Archives for January 2022

Rupanya Cara Makan Coklat Kita Selama Ini Salah, Baca Perkongsian Pakar Ini

Ramai daripada kita rasa cara makan coklat yang biasa diamalkan sudah cukup menyatakan rasa nikmat merasai makanan daripada biji koko ini. Akan tetapi tahukah anda rupanya cara makan coklat kita selama ini salah?

Cara biasa yang kita gunakan ialah beli, buka bungkusan, patahkan kecil, masuk coklat ke dalam mulut dan kunyah sampai habis.

Tapi tahukah anda sebenarnya ada cara yang betul untuk kita makan coklat supaya kita benar-benar menikmatinya? Rupanya cara makan coklat kita selama ini salah!

Cara Betul Makan Coklat 2

Seorang pakar coklat yang dikenali sebagai Cef Amer tampil memberikan penjelasan mengenai hal ini.

Coklat ada tiga jenisdark chocolatemilk chocolate dan white chocolate. Antara tiga-tiga jenis ini, beliau menyarankan untuk makan coklat jenis dark chocolate.

Sekiranya dark chocolate dinyatakan kandungannya 99%, maknanya koko dan lemak koko ialah 99%. Manakala jika dark chocolate kandungannya 80%, 19% daripadanya adalah gula, 1% atau kurang adalah lecithin, vanillin dan emilsidier.

Baca Bismillah, buka kota coklat dan potong coklat. Kemudian letakkan coklat di tengah-tengah lidah sebelum rapatkan lidah ke langit.

Biarkan coklat cair sendiri dengan menggunakan suhu badan sehinggalah memenuhi ruangan lidah. Jadi, kesemua rasa coklat ini akan bercampur kesemuanya, masam, masin, pahit dan sebagainya.

Cara Betul Makan Coklat

Pada masa itulah, signal akan dihantar ke otak dan hormon endorphins akan dirembes keluar menjadikan kita lebih tenang dan bahagia.

Kata beliau, rugi sekiranya coklat dimakan terus dengan hanya menggunakan cara kunyah dan telan sahaja kecuali sekiranya ada bahan lain seperti kacang.

Jika coklat yang cair di lidah terasa seperti berketul, maknanya koko yang digunakan bukanlah koko yang betul-betul fine.

Manakala jika mulut terasa berminyak, maka butter yang digunakan dalam pembuatan koko itu merupakan butter murah.

Jadi selepas ini, kalau benar-benar nak memaksimumkan nikmat makan coklat, silalah menggunakan cara yang diajar oleh Cef Amer ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Chef Amer

Netizen Persoal Pemain Import Mudah Dapat MyKad, Tapi Anak Pedalaman Sebaliknya

Seorang pemain bola import dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi baru sahaja sah menjadi warganegara Malaysia melalui proses naturalisasi selepas menerima kad pengenalan (MyKad) di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Beliau yang berasal dari Kosovo menjadi pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya.

Namun, pemberian taraf kewarganegaraan kepada Liridon itu dipersoal netizen. Rata-ratanya mempersoal begitu mudah pihak atasan memberi taraf kewarganegaraan kepada pemain-pemain import yang bukannya lahir di Malaysia sedangkan kanak-kanak di kawasan pedalaman sukar untuk mendapat taraf itu.

Pemain Dapat MyKad Pendalaman Sukar

Seorang guru meluahkan pernah membantu kanak-kanak pedalaman untuk bersekolah dengan memohon sijil kerakyatan. Bagaimanapun, proses perjalanannya itu sukar dan akhirnya kanak-kanak tidak bersekolah.

Pemain Dapat MyKad Pendalaman Sukar

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi orang ramai, ada yang menyokong, termasuk membantahnya.

Ada yang membalas ciapan meluahkan salah seorang adik beradiknya mengalami masalah dokumentasi semasa kelahiran sehingga umur 12 tahun hanya memegang kad pengenalan warna merah dan apabila sudah dewasa diberi pula kad pengenalan berstatus pemastautin sementara.

Ramai juga meluahkan kisah daripada kenalan mereka tentang jerit perih untuk mendapatkan status kewarganegaraan. Sehingga ada yang menyindir mungkin kanak-kanak pedalaman ini perlu mahir sesuatu dengan memberi sumbangan kepada negara, barulah mendapat taraf kewarganegaraan.

