Archives for January 2022

Bermula sebagai hobi, kini ramai menikmati manfaat berkebun

Bermula sebagai hobi, kini ramai menikmati manfaat berkebun

Menurut pegawai pertanian (pengembangan) UCTC UPM Mahani Amat, rakyat Malaysia secara konsistennya sentiasa mencari maklumat baharu dan terkini mengenai hortikultur serta berkebun di rumah. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Menceburi bidang hortikultur adalah antara kegiatan yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia yang terpaksa “berkurung” kerana pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Ada yang baru berjinak-jinak dan menjadikan bidang atau seni menanam pokok buah-buahan, sayur-sayuran, bunga atau tanaman hiasan ini sebagai hobi sepanjang tempoh PKP, ada juga yang mahu “menghijaukan” persekitaran rumah atau sebagai terapi minda..

Kalau hendak diikutkan, hortikultur bukan tren baharu kerana kegiatan ini sudah bertapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tekanan kehidupan dan kekangan kewangan antara faktor yang mendorong ramai yang tinggal di bandar yang kembali “berbudi kepada tanah”, meskipun kawasan tanah yang ada hanya “sekangkang kera” atau sekadar “berkebun di dalam pasu” di balkoni rumah.

Menurut Mahani Amat, pegawai pertanian (pengembangan), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia (UPM), kecenderungan menceburi bidang hortikultur ini boleh dilihat daripada peningkatan Statistik Trend Google sepanjang PKP1.0 sehingga sekarang.Rakyat Malaysia, tambah beliau, secara konsistennya sentiasa mencari maklumat baharu dan terkini mengenai hortikultur serta berkebun di rumah.Ini menunjukkan kedua-dua bidang ini adalah antara aktiviti yang amat digemari oleh rakyat Malaysia.”Sebagai contoh, pada permulaan pelaksanaan PKP, pokok Sansevieria atau pokok Lidah Jin yang juga dikenali sebagai Pokok Lidah Mentua menjadi begitu popular sehingga ada yang dijual ratusan ringgit. Ini kerana permintaan yang meningkatakibat trend gaya hidup yang baru ini, ” katanya.

Beliau yang dihubungi Bernama baru-baru ini berkata, menurut Jabatan Pertanian Malaysia, seramai 124,988 orang termasuk dari sekolah, institusi, orang perseorangan serta komuniti di sekitar 5,065 di seluruh negara menyertai program pertanian bandar sejak tahun 2014 sehingga setakat ini.Di samping itu, kata beliau, semakin ramai pengusaha tapak semaian serta orang perseorangan mula berani menjual pokok tanaman mereka secara dalam talian kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia.Ketika mengulas isu kenaikan harga sayur yang sering berulang pada penghujung tahun, Mahani berkata, ianya sering berlaku kerana keadaan cuaca yang tidak menentu, yang menyebabkan kawasan tanaman dinaiki air.Keadaan demikian, katanya, menyebabkan tanaman sayur rosak dan tidak dapat dituai sebelum tiba masa yang sesuai, dan akibatnya, permintaan pasaran tidak dapat dipenuhi.”Sebagai tambahan, kadar kebergantungan yang tinggi kepada sayur-sayuran import mungkin juga melonjakkan harga. Ini berlaku apabila negara luar hanya mampu mengeksport kuantiti sayur yang terhad akibat musim sejuk melampau, di samping kos logistik, baja serta racun perosak yang meningkat, ” katanya.

Mahani memberikan contoh, antara sayur-sayuran yang masih diimport oleh Malaysia (antara 0.7 hingga 9.7 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran tempatan) adalah bayam, sawi, kacang bendi (okra), kacang panjang, terung dan timun.”Sayur-sayuran ini amat sesuai di tanam dalam persekitaran rumah kerana mudah ditanam, dijaga dan tidak memerlukan kawasan luas. Malah boleh ditanam di dalam pasu serta sesuai untuk iklim di Malaysia, ” katanya.Mahani yang juga bercucuk tanam di rumahnya berkata, banyak manfaat daripada kegiatan berkebun di kawasan kediaman, termasuk faktor ekonomi yang mampu mengurangkan kos perbelanjaan dapur.”Daripada pengalaman saya sendiri, menanam pokok seperti serai, pandan, limau purut serta pudina, menjimatkan perbelanjaan dapur saya sehingga sebanyak RM200 sebulan. Lebihan tanaman ini boleh menjadi sumber pendapatan untuk keluarga saya.”Daripada sudut sosial, kegiatan berkebun ini boleh menjadi salah satu kegiatan dalam kalangan anggota keluarga serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara jiran. Lebihan hasil tanaman boleh diagih-agihkan kepada jiran, ” katanya.

Berkongsi panduan berkebun, Mahani berkata amat penting untuk memberi layanan “ABCD” untuk tanaman iaitu A (Air), B (Baja), C (Cahaya dan D (Doa).”Jangan bimbang untuk bercucuk tanam sendiri. Yang diperlukan adalah kesungguhan, minat serta yakin.”Tambahan, dalam berkebun ini tidak ada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mesti dipatuhi sepanjang masa. Berkebun ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk iklim yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan tanaman. Untuk itu, hanya masa serta pengalaman sendiri yang akan menjadi guru terbaik anda,” katanya.Davina Goh, yang menjadikan kegiatan bercucuk tanam sebagai salah stau gaya hidupnya, mula ‘berkebun’ di balkoninya sejak tahun 2017 dan hobinya itu membawa keceriaan dalam kehidupan serta menambah seri ruang kediamannya.”Sudah beberapa tahun saya mula bereksperimen dengan bercucuk tanam ini. Saya seorang pelajar diploma Healing Diets, (pengajian dalam talian), School of Natural Medicine, United Kingdom, saya berasa ia adalah satu Kemahiran Hidup yang penting, iaitu belajar macam mana makanan itu dihasilkan dan belajar menanamnya sendiri, ” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.Menurut Davina, beliau banyak menanam herba dan tumbuhan yang boleh dimakan seperti moringa, rosemary, basil, Indian Borage serta pudina, kerana beliau lebih suka memasak makananannya sendiri dan kerjayanya melibatkan pembangunan resipi makanan.Beliau menambah, di samping berkebun di rumah sendiri satu kegiatan terapi, sebab utama beliau berbuat demikian kerana beliau tahu apa yang dimakan kerana makanan itu dihasilkannya sendiri.”Saya suka tanaman segar yang saya tuai dan lebih yakin khasiatnya kerana antaranya, saya tidak menggunakan racun serangga.”Semua produk yang saya gunakan adalah bukan toksik, terutamanya sayur-sayuran serta tanaman segar lain. Produk baja berasaskan tumbuhan yang saya gunakan juga mampu mencegah serangga dan menjadikan tanaman umbuh segar, serta mudah digunakan,” katanya.Bagi yang terlibat dalam kegiatan berkebun di rumah, mereka juga digalakkan menggunakan produk tambahan selain baja yang biasa supaya sayur-sayuran tumbuh sihat dan selamat untuk dimakan tanpa sebarang kebimbangan.

Ketua Eksekutif serta pengasas Plantonic, Eric Tan berkongsi dengan Bernama tentang intipati baja produk berasaskan tumbuhan, Plantonic, yang semula jadi dan tidak toksik.Menurut beliau, produk berkenaan juga bertindak sebagai penghalau serangga seperti pepijat dan kutu daun serta mencegah jangkitan kulat dan meningkatkan imuniti tumbuhan.”Memandangkan minat terhadap hortikultur dan berkebun di rumah yang semakin meningkat, permintaan untuk produk kami ini juga semakin bertambah sejak akhir-akhir ini. Tambahan, produk kami ini selamat untuk digunakan ke atas sayur-sayuran, serta di dalam rumah dan tidak memudaratkan anak-anak dan haiwan peliharaan.”Bukan itu sahaja, salah satu bahan utama produk kami ialah Shilajit, bahan yang dihasilkan daripada penguraian tumbuhan, yang sering dijumpai di pergunungan Himalaya, dan biasa digunakan dