Archives for January 2022

Kisah Lelaki Yang Solat Selama 60 Tahun Tetapi Tidak Diterima Allah

Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah.

Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Merupakan tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf, kewajipan untuk menunaikan solat banyak terdapat dalam dalil Al-Quran dan Al-Hadith.

Sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah telah merobohkan tiang agama kerana seumpama tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna.

Tahukah anda, ada seorang individu yang solat selama 60 tahun namun tidak pernah diterima Allah.

solat sunat tarawih 2

Dalam perkongsian Dr Ahmad Sanusi, Rasullullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapatnya seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun tetapi solatnya tidak diterima Allah.

Dalam satu sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku’nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.”

(HR Ibn Abi Syaibah)

Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Malah baginda Rasulullah secara spesifik telah mengingatkan umat manusia mengenai perbuatan rukuk dan sujud yang sering diabaikan sebahagian manusia.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Seburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri di dalam solat. Sahabat lalu bertanya: Bagaimana seseorang itu mencuri di dalam solatnya? Rasulullah lalu menjelaskan: (pencuri solat ini ialah) mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merekanya.”

(HR Ahmad)

Oleh itu, berusahalah kita menunaikan solat dengan sempurna agar ibadah yang dilakukan tidak sia-sia di sisi Tuhan.

Video ‘Tak Buat Apa-Apa Selama 2 Jam’ Ini Berjaya Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Sebulan

Video ‘tak buat apa-apa selama dua jam’ ini berjaya raih tiga juta tontonan.

Menjadi seorang YouTuber harus ada sifat kreatif supaya mampu menarik orang ramai untuk menonton setiap video yang dimuat naik.

Seorang YouTuber Indonesia yang menamakan saluran YouTubenya dengan nama Sobat Miskin Official berjaya menarik orang ramai untuk menonton video berdurasi dua jam 20 minit hanya dengan tidak berbuat apa-apa.

Video ‘2 Jam Nggak Ngapa-Ngapain‘ yang dimuat naik 10 Julai lalu pada awalnya menjadi tular di Indonesia kemudiannya tersebar di Malaysia. Baru satu minggu dimuat naik, jumlah tontonan yang diraih lelaki ini sudah pun mencapai 600,000.

Di ruangan deskripsi, lelaki tersebut memberitahu tujuan beliau memuat naik video tersebut adalah kerana didesak subscibernya yang mahukan beliau mendidik anak muda.

Video ‘Tak Buat Apa-Apa Selama 2 Jam’ Ini Berjaya Raih 3 Juta Tontonan 1

Dengan berat hati akhirnya terhasillah video ‘tak buat apa-apa selama dua jam’ ini. Beliau menyerahkan kepada penonton sama ada mendapat manfaat atau pun tidak daripada menonton video tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata daripada penonton melahirkan rasa geli hati dengan cara lelaki ini menghasilkan video.

Setakat ini, video tersebut sudah pun berjaya meraih tontonan sebanyak 3.07 juta totonan dengan jumlah suka sebanyak 79,000 dan tidak suka sebanyak 6,700.

Beliau yang kini mempunyai 37,600 subscriber banyak menghasilkan kandungan video-video yang menarik dan unik antaranya makan mi segera berkuahkan air gas jenama Fanta dan makan sabun #tutorhidupsehat.

Terdahulu, seorang YouTuber Indonesia dan rakannya mungkin berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun jika didapati bersalah selepas melakukan prank plastik daging korban berisi sampah kepada penduduk kampung.

Rumah Dipercayai Milik Pengamal Ilmu Hitam Diselongkar, Lihat Apa Yang Ditemui

Rumah dipercayai milik pengamal ilmu hitam diselongkar.

Biarpun zaman sudah moden, sesetengah masyarakat masih lagi mempercayai dan mengamalkan ilmu hitam atau sihir untuk mencapai kepentingan peribadi.

Ilmu hitam yang mempunyai kaitan rapat dengan jin dan makhluk halus ini merupakan sesuatu yang dilarang dalam agama Islam kerana membawa kepada perbuatan syirik.