Berdasarkan statistik pada Oktober 2019, kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia berusia lebih 12 tahun dan memiliki sijil kelahiran didapati masih tidak memiliki kad pengenalan.

Jika kita bersuara mengatakan pihak yang bertanggungjawab tidak membuat kerja begitu tulus, akan dianggap fitnah kerana tiada pembuktian yang kukuh. Persoalannya, sampai bilakah masalah ini boleh diselesaikan?

Ini Sebab Mengapa Serban Sultan Muhammad Al-Fateh Lebih Besar Daripada Saiz Kepala Dan Mukanya

Sebut sahaja Sultan Muhammad Al-Fateh, pasti yang boleh dikaitkan dengan nama itu ialah Kota Constantinople. Terbayang juga saiz serban yang lebih besar daripada saiz kepalanya. Baca lanjut untuk ketahui ini sebab mengapa serban baginda sultan lebih besar.

Merupakan pemerintah Empayar Uthmaniyyah (1444-1446, 1451-1481), baginda berjaya menakluk Kota Constantinople semasa berusia 21 yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Sultan Muhammad Al-Fateh digelar sebagai sebaik-baik raja juga dikenali dengan sifat  pimpinannya yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam perang di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Ini Sebab Mengapa Serban Sultan Muhammad Al-Fateh

Menerusi gambar-gambar beliau, pernah tidak timbul persoalan mengapa serban di kepada Baginda Sultan Al-Fateh ini lebih besar daripada saiz kepala dan mukanya?

Sebenarnya, tahukah anda gulungan kain yang anda sangka serban itu sebenarnya merupakan kain kafan baginda.

Menurut perkongsian daripada seorang lelaki, Aznil Zulkiflitour guide yang membawa beliau ke Turki mengesahkan perkara tersebut. Baca lanjut untuk ketahui ini sebab mengapa serban baginda lebih besar daripada saiz kepalanya.

Betapa kuatnya ingatan keadaan mati oleh penakluk Kota Constantinople ini. Ternyata beliau in tergolong dalam golongan yang bijak kerana mengingati mati seperti dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW telah ditanya:

“Siapakah dikalangan mukmin yang paling bijak?

Rasulullah SAW
bersabda, “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang paling baik
persediaannya untuk selepas daripada mati, mereka itulah orang-orang yang
bijak”.

(Riwayat Ibnu Majah).

Kita bagaimana?

Sumber: Aznil ZulkifliWikipedia

Rakyat Sarawak Paling Romantis, Kelantan Dan Putrajaya Di Kedudukan Akhir Carta – Kajian

Setiap orang berhak dalam membuat pilihan pasangan hidup mereka. Berkahwin ini bukanlah untuk sehari dua tetapi selama-lamanya, sebab itulah perlu memilih dengan berhati-hati pasangan hidup kita.

Ada orang memilih pasangan berdasarkan pilihan hati dan ada juga berdasarkan pilihan keluarga. Dalam memilih pasangan, ada yang begitu taksub dengan sifat kenegeriaan.

Anda memilih pasangan yang bagaimana?

Jika ingin mencari individu yang romantik, sebuah kajian oleh syarikat e-dagang, picodi.com dari Poland telah mengeluarkan satu analisis berkaitan dengan carian ‘romantik’ di setiap negeri di sini bersumberkan arkib Google.

Menurut analisis itu, Sarawak dipilih mempunyai individu romantik yang paling ramai di Malaysia! Menurut Malay Mail, Picodi.com mendapati bahawa terdapat banyak kekerapan direkodkan berkaitan dengan hari kekasih.

Menerusi kata kunci berkaitan romantik itu, terdapat negeri yang menunjukkan peningkatan carian ‘romantik’ yang ketara manakala terdapat juga negeri yang kurang berminat dengan topik ini.

Hasil kajian itu mendapati, individu yang paling romantik kebanyakannya tinggal di Sarawak, diikuti Johor dan Sabah. Carian itu juga bukanlah semata-mata tentang hari kekasih, tetapi turut berkait rapat dengan keindahan alam semula jadi serta destinasi makan menarik yang ada di Sarawak.

Manakala negeri yang berada di kedudukan paling rendah dalam kategori ini oajal Putrajaya, diikuti dengan Kelantan dan Terengganu.

