Archives for January 2022

Masjid Singapura Ini Sediakan Penginapan Sebagai Solusi Masalah Gelandangan

masjid singapura gelandangan

Awal bulan ini, satu kajian mengenai gelandangan di Singapura mendapati hampir 1,000 orang individu di sana terpaksa hidup miskin sebagai gelandangan. Antara kawasan yang paling banyak ditemui golongan ini adalah di kawasan pulau dan bandar seperti Bedok dan Kallang.

Walaupun kebanyakan daripada mereka mempunyai pekerjaan (kelas bawahan; pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) dan lebih suku daripada mereka mempunyai flat di bawah nama mereka (sebahagian besarnya adalah flat sewa), namun sebilangan besar daripada mereka tetap bermalam di tempat awam sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.

Agak mengejutkan untuk sebuah negara yang dipandang sebagai ‘negara kaya’, namun inilah yang perlu diterima. Satu per tiga daripada responden didapati bermalam di tempat-tempat awam sejak satu hingga lima tahun lalu dan 27% lagi hidup merempat di jalanan sejak lima tahun lalu.

Masjid Singapura Gelandangan 2

Peka dengan keadaan itu, sebuah masjid besar dan pusat keagamaan di Singapura iaitu Masjid Sultan tampil dengan solusi dengan menyediakan satu ruangan khas untuk golongan ini berteduh bermula dari jam 10 malam hingga 7 pagi keesokan harinya.

Menjalankan kerjasama dengan  Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, antara kemudahan yang disediakan ialah katil, bantal, kipas dan minuman, gelandangan yang berhasrat bermalam di masjid tertua ini hanya perlu mendaftarkan diri di pejabat keselamatan sebelum  menggunakan kemudahan yang ada.

Masjid Singapura Gelandangan 1

Walau bagaimanapun, kawasan penginapan ini bukanlah terletak di dalam kawasan masjid, sebaliknya di sebuah bangunan pelbagai fungsi di sebelah masjid iaitu Bangunan Annex.

Moga dengan inisiatif yang dimulakan oleh Singapura ini dapatlah diikuti oleh Malaysia yang turut mempunyai angka gelandangan yang agak tinggi.

Sumber: Berita MediacorpMothership

Demi Tampung Yuran Belajar, Krispy Kreme Benarkan Pelajar Ini Jual Semula Donut Mereka

Pelajar Jual Donut Krispy Kreme
Sumber: WNEP

Kehidupan pelajar di kampus memerlukan mereka membuat perancangan kewangan yang baik, jika tidak pastinya perbelanjaan tidak mencukupi sehingga timbul kes terpaksa ikat perut.

Melakukan kerja sambilan untuk menambah duit poket atau membiayai yuran pengajian ketika bergelar pelajar bukanlah sesuatu yang baharu. Pelbagai jenis kerja sambilan yang dilakukan oleh pelajar termasuklah menjadi ejen penjual.

Disebabkan begitu menggemari donut Krispy Kreme, pelajar lelaki ini sanggup berulang alik dari Minnesota ke Iowa demi membeli donut kegemarannya walaupun ia memakan masa selama 4 jam perjalanan.

Jayson Gonzalez, 21 tahun mendapat idea untuk membawa donut Krispy Kreme dari Clive, Iowa – beliau ketika itu menjadi jurulatih bola sepak di sana dan memuat naik hantaran di laman Facebook jika ada penduduk di Minnesota berminat untuk membeli donut itu. Cawangan Krispy Kreme di Minnesota sudah lama ditutup sejak 11 tahun lalu.

Pelajar Jual Donut Krispy Kreme
Sumber: All American Savage

Menerusi hantaran itu, Gonzalez menerima lebih daripada 300 maklum balas. Kemudian, beliau melancarkan Facebook page yang diberi nama Krispy Kreme Run Minnesota dan mula mengambil tempahan dan mendapat sambutan dengan menerima lebih 5,000 pengikut.

Gonzalez mengenakan caj sebanyak $17 hingga $20 sekotak (harga asal $10). Kegiatannya dihidu pihak syarikat Krispy Kreme di Nebraska dan meminta beliau berhenti menjual semula donut-donut tersebut kerana mahu memastika kualiti produk mereka terjamin.

Namun, Krispy Kreme mengubah fikiran apabila mengetahui hasil jualan yang dilakukan pelajar itu digunakan untuk membiayai yuran pengajiannya di Metroplitan State University dalam jurusan perakaunan.

Pihak Krispy Kreme membenarkan Gonzalez menjual donut mereka dan memuji semangat keusahawannya. Susulan itu, Krispy Kreme menderma 6,000 donut (500 kotak) kepada Gonzalez untuk membantu menampung yuran pengajiannya.