Bukan setakat agama Islam, malah Kristian, Yahudi, Buddha dan Hindu turut melarang penganut mereka mengamalkannya kerana mempunyai kaitan dengan Satanisme.

Seorang perawat Islam, Herman Sudil telah berkongsikan beberapa keping gambar rumah dipercayai milik seorang pengamal ilmu hitam di negara Arab Algeria telah diselongkar oleh penduduk tempatan.

Pengamal Ilmu Hitam

Turut digelar sebagai ‘kilang sihir’, antara barangan yang ditemui di dalam rumah tersebut semasa diselongkar ialah kepingan-kepingan gambar dengan simbol dan ayat yang ditulis dengan perkataan (dipercayai sebagai mantera), anak patung, barangan tajam seperti pisau penetas kain, jarum, mangga dan bangkai haiwan.

Bangkai haiwan

Pengamal Ilmu Hitam

Rumah Didakwa Milik Pengamal Ilmu Hitam Diselongkar, Lihat Apa Yang Penduduk Temui 8

Gambar berserta mantera

Rumah Didakwa Milik Pengamal Ilmu Hitam Diselongkar, Lihat Apa Yang Penduduk Temui 5
Rumah Didakwa Milik Pengamal Ilmu Hitam Diselongkar, Lihat Apa Yang Penduduk Temui 3
Rumah Didakwa Milik Pengamal Ilmu Hitam Diselongkar, Lihat Apa Yang Penduduk Temui 2

Anak patung

Pengamal Ilmu Hitam
Rumah Didakwa Milik Pengamal Ilmu Hitam Diselongkar, Lihat Apa Yang Penduduk Temui 1

Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, sihir membawa makna ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahu pun tulisan atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya sehingga boleh menyebabkan kematian, kesakitan, perpecahan kekeluargaan, perbalahan suami isteri dan sebagainya.

Antara bahan atau alatan yang seing digunakan oleh pengamal sihir atau ilmu hitam bagi menyihir mangsanya ialah:

  1. Bahan yang bukan berasal daripada diri mangsa atau orang yang hendak menyihir mangsa.
  2. Bahan yang berasal daripada diri mangsa atau orang yang hendak menyihir bangsa.

Bahan-bahan dalam upacara sihir kebanyakannya bersifat:

  1. kotor dan busuk – darah, najis, bangkai
  2. berbisa dan beracun – air lipan bara, bisa kala jengking,
  3. tajam dan melukakan – kaca, kelongsong telur ayam, pisau, paku,
  4. gatal dan miang – miang buluh, miang tebu
  5. simpulan – kain, benang, rambut

Misteri Di Sebalik Tarian Tradisional ‘Berhantu’ Ulek Mayang

Sebut sahaja tarian Ulek Mayang, ramai yang mula seram sejuk. Apa misteri di sebalik tarian dan lagu ini? Merupakan antara lagu rakyat yang popular didendangkan, lagu ini seakan mempunyai ‘semangatnya’ yang tersendiri.

Berasal dari Terengganu, Malaysia, Ulek Mayang merupakan tarian penyembahan yang mana biasanya diiringi dengan orkestra Melayu seperti gong, gendang, biola dan akordian dengan kepercayaan boleh menyembuhkan penyakit.

Perkataan ‘ulek’ itu sendiri membawa makna menyeru dengan memujuk supaya kembali semula (merujuk kepada makhluk halus). Biasanya dilakukan pada waktu malam apabila tiba musim puja pantai, lirik Ulek Mayang sebenarnya mempunyai unsur-unsur mantera yang menyeru semangat.

Banyak versi lagenda tarian Ulek Mayang, antaranya berasal daripada upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri bunian yang jatuh cinta kepadanya.

Percubaan bomoh untuk membawa pulang roh nelayan itu kemudiannya menyebabkan puteri tersebut menyeru lima orang lagi saudaranya untuk ‘bertarung’ dengan bomoh tersebut.

Misteri Di Sebalik Tarian Berhantu Ulek Mayang

Pertarungan antara keduanya telah menyebabkan gegaran pada bumi dan menggolak laut berlanjutan sehinggalah munculnya puteri ketujuh dan puteri sulung.

“Ku tahu asal usulmu. Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat.” – Puteri ke-7

Terhutang budi dengan puteri sulung, bomoh dan rakan-rakan nelayannya menyampaikan sembahan berbentuk nasi berwarna kuning kepada sang puteri. Tradisi menghargai bantuan semangat-semangat laut ini kemudiannya diamalkan sehinggalah kedatangan Islam ke Tanah Melayu.

Seiring dengan zaman, lagu Ulek Mayang turut mengalami pembaharuan atau pun intrepretasi kontemporari. Antara versi yang popular ialah versi rock nyanyian daripada Ratu Rock Malaysia, Ella dan versi instrumental oleh kumpulan metal Malaysia, Cromok.

China Dilihat Mula Menentang Video Mukbang Di Media Sosial Atas Sebab Ini

Mukbang dilihat sebagai satu gaya siaran paling banyak dihasilkan ketika ini di media sosial terutama di saluran YouTube. Trend ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.

Trend ini menjadi ikutan banyak negara kerana seseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan hanya makan depan kamera sahaja.

Bagaimanapun, trend ini bakal dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping pada minggu lalu menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.

Menjadi perhatian kerajaan China, berikutan perang ekonomi dengan Amerika Syarikat serta banjir dikhuatiri akan mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan makanan. Kata Xi Jinping, COVID-19 telah ‘memberi amaran’ mengenai pembaziran makanan dan meminta rakyatnya perlu ‘ada kesedaran tentang krisis bekalan makanan’.

China Video Mukbang

Selepas kempen diumumkan, beberapa platform media mula memaparkan amaran supaya makan dengan sihat supaya mengurangkan pembaziran pada video mukbang di platform mereka.

Mereka yang mencari kata kunci seperti ‘eating show’ atau ‘eating livestream’ akan dipaparkan dengan notis amaran. Bukan itu sahaja, video mukbang juga mula ‘diturunkan’ oleh platform bagi mengurangkan tontonan dan ada juga laporan pengguna membuang sendiri video yang dimuat naik.

Lebih menarik lagi, selepas kempen itu diumumkan, beberapa pempengaruh media sosial mula menghasilkan kandungan video mukbang tanpa makanan.

China Video Mukbang

Kebiasannya, apabila sesuatu perkara berlaku di China seperti di atas akan dilihat sebagai pentanda awal pengharaman akan menyusul.

Sumber: BBC

Mendobi Sambil Beriktikaf, Netizen Puji Usaha JAWI Sediakan Dobi Di Masjid

Perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan.

Institusi masjid adalah antara institusi yang penting dalam membangunkan masyarakat madani.

Peranan masjid termasuklah sebagai agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan mereka bukan saja terhad kepada ibadah khusus semata-mata, namun juga pelbagai aspek yang lain seperti ekonomi dan sosial.

Impaknya masjid yang benar-benar berfungsi akan mewujudkan pelbagai faedah dan manfaat kepada masyarakat di sekitarnya seperti dalam aspek pembentukan kerohanian, keilmuan, ekonomi dan juga sebagai pusat rujukan dan khidmat kepada masyarakat.

Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri mengumumkan berita baik buat semua masyarakat mengenai inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam menyediakan perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan.

Menurut Dr Zulkifli, kewujudan perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan menarik orang ramai hadir ke masjid. Inisiatif Dobi An Nazhif itu dibangun dengan kerjasama syarikat, CLE Coin Sdn Bhd (CLE Coin) dalam usaha memperkasa peranan dan potensi masjid.

Di samping itu, turut dilancarkan aplikasi Nak Dobi iaitu pengguna boleh mendapatkan servis dobi terus ke rumah bersesuaian dengan situasi semasa serta bagi industri di Malaysia memilih keusahawanan digital sebagai platform perniagaan dalam norma baharu.