Setuju atau tidak dengan analisi yang dibuat? Mungkin bagi mereka yang ingin mencari pasangan romantis, bolehlah lihat kedudukan negeri dalam senarai di bawah:

Sarawak Paling Romantik Di Malaysia

Digelar Sebagai ‘Roller Coaster Bridge’, Seni Bina Jambatan Di Jepun Ini Pasti Buatkan Anda Kecut Perut

Tahukah anda, di Jepun ada satu jambatan yang digelar sebagai paling ngeri di dunia kerana seni binanya yang unik?

Dikenali sebagai Namihaya Bridge atau Jambatan Namihara, jambatan yang menghubungkan Minato dan Osaka dengan binaan merentasi Sungai Shirinashi ini mengambil masa tujuh tahun untuk siap (1997-2004).

Digelar Sebagai Jambatan Namihaya Paling Ngeri Di Dunia 2
Jambatan Namihaya Paling Ngeri Di Dunia 4

Merupakan jambatan melintang (horizontal) paling panjang di Jepun dengan jarak panjang sejauh 1,700 meter dan keluasan sebesar 11.3 meter, ramai yang seram sejuk melihat kenderaan yang lalu lalang di atasnya.

Digelar Sebagai Jambatan Namihaya Paling Ngeri Di Dunia 1

Turut digelar sebagai Roller Coaster Bridge kerana mempunyai cerun yang curam, anda dapat melihat keseluruhan Osaka dari jambatan setinggi 44.7 meter ini.

Jambatan Namihaya Paling Ngeri Di Dunia 3

Boleh diangkat untuk memberikan laluan kepada kapal, jambatan yang dilalui lebih 4,000 buah kenderaan setiap hari ini tidak dibenar untuk kenderaan melebihi 14 tan.

Bukan itu sahaja, jambatan ini turut menyediakan laluan basikal. Tapi betul ke kita larat nak mengayuh basikal bagi menaiki jambatan dengan kecerunan sekitar 5.1% Ibahagian Tottori) dan 6.1% (bahagian Shiman) ini?

Bak kata netizen, kalau terbabaslah semasa melalui Jambatan Namihaya ini memang terus ke ‘syurga’ lah jawabnya.

Mengikut rekod, jambatan ini merupakan jambatan yang mempunyai rangka terbesar di Jepun dan ketiga terbesar di dunia.

Kerap Mimpi Sebagai Penceramah Agama, Pemuda Cina Ini Nekad Peluk Islam

Sebagai seorang Muslim, memang tidak dapat dinafikan perasaan gembira apabila menerima saudara baharu yang memeluk agama Islam.

Selepas lapan tahun jatuh cinta dalam diam terhadap Islam, malah kerap mengalami mimpi ditauliahkan sebagai penceramah agama dan menjejakkan kaki ke Mekah membuatkan pemuda cina ini nekad memeluk Islam.

Mohd Dylan Yap Abdullah telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 14 Mei tahun lalu kini sedang mendalami Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Pengkalan Chepa.

Memetik laporan BH, beliau tertarik terhadap Islam ketika belajar di sekolah mengengah dan seorang rakaanya pernah menghadiahkan sebuah buku mengenai kisah 25 rasul.

“Dalam buku itu ada dinyatakan mengenai peraturan dalam Islam, solat lima waktu dan segala yang baik mengenai Islam. Namun ketika itu pemahaman saya masih belum jelas dan tiada sesiapa yang boleh dirujuk sehingga tahun lalu saya diberi petunjuk oleh Allah melalui mimpi yang sama selama empat bulan membuatkan saya nekad memeluk Islam,” katanya.

Tidak semua perkara baharu yang kita lakukan diterima orang sekeliling. Begitu juga apa yang menimpa Mohd Dylan kerana tahun ini merupakan tahun pertama beliau meraikan sambutan Tahun Baharu Cina tanpa keluarga di sisi.

Mohd Dylan Peluk Islam

Hasratnya memeluk Islam mendapat tentangan hebat daripada keluarga terutama ibunya, malah mereka belum mengetahui Mohd Dylan benar-benar sudah menjadi mualaf.