Pelajar Jual Donut Krispy Kreme
Sumber: All American Savage

“Kami sangat senang hati bekerjasama dengan Gonzalez sebagai pengusaha bebas untuk memastikan pemberian donat berkualiti tinggi kepada peminat kami di Minnesota. Kami mendoakan kejayaannya dan kami sangat gembira untuk membantunya”.

Krispy Kreme@krispykremehttps://t.co/k7KcZG4bKM9:51 AM · Nov 5, 201911.5K1.5K

Sumber: CNN

Sejauh Mana Ketulenan Darah Dan Peluh Nabi Muhammad SAW Yang Ada Pada Zaman Ini Dapat Dibuktikan?

Ketulenan Darah dan Peluh Nabi Muhammad SAW 3

Menurut penerangan Mufti Wilayah Persekutuan, darah Nabi Muhammad SAW adalah suci dan ianya termasuk dalam bab Pengkhususan Nabi SAW (khusus bagi Nabi SAW sahaja dan tidak pada orang lain) kerana baginda merupakan insan terpilih dan makhluk Allah SWT yang paling mulia berbanding dengan yang lain.

Ketulenan Darah dan Peluh Nabi Muhammad SAW 4

Ini dinyatakan melalui beberapa kisah perbuatan para sahabat yang meminum darah Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, antaranya:

1. Daripada Abdullah bin Zubair RA, bahawa beliau telah datang kepada Rasulullah SAW ketika Baginda SAW sedang berbekam. Setelah Rasulullah SAW selesai, maka Baginda SAW memberikan beliau darah berbekam Baginda SAW sambil berkata:

يَا عَبْدَ اللَّهِ، اذْهَبْ بِهَذَا الدَّمِ فَأَهْرِقْهُ حَيْثُ لَا يَرَاكَ أَحَدٌ ، فَلَمَّا بَرَزْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَمَدْتُ إِلَى الدَّمِ فَحَسَوْتُهُ، فَلَمَّا رَجَعْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا صَنَعْتَ يَا عَبْدَ اللَّهِ؟ قَالَ: جَعَلْتُهُ فِي مَكَانٍ ظَنَنْتُ أَنَّهُ خَافٍ عَلَى النَّاسِ، قَالَ: فَلَعَلَّكَ شَرِبْتَهُ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: وَمَنْ أَمَرَكَ أَنْ تَشْرَبَ الدَّمَ؟ وَيْلٌ لَكَ مِنَ النَّاسِ، وَوَيْلٌ لِلنَّاسِ مِنْكَ

Maksudnya: “Pergilah dan sembunyikan (darah ini) daripada manusia. Maka aku pergi dan meminum darah tersebut. Selepas daripada itu, aku mandatangi Rasulullah SAW kembali. Lalu Baginda SAW bertanya: “Apa yang kamu lakukan?.” Beliau menjawab: “Aku sudah sembunyikan darah itu di tempat yang tidak boleh dilihat oleh manusia. Baginda SAW berkata lagi: “Jangan-jangan kamu telah meminumnya? Beliau menjawab: “Ya, aku telah meminumnya.” [Lihat: al-Mustadrak, 638/3]

2. Imam Ibn al-Qayyim ada menukilkan satu kisah di mana Malik bin Sinan iaitu bapa kepada Abu Said al-Khudri telah meminum darah Rasulullah ketika peperangan Uhud. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 177/3] Kisah ini juga dibenarkan oleh Syeikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri di dalam kitabnya al-Rahiq al-Makhtum:

وَامْتَصَّ مالِك بِنْ سِنَان والد أَبِي سَعِيْد الخُدْرِي الدَّمَ مِنْ وَجْنَتِهِ حَتَّى أَنْقَاه. فَقَالَ: مُجَّهُ. فَقَالَ: وَاللهِ لَا أَمُجُّهُ أَبَدًا. ثُمَّ أَدْبَرَ يُقَاتِل

Maksudnya: Malik bin Sinan iaitu ayah Abu Sa’id al-Khudri telah menyedut darah dari pipi Rasulullah SAW sehingga menelannya. Lalu Nabi SAW berkata: “Ludahkanlah ia!” Beliau menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan meludahnya.” Kemudian beliau kembali berperang. [Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, 247/1]

Namun jika zaman ini ada yang mengakui mereka memiliki darah dan peluh Nabi Muhammad SAW, sejauh mana ketulenannya dapat dibuktikan? Baca perkongsian mengenai ketulenan darah dan peluh baginda Nabi SAW daripada lelaki ini.