Mendobi Di Masjid Wilayah Persekutuan
Sumber: FB

Inisiatif dari JAWI ini disambut baik dalam kalangan netizen yang turut teruja untuk mencuba perkhidmatan dobi yang disediakan di masjid berkenaan.

“Terbaikk secara tak langsung mendekatkan umat dengan masjid.”

“Diharap inisiatif ini akan merancakkan lagi peranan institusi masjid, sebagai tempat bukan sahaja untuk solat tapi untuk bermuamalat dan sebagainya. Diharap masjid-masjid lain akan turut ikut inisiatif ini.”

“AJK masjid lain mungkin boleh buat idea sama atau idea lain untuk jadikan masjid sebagai community center.”

“Alhamdulillah, idea bernas. Dalam tempoh mendobi tu boleh juga iktikaf/ buat amalan, tidaklah sia-sia main telefon. InshaAllah nanti saya datang.”

“Alhamdulillah satu bentuk keusahawanan sosial institusi masjid seiring dengan objektif pengimarahan masjid”

Lagu ‘Ba Ba Black Sheep’ Kritik Ketidakadilan Sistem Kelas Masyarakat

Siapa sangka lagu kanak-kanak Ba Ba Black Sheep yang boleh dikatakan dekat dengan jiwa kita rupanya ada sejarah hitam.

Sering jadi halwa telinga sejak dari kecil, pernah anda terfikir mencari sejarah di sebalik lagu lejen ini?

Lagu Ba Ba Black Sheep sebenarnya dihasilkan sebagai protes kepada sistem cukai bulu kambing yang dikenakan Raja Edward bagi membiayai perang menentang pemberontakan di Wales.

El #PalestineWillBeFree ?? ??@ErenaTakeuchiLagu ini menyentuh sistem kelas pada zaman itu dimana bagaimana harta negara dibahagikan. Master merujuk pada Edward I, dame merujuk kepada tuan tanah, dan ‘little boy who lives down the lane’ merujuk kepada harta rakyat yang dibahagi semuanya.11:53 AM · Nov 7, 201926545

Menyentuh sistem kelas pada zaman tersebut, lirik

one for the master, and one for the dame and one for the little boy who lives down the lane

mengkritik harta rakyat yang dibahagikan kepada semua kelas; master (Raja Edward I), deme (tuan tanah) dan little boy who lives down the lane (harta rakyat).

Lagu Ba Ba Black Sheep ini turut digunakan oleh golongan anti-peghambaan di England pada kurun ke-18 dan di Amerika Syarikat semasa era sebelum Perang Saudara.

Pada asalnya, lagu Ba Ba Black Sheep tidak memiliki melodi namun pada tahun 1740, lagu ini menerima melodinya berdasarkan lagu rakyat Perancis, Ah! Vous dirai-je, maman dan muzik diolah oleh Mozart pada 1781.

El #PalestineWillBeFree ?? ??@ErenaTakeuchiPada asalnya ia tidak mempunyai melodi, dan melodi ditambah pada tahun 1740 berdasarkan lagu rakyat Perancis, Ah! Vous dirai-je, maman dan muziknya kemudian diolah oleh Mozart pada 1781. Selain Baa Baa Black Sheep, lagu ABC dan Twinkle2 Little Star juga berdasarkan melodi ini.11:53 AM · Nov 7, 2019363101

Daripada penghasilan lagu ini dapat kita lihat kreativiti masyarakat pada zaman dahulu dalam menyampaikan suatu pendapat atau kritikan kepada situasi-situasi yang mereka alami.

Biarpun sudah dua setengah abad dihasilkan, lirik lagu kanak-kanak ini tidak banyak yang berubah. Biarpun kini dikenali sebagai nursery rhymes, lagu Ba Ba Black Sheep ini banyak digunakan dalam sastera dan budaya popular sebagai kiasan.