Mohd Dylan turut berasa sedih kerana layanan tunangnya tidak semesra dahulu apabila bertukar agama. Meskipun ramai dalam ahli keluarganya tidak bersetuju, tetapi ibu saudaranya merestui tindakannya, malah menasihati agar memilih wanita yang baik dan berakhlak mulia untuk dijadikan isteri suatu hari nanti.

“Saya juga berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Jordan suatu hari nanti dan jika diberi peluang, ingin berkhidmat di mana-mana institusi agama Islam,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Tradisi ‘Ikat Kaki’ Tanda Kekejaman Amalan Budaya China Pada Kaum Wanita

Tradisi ‘ikat kaki’ atau pun foot binding merupakan salah satu tradisi masyarakat China yang dipercayai dapat menyerlahkan kecantikan seorang wanita secara total.

“Semakin kecil saiz kaki, semakin cantik seorang wanita itu dipandang.”

Juga dikenali sebagai ‘Kaki Seroja’ tradisi ‘ikat kaki’ akan dilakukan dengan cara membalut kaki dengan ketat menggunakan kain sepanjang 10 kaki dengan lebar dua inci. Empat jari kaki akan dilipat ke bahagian bawah kaki dan ibu jari pula akan ditarik mendekati tumit.

Pembalut kaki akan diketatkan lagi setiap hari dan kaki akan dipaksa untuk memakai kasut atau sepatu yang semakin kecil saiznya.

Tradisi China Ikat Kaki Kekejaman Pada Wanita 2

Setiap hari kaki akan dicuci dan kuku dipotong supaya tidak menyebabkan keradangan selepas jari dilipat ke bawah. Sekiranya balutan terlalu ketat, timbul ‘buku-buku’ di kaki yang akan dipotong dengan menggunakan pisau.

Bagi mengurangkan rasa sakit, kaki akan dipicit atau pun dituam sama ada menggunakan ais atau pun kain yang direndam ke dalam air suam.

Biasa dimulai sejak anak perempuan berusia empat hingga tujuh tahun, tradisi mengikat kaki ini diamalkan sedikit lambat oleh masyarakat miskin kerana ibu bapa memerlukan bantuan anak-anak perempuan mereka untuk turun membantu di sawah.

Tradisi China Ikat Kaki Kekejaman Pada Wanita 6

Banyak membawa mudarat, tradisi lama ini membuatkan darah tidak dapat berjalan lancar sehingga mampu menyebabkan daging kaki menjadi busuk dan mengeluarkan nanah.

Tradisi China Ikat Kaki Kekejaman Pada Wanita 3

Disebabkan bahaya kepada kesihatan sehingga menyebabkan banyak kem4tian, kerajaan China telah mengharamkan tradisi ini pada tahun 1911.

Seorang wanita terakhir yang dikenal pasti masih mengamalkan tradisi ini mendedahkan bagaimana keadaan sebenar fizikal kaki selepas mengamalkannya.

Zhoe Guizen, 89 tahun memberitahu selepas diharamkan, pihak berkuasa ada melakukan pemeriksaan bagi memastikan larangan amalan ini dipatuhi.

Tradisi China Kekejaman Pada Wanita

Bagi mengelakkan tertangkap, Guizen akan membalut kakinya dengan pembalut tebal dan memakai kasut bersaiz besar supaya kakinya terlihat normal.

Percaya bahawa pengamalan tradisi ini boleh membantu perkahwinan kekal dan bahagia, Guizen memberitahu amalan yang sudah dipaksa untuk diamalkan ini juga melambangkan status dalam masyarakat.

Selepas revolusi wanita-wanita yang mempunyai ‘kaki seroja’ ini akan diabaikan dan tidak diterima bekerja kerana kecacatan yang diamali menyebabkan kesukaran bukan sahaja untuk melakukan pekerjaan tetapi juga bergerak.

Tradisi China Kekejaman Pada Wanita 7

Menjadi lambang kekejaman budaya kepada wanita, ada yang menyamakan budaya mengikat kaki ini seperti gaya pemakaian kasut tumit tinggi pada zaman kini.

Tradisi China Ikat Kaki Kekejaman Pada Wanita 4

Sumber: Green LemonKompasiana

Pinjaman Kereta Punca Individu Gaji Tinggi Jadi Miskin Bandar – Bekas Menteri Kewangan

Pinjaman kereta punca indvidu gaji tinggi jadi miskin bandar.

