta orang Asia.
Ketika zaman kolonisasi dulu, mereka telah wujudkan zoo manusia. Ya, sama macam zoo sekarang cuma bezanya yang dipertontonkan dalam zoo tersebut adalah manusia.
Manusia-manusia yang ditayangkan dalam zoo ini kebanyakannya adalah orang kulit hitam serta orang Asia.
Mereka akan diperlakukan sama seperti haiwan. Makanan mereka akan dibaling dari luar lalu mereka akan kutip makanan itu dan makan.
Kemudian, musibat orang putih juga akan melaga-lagakan orang kulit hitam di dalam kurungan dan memaksa mereka bergaduh sehingga mati.
Pertunjukan berkala juga turut diadakan di zoo manusia ini. Pertunjukan ini akan melibatkan tarian kebudayaan bangsa kulit hitam serta asia.
Apabila tarian ini ditarikan, orang putih akan ketawa dan menghina tarian tersebut dan mengganggap tarian itu sebagai pelik dan hanya dilakukan oleh orang bodoh.
Zoo manusia ini banyak terdapat di Amerika serta di seluruh Eropah pada abad ke 19 dan 20.
Antara yang popular adalah zoo di Brussel, Belgium. Di zoo ini telah diadakan pertunjukan Senegal pada tahun 1958. Orang kulit hitam dari negara Senegal dikurung di zoo ini dan dipaksa membuat tarian. Mereka turut didera dan diseksa.
Zoo di Coney Island, New York juga popular dengan gambar viral kanak-kanak perempuan Filipina yang diikat pada kayu dan dipertontonkan pada umum pada tahun 1906.
Anda boleh tengok gambar-gambar di bawah. Begitulah haramjagahnya orang putih memalukan serta memijak maruah bangsa lain.
Anehnya, masih ada orang kita yang percaya kata mereka. Pelik kan? Mereka cakap apa semua percaya.
Speak Your Mind