Ketulenan Darah dan Peluh Nabi Muhammad SAW

Kenyataan yang memerlukan hujah sandaran apabila berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW dan agama.

Ketulenan Darah dan Peluh Nabi Muhammad SAW 1

Hukumnya HARAM berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW.

Ketulenan Darah dan Peluh Nabi Muhammad SAW 2

Sebagai umat Islam yang memegang kepada enam Rukun Iman, wajiblah kita ketahui bahawa perbuatan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW demi kepentingan peribadi adalah sama sekali dilarang dalam agama.

Sumber: Mufti Wilayah PersekutuanNajmi Farisham

Universiti Sediakan Kubur Khas Untuk Pelajar Lepaskan Tekanan

kubur Khas Lepas Tekanan Pelajar 2

Sebuah universiti di Belanda iaitu Universiti Radboud didapati menyediakan sebuah kubur untuk pelajar-pelajarnya melepaskan tekanan dalam menghadapi peperiksaan.

Kaedah unik yang dijalankan universiti tersebut menjadi tular apabila seorang pelajar dari universiti tersebut telah memuat naik satu hantaran mengenainya di media sosial.

kubur Khas Lepas Tekanan Pelajar

Kubur khas tersebut menjadi popular sehinggakan pelajar terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu bagi mendapatkan giliran menggunakannya. Walaupun begitu, ramai yang sanggup menunggu demi merasai pengalaman unik tersebut.

Dilengkapi dengan selimut dan tikar untuk keselesaan, kubur yang dikenali sebagai purification grave ini diasaskan bagi tujuan menyedarkan pelajar agar menghargai nyawa dan kehidupan mereka di dunia ini yang pastinya akan berakhir dengan kematian.

Di sisi kubur, terdapatnya poster memaparkan tulisan bahasa Latin iaitu momento mori yang membawa maksud ‘ingatkan anda akan mati’ yang dirasakan membantu pelajar mengawal keresahan mereka mengenai masa hadapan.

kubur Khas Lepas Tekanan Pelajar 1

Rata-rata pelajar yang menggunakan kubur tersebut mengakui kaedah ini berkesan dalam membersihkan serta menenangkan minda mereka mengenai kehidupan mendatang.

Bukan itu sahaja, universiti ini turut menawarkan khidmat pod tidur dan perkhidmatan kaunseling biasa selain daripada bilik khas untuk pelajar mereka menangis kerana percaya kesemua ini mampu membantu pelajar mereka menjadi manusia yang lebih baik.

Sumber: Vice

Isteri Anda Kuat Membebel? Lelaki Ini Beri Tip Mudah ‘Diamkan’ Mereka

Isteri kuat bebel tak?

Semakin banyak kita diperdengarkan kes keruntuhan rumah tangga disebabkan sikap suami yang sering menyakiti isteri atau mendera dan sebaliknya. Antara punca terjadinya konflik rumah tangga ialah kerana suami tertekan apabila isteri membebel dan mula berfikir mengapa ketika bercinta dahulu wanita yang dicintainya tidak pernah membebel.

Namun, apakah punca menyebabkan si isteri membebel? Dalam situasi ini, puncanya kerana sikap suami dan tiada tolak ansur bagi kedua-dua pihak. Justeru, bagaimanakah untuk menangani atau kurangkan si isteri daripada kuat membebel?

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Hassan berkongsi tip bagaimana untuk mengurangkan sifat membebel dan merungut seorang isteri. Tip ini diberikan apabila rakannya bertanya kepada beliau.

Dua tip tersebut ialah:

1. Bagi isteri tidur dan suami pula yang menjaga anak-anak kerana apabila mereka tidur, mulut mereka akan tertutup.

2. Ajak isteri pergi makan dan suami jaga anak. Apabila mereka sedang mengunyah mereka tidak akan membebel.

Tip Mudah Tangani Isteri Membebel
Sumber: FB

“Dan bukan mulutnya membebel lagi, bahkan ucap terima kasih yang dah lama kau tak dengar.”

Dalam senario ini, suami sebagai ketua keluarga seharusnya memainkan peranan utama dalam mengatur segala urusan rumah tangga dan jangan sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan isteri.

Tip Mudah Tangani Isteri Membebel
Sumber: FB Muhammad Hassan

Sumber: FB Muhammad Hassan

Budaya ‘Banding Anak’ Punca Kadar Jenayah Semakin Meningkat – Penganalisis Jenayah

Anak jadi Mangsa Buli 3
Sumber: New York Post

Masyarakat kita terlalu sinonim dengan perbuatan atau budaya membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sama ada daripada segi pencapaian akademik ataupun perilaku peribadi.