Miskin bandar merupakan antara isu yang sudah lama menjadi perbualan masyarakat kerana ianya berkait dengan ekonomi semasa dan kos sara hidup temasuklah kadar gaji.

Menurut statistik Unit Perancang Ekonomi (EPU), data terkini pada Kaukus Parlimen pada 28 September 2019 menyatakan terdapat 190,538 keluarga miskin dan 134,553 daripadanya adalah miskin tegar dengan peratusan sebanyak 56% (107,114) di bandar.

Pinjaman Kereta Punca Miskin Bandar

Menurut bekas Menteri Kewangan II, Johari Abdul Ghani, masalah pengurusan kewangan bukan sahaja membabitkan golongan B40, M40 dan belia tetapi juga terkena tempiasnya pada kelompok berpendapatan tinggi T20 yang sebahagian daripadanya tergolong dalam kategor miskin bandar.

Menurut Johari, golongan B40 tak perlu terburu-buru memiliki hartanah khususnya rumah pertama kerana terpengaruh dengan pola pemikiran ‘beli rumah lambat, harga rumah akan semakin meningkat’ kerana seeloknya mempelajari dahulu pengurusan kewangan dan hartanah.

Selain itu, pinjaman kereta juga menjadi punca mengapa belia termasuk dalam kategori miskin bandar termasuklah daripada mereka yang berpendapatan tinggi.

Terbaharu, Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan bermula 1 Januari, 57 bandar di Malaysia akan melaksanakan perintah gaji minimum seperti yang akan diwartakan dalam masa terdekat.

Kenyataan ini dilakukan susulan daripada pembentangan Belanjawan 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember lalu.

Mengikut Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265)Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja akan melaksanakan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan selain dari wilayah bandar utama mengikut lokasi kerja yang ditakrifkan.

Sumber: FMT

Kesucian Halal Restoran ‘Pork Free’: Adakah Benar-Benar Menurut Piawaian Islam?

Mencari makanan halal sudah menjadi kewajiban setiap yang bergelar Muslim. Merupakan satu isu yang sensitif dalam kalangan masyarakat Muslim, masih ramai yang tertipu dengan papan tanda serve no porkpork free dan no lard. Sejauh mana kesucian halal restoran kedua-duanyanya?

Apa yang membezakan halal dan no pork? 

HALAL – Premis bebas daripada menyediakan masakan berasaskan khinzir, arak dan haiwan darat yang tidak disembelih. Malah peralatan yang digunakan juga bebas daripada najis.

NO PORK – Premis hanya memaklumkan premis tidak menjual makanan berasaskan daging khinzir. Tidak boleh dianggap sebagai premis yang menjual makanan halal.

Seorang wanita mualaf, Allyssia Affandi yang pernah bekerja di restoran Cina sebelum memasuki Islam menceritakan pengalamannya berdasarkan bekerja di premis yang meletakkan papan tanda serve no pork.

kesucian Halal restoran Dan Pork Free

Kata beliau, walaupun papan tanda berkenaan tidak menghidangkan daging khinzir, namun hakikatnya di belakang tabir peralatan memasak yang digunakan masih lagi ‘bersentuhan’ dengan daging berkenaan sama ada daripada pisau, kuali atau pun minyak masak.

Tambah beliau, makanan yang menggunakan daging khinzir terasa berbeza dengan makanan yang tidak dicampurkan dengannya.

Kebanyakan daripada kita merasa yakin dengan adanya tanda berkenaan tanpa perlu berfikir lanjut mengenai kesucian halal restoran tersebut. Tambah lagi bila adanya Muslim lain yang turut makan di premis berkenaan, lagilah bertambah yakin.

Hakikatnya, yang dikatakan halal dengan papan tanda serve no porkpork free dan no lard itu bukanlah yang benar-benar halal menurut piawaian Islam.

Sebelum ini, lebih 120 jenama penapis air diragui status halalnya. Baru-baru ini, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mahyeddin Mohd Salleh memberitahu kajian daripada pihaknya mendapai lebih 120 jenama penapis air berada di pasaran Malaysia.

Dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding penapis berjenama, jenama-jenama ini menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran dan membekalkan kalsium pada air.