Lagu Kanak-Kanak ‘Ba Ba Black Sheep’ Kritik Sistem Kritik Ketidakadilan Sistem Kelas Masyarakat 2
Sumber: e Inspired

Lirik penuh lagu Ba Ba Black Sheep sebelum di ubah:

Bah, Bah, a black Sheep,
Have you any wool?
Yes old mate i have
Three bags full,
Two for my master,
One for my dame,
None for the little boy
That cries in the lane

Lelaki Ini Beri Mas Kahwin Dalam Bentuk Google AdSense Hasil Menulis Blog

Beri Mas Kahwin Dalam Bentuk Google AdSense

Sebut sahaja Indonesia, ada sahaja kisah unik yang tular dalam kalangan rakyatnya sehingga menjadi liputan media. Mungkin bagi kita terasa pelik tapi jika itulah budaya mereka, siapalah kita untuk menafikan?

Sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Jawa Timur, Indonesia tular apabila memberikan hantaran kahwin dalam bentuk Google AdSense.

Menurut laporan, Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 2 Ogos lalu menyaksikan Candra Bi menyerahkan mas kahwin Google AdSense bernilai AS$100 (~RM418) kepada isterinya, Mufida.

Pasangan itu telah disatukan dalam satu majlis di Dusun Ngetrep, Desa Sekaran, Kecamatan Kayen Kidul di Kabupaten Kendiri.

Menurut Chandra, dia mendapatkan Google AdSense itu menerusi aktiviti menulis blog yang menjadi sebahagian aktiviti kegemarannya.

Jika anda belum tahu, Google AdSense ini adalah program pengiklanan yang dijayakan oleh Google dan hosting tanpa had. Jadi, lelaki tersebut memperoleh wang itu dengan hasil Google AdSense melalui aktiviti menulis di blog.

Ia menjadi pendapatan utama akhbar dalam talian pada masa kini seperti Harian Metro, Berita Haria, Sinar Harian dan semua media di alam maya ini menggunakan program pengiklanan ini dan hasilnya dibayar dalam matawang USD.

Bagi Mas Kahwin Google Adsense
Sumber: Candrabi

Bercerita lanjut tentang pasangan ini, Candra juga berhasrat untuk mengajak isterinya terlibat dalam dunia blog.

“Ini nazar saya untuk mengajar ilmu blogging kepadanya. Ia bukan mudah kerana memerlukan masa untuk menjadi seperti saya,” ujar Candra yang meletakkan sasaran untuk memastikan isterinya yang juga seorang guru menjadi seorang blogger dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, pekerjaan sebagai blogger dan niat untuk menurunkan ilmu kepada isterinya turut mendapat persetujuan keluarga mentuanya.

“Saya berharap mas kahwin dan nazar saya ini dapat memberi manfaat kepada isteri saya dan kemudiannya ilmu tersebut diturunkan kepada murid-muridnya,” tambahnya lagi yang kini sedang berjinak-jinak menjadi seorang YouTuber.

Bukan sahaja di blog, iklan di YouTube juga juga dibayar oleh Google menerusi program ini juga. Patutlah ramai golongan muda dan selebriti yang membuat saluran YouTube sendiri kerana ini juga alternatif lain untuk mereka menjana pendapatan.

Mungkin cara pasangan ini bakal menjadi trend pada masa akan datang?

Sumber: Suara

Upacara Campak Bayi Dari Ketinggian 50 Kaki, Satu Ritual Kejam Di India Dipercayai Bawa Tuah

Upacara campak bayi dari ketinggian 50 kaki di India dipercayai bawa tuah.

Tahukah anda pada 700 tahun di India dahulu terdapatnya satu ritual keagamaan yang memerlukan seorang bayi dicampakkan dari ketinggian 30 hingga 50 kaki bagi ‘memanggil tuah’?

Selepas dua bulan dilahirkan, bayi akan diserahkan untuk dicampakkan dari ketinggian tersebut dan akan disambut oleh selimut yang dipegang oleh orang ramai yang berada di kawasan bawah.

Upacara Campak Bayi Dari Ketinggian 50 Kaki, Satu Ritual Kejam Di India Dipercayai Bawa Tuah
Sumber: Ask Change

Ritual ini kebanyakannya dilakukan di kawasan pendalaman India iaitu di wilayah Maharashtra dan Karnataka melibatkan mereka yang beragama Hindu dan Islam.

Ritual ini dipercayai dilakukan susulan pada ketika itu angka korban bayi meningkat ditambah pula dengan kurangnya pengetahuan perubatan dan tiada tempat mengadu, penduduk lebih percaya kepada perkara-perkara sebegini biarpun tiada bukti ianya mampu membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam satu lagenda ada menyebut, ritual menjatuhkan bayi yang sakit dari ketinggian tersebut bermula apabila ianya dijadikan sebagai cara menunjukkan kepercayaan kepada kuasa Tuhan.

Semasa bayi dilepaskan, mereka percaya bayi sebenarnya secara ajaib dibuai oleh buaian gantung ajaib yang muncul di udara.

Sejak daripada itu, para penduduk mula meminta agar bayi-bayi yang baru dilahirkan dicampak sebagai persembahan kepada Tuhan untuk mengabulkan doa mereka.

Pada ketika itu tiada siapa yang mempersoalkan mengenai bahaya kerana kepercayaan kukuh ianya akan membawa tuah kepada bayi tersebut; panjang umur, murah rezeki dan sebagainya.

Upacara Campak Bayi Dari Ketinggian 50 Kaki, Satu Ritual Kejam Di India Dipercayai Bawa Tuah 2

Pada tahun 2009, ritual ini terbongkar selepas satu hantaran video mula tular di laman media sosial. Hasil campur tangan Suruhanjaya Nasional Perlindungan Hak Kanak-Kanak, ritual ini diarahkan untuk dihentikan dan diharamkan di bawah Undang-undang Hak Kanak-kanak kerana membawa kesan buruk kepada fizikal dan mental bayi.

Lelaki Orang Asli Ini Kongsi Mimpi Jumpa Individu Jubah Putih Sebelum Lafaz Syahadah

Lelaki Orang Asli kongsi mimpi bertemu individu jubah putih sebelum lafaz syahadah.

Hidayah milik Allah. Sesiapa yang DIA kehendaki untuk diberikan hidayah dan petunjuk, nescaya akan dilapangkan dadanya untuk menerima Islam.

Seorang lelaki antara 60 Orang Asli yang memeluk Islam semalam dalam Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula, Kampung Orang Asli Sri Makmur, Ulu Kinta.

Menurut Harian Metro, beliau yang dikenali sebagai Apa Bengal, 71 tahun berkongsikan mimpi yang pernah beliau alami sebelum melafazkan syahadah selepas 10 tahun mengkaji mengenai Islam.

Dalam mimpi tersebut, seorang berjubah putih datang menemuinya dan memberitahu agar memilih agama Islam sebagai jalan terbaik dalam hidup.

Sejak dari itu, beliau terbuka hati untuk meminati agama Islam tanpa ada paksaan daripada sesiapa pun. Layanan orang Islam yang bagus menyebabkan beliau semakin berminat dan terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

Orang Asli Kongsi Mimpi Bertemu Individu Jubah Putih Sebelum Lafaz Syahadah 1
Sumber: Astro Awani

Beliau yang berketurunan Senai memberitahu tidak pernah menganut sebarang agama sebelum ini kerap mengikuti program-program agama Islam yang diadakan di kawasan penempatannya.

Malah Apa sebelum ini sudah belajar untuk berpuasa dan setiap tahun sekurang-kurangnya 15 hari mampu beliau laksanakan. Berazam untuk melakukan lebih baik selepas memeluk Islam, empat dari 15 orang anaknya dikatakan sudah pun lama memeluk Islam.

Beliau melafazkan syahadah dengan pimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.