Tanpa sedar budaya tidak sihat kepada keadaan emosi dan jiwa anak-anak ini sebenarnya membawa kepada berlakunya peningkatan kadar jenayah akibat daripada perasaan dendam yang ditanam dalam diri mereka.

Budaya membandingkan anak ini menyebabkan anak-anak percaya bahawa diri mereka tidak diperlukan dan tertekan sehingga boleh membawa kepada jenayah lari dari rumah dan mencederungkan anak-anak kepada jenayah sosial lain.

Budaya Banding Anak

Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak sepatutnya meyakinkan mereka dengan menerima diri mereka seadanya selain daripada menghargai dan memberi semangat atau motivasi supaya mereka lebih berjaya dalam setiap apa yang mereka lakukan.

Menurut penganalisis jenayah yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim memberitahu slogan ‘Rumahku Syurgaku’ perlu didalami isinya terlebih dahulu sebelum menjayakannya.

“Tekanan atau desakan piawaian seperti ini akan menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dan mereka akan berkata kalau begitu buat apa lagi mereka duduk di rumah?”

Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melaporkan sebanyak 15,042 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilaporkan dari 2011 hingga Mei 2019 adalah disebabkan pengaruh kekasih, pertelingkahan serta kurang mendapat perhatian daripada keluarga.

Sumber: Bernama

Korea Selatan Adakan Latihan Pengebumian Sebagai Persediaan Mati

Korea Selatan Pengebumian Mati
Sumber: The Star

Sesuatu ritual atau budaya yang kita sendiri tidak mengalaminya pasti akan menganggap aneh dan pelik. Walaupun kedengaran aneh, tetapi tradisi itu telah pun dilakukan bertahun-tahun malah bertahan lebih lama.

Ingin merasai pengalaman bagaimana keadaan berada di dalam kubur? Di Korea Selatan ada penyelesaiannya dan perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma.

Sebenarnya, ritual ini telah pun diadakan sejak 2012 yang mana lebih 25,000 orang telah mengambil bahagian dalam acara pengebumian diri sendiri di Hyowon Healing Center. Ia bertujuan dengan harapan mampu memperbaiki kehidupan peserta dengan mensimulasikan kematian mereka.

Upacara ini turut popular dalam kalangan remaja hingga pesara akan memakai pakaian pengembumian, memegang potret, menandatangani surat terakhir dan berbaring di dalam keranda tertutup selama 10 minit.

Korea Selatan Pengebumian Mati
Sumber: China Daily

Ketua pusat berkenaan, Jeong Yong-mun berkata kebanyakan peserta yang hadir itu mengalami masalah kemurungan dan mahu ‘muhasabah diri’ jika mengambil keputusan mengambil nyawa mereka sendiri.

“Saya mahu mereka tahu bahawa mereka sangat penting dan orang lain akan sedih jika mereka pergi,” katanya.

Korea Selatan Pengebumian Mati
Sumber: GMA Network

Nampaknya, amalan mengingati mati semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia.

Penyanyi Dari India Dedah Dodoikan Anaknya Dengan Zikir

Penyanyi India Zikir Hasbi Rabbi
Sumber: The News Minute

Sebuah video seorang penyanyi dari negara India tular di media sosial baru-baru ini. Rakaman itu memaparkan penyanyi bernama Sithara Krishnakumar ditemubual dalam satu program salah sebuah stesen televisyen terkenal di sana.

Apa yang menarik perhatian netizen tentang video itu adalah ‘nyanyian’ yang dialunkan beliau ialah zikir. Menurut Sithara yang juga seorang komposer memberitahu pengacara beliau sering mendodoikan anak perempuannya sebuah lagu Arab.

Beliau yang berasal dari negeri Kerala, India, mendedahkan pelbagai genre lagu didendangkan untuk anaknya mengikut masa yang berbeza namun anaknya kerap mahukan satu lagu Arab itu (zikir).

Penyanyi India Zikir Hasbi Rabbi
Sumber: Youtube

Sithara pernah membintangi filem Tamil, Telugu dan Kannada, Sithara memiliki suara merdu pernah dinobatkan sebagai penyanyi terbaik sempena Anugerah Filem Negeri Kerala tahun 2012 dan 2017 menerusi lagu Enundodee serta Vaanamakalunnuvo.

Video ini mendapat beribu tontonan terutama daripada masyarakat Muslim yang menyifatkan ia satu permulaan untuk keluarga itu menerima hidayah.

Sithara krishnakumar (non muslim) penyanyi latar popular di Kerala India. Dlm program ni pengacara tanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya. Sithara kata ada byk lagu dia nyanyi. Yg jadi perhatian, anaknya kerap mahukan satu lagu arab yg berbunyi begini…… Hasbi Rabbi Jallallah, Ma Fi Qalbi Ghayrullah, Nur Muhammad Sallallah, Lailaha Illallah Cukuplah Allah sebagai tuhan, Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah, Nur iaitu cahaya Muhammad Selawat dan salam ke atasnya, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Pernah Hasilkan Filem Hina Rasulullah, Lelaki Ini Akhirnya Temui Cinta Dalam Agama Islam

Buat Filem Hina Rasulullah

Siapa sangka, lelaki yang pernah menghasilkan filem menghina baginda Rasulullah saw akhirnya menerima hidayah daripadanya.

Pengarah yang dikenali sebagai Arnoud Van Doorn juga merupakan seorang ahli dewan undangan di Belanda pada tahun 2013 merupakan antara yang terlibat dalam penghasilan filem pendek yang diberi judul sebagai ‘Fitna’ ini.

Buat Filem Hina Rasulullah 2

Filem yang mengisahkan mengenai isu Islamophobia dan memburukkan junjungan rasul kita, Nabi Muhammad saw telah menimbulkan kontroversi besar terutamanya dalam kalangan penganut Muslim.

Namun tidak lama kemudian, beliau mula mempelajari Al-Quran dan agama Islam sehingga menjadikannya jatuh cinta terhadap agama tersebut.

Lama kelamaan setelah mendalami ayat-ayat suci di dalam Al-Quran, beliau memberitahu beliau semakin mengenali dirinya dan merasa tenang sehingga dijemput untuk menjadi tetamu Allah pada musim haji baru-baru ini.

Buat Filem Hina Rasulullah

Memeluk agama Islam April lalu, beliau memberitahu dirinya bahagia dengan agama barunya ini. Sering dilihat memakai jubah berwarna putih dan berkopiah putih, Arnound kini selesa menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan berusaha menyebarkan fahaman Islam serta mahu membuang tanggapan mengenai Islamophobia yang ada di negaranya.

Buat Filem Hina Rasulullah 1

Menjadi inspirasi kepada ramai orang, Arnound di laman Instagram peribadinya rajin berkongsi mengenai kehidupannya bergelar seorang Muslim serta kata-kata yang indah mengenai Islam.

Semoga dengan penghijrahan beliau ini, masyarakat dunia akan melihat Islam dari sisi yang lain dan berbeza; lebih baik dan bukannya bersifat terorism.

Sumber: The Guardian

Masyarakat Di India Masih Amalkan Tanam Anak Perempuan Hidup-Hidup

India Amalkan Tanam Bayi Perempuan
Sumber: IndianExpress

Tular rakaman video di media sosial menunjukkan beberapa anggota polis sedang menyelamatkan bayi perempuan yang mahu ditanam hidup-hidup.

Dalam rakaman tersebut, anggota polis sedang menghampiri dan bersemuka dengan seorang lelali yang memegang segumpal selimut dan seorang lagi sedang menggali lubang dengan tangan.

Ketika disoal siasat, salah seorang lelaki mengaku mereka dalam proses untuk menanam bayi berkenaan. Katanya, bayi tersebut telah meninggal dunia di hospital.

Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua apabila anggota polis mengesyaki bayi berkenaan bergerak-gerak dalam selimut yang mendedahkan niat sebenar mereka.

Menurut Daily Mail, lelaki yang memegang bayi itu merupakan datuknya. Katanya, mereka sekeluarga memutuskan untuk tidak menerima bayi itu setelah mengetahui jantina perempuan.

India Amalkan Tanam Bayi Perempuan
Sumber: Daily Mail

Datuk kepada bayi perempuan itu bersama seorang lagi lelaki yang juga saudara kepada bayi berkenaan ditahan dan dibebaskan selepas kenyataan diambil. Manakala bayi itu dihantar ke hospital semula untuk siasatan lanjut.

Kejadian itu dilaporkan oleh seorang pemandu teksi yang memberitahu polis apabila melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan dengan salah seorang daripada mereka membawa beg, dan seorang lagi menggali lubang tidak jauh dari tempat menunggu bas di Hyderabad, India.

Kes ini berlaku dua minggu selepas seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan masih hidup selepas ditinggalkan dalam periuk tanah selama dua hari. Bayi itu ditemukan oleh lelaki yang mahu menggali kubur untuk menanam hidup-hidup anak perempuannya sendiri.

India masih lagi dibelenggu oleh kepercayaan bahawa bayi perempuan merupakan satu bebanan kepada keluarga kerana apabila mereka mahu berkahwin perlu bayar dowri.

Sumber: Daily Mail