Kebanyakan daripadanya adalah jenama yang diimport dari luar negara terutamanya Taiwan dan China kebanyakan karbon aktif adalah daripada tulang haiwan yang dihasilkan China dan diragui status sembelihannya serta keberangkalian untuk tulang yang diambil daripada sumber haram atau syubhah juga adalah tinggi .

Sumber: The StarSinar Harian

Isu Transgender Tunai Umrah, Ini Hukum Yang Wajib Mereka Patuhi

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah impian semua orang yang bergelar Muslim tidak kira umur, bangsa mahu pun jantina. Tular baru-baru ini mengenai isu transgender yang menunaikan umrah iaitu seorang usahawan kosmetik yang merupakan seorang transgender bersama dua orang lagi rakannya menunaikan umrah.

Yang menjadi isu apabila, beliau dan rakan-rakan dilihat menunaikan umrah dengan menggunakan telekung seperti jemaah wanita tulen yang lain.

Hukum Transgender Tunai Umrah 2
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Haji Umrah Dot Me

Yang menimbulkan kemarahan orang ramai ialah apabila individu berkenaan sebelum berlepas berpakaian seperti jemaah lelaki, namun lain yang jadi sesudah tiba di sana.

Apabila ini menjadi isu, pastinya orang ramai akan menyalahkan agensi umrah yang terlibat kerana dikatakan tidak peka terhadap isu-isu sebegini, namun ini respon mereka.

Hukum Transgender Tunai Umrah

Seorang individu yang dikenali sebagai @akhifairuz_ telah merujuk kepada Mufti Wilayah berkenaan dengan perkara ini. Akhi Fairuz Al-Jengkawi@akhifairuz_Bila nampak sahaja org share pasal beliau, saya terus rujuk PA Datuk Mufti Wilayah. Katanya, mutawwif yang bakal bawa beliau ada call minta pendapat. Di pihak mufti jelas, boleh ibadah, dengan syarat berpakaian lelaki dan ibadat cara lelaki. Tup tup dia post gambar bertelukung.

Menurut laporan daripada Harian Metro, agensi yang menguruskan urusan umrah beliau sudah merujuk kes berkenaan kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan seterusnya.

Kumpulan umrah khas keluarga ushawan kosmetik berkenaan itu disertai oleh sembilan orang; tujuh dewasa dan dua kanak-kanak pada awalnya sudah diberitahu oleh pihak agensi supaya tidak mempublisitikan percutian mereka agar tidak menimbulkan ketidakselesaan segelintir masyarakat Muslim.

Mereka pada awalnya bersetuju untuk mematuhi serta menghormati pandangan umum namun sebaliknya yang terjadi sesudah di sana berada di luar jangkaan pihak agensi.

Hukum Transgender Tunai Umrah 3

Cakna dengan isu transgender dan hukum ibadah yang dilakukan mereka, seorang ustaz, Syed Shahridzan tampil memberikan penjelasan mengenai apakah hukumnya golongan transgender ini dalam menunaikan ibadah umrah.

1. Hukumnya HARUS dan mereka layak mengerjakan ibadah umrah selagi bergelar Muslim, namun agensi perlu meletakkan beberapa syarat penting yang perlu mereka patuhi.

2. Syarat WAJIB: Golongan ini wajib mengerjakan umrah berdasarkan HUKUM ASAL JANTINA.

3. WAJIB pakai kain bengkung tidak berjahit supaya ‘payudara tiruan’ tidak kelihatan ketika memakai ihram.

4. WAJIB berihram seperti lelaki dan WAJIB berpakaian lelaki di Mekah dan Madinah demi menghormati kesucian kedua-dua Tanah Haram. TAK BOLEH berpakaian seperti wanita walaupun dengan bertudung mahu pun bertelekung.

5.  WAJIB mengerjakan ibadah di ruangan solat lelaki, malah WAJIB menggunakan tandas lelaki. Pihak agensi WAJIB memastikan bilik penginapan mereka tidak bercampur dengan wanita tulen.

Menurut Ustaz Syed Shahridzan lagi, pihak agensi memainkan peranan penting dalam menitikberatkan syarat-syarat berkenaan supaya tidak dikira sebagai bersubahat dengan perkara mungkar yang dilakukan mereka sama seperti di tanah air.

Sumber: Syed ShahridzanHarian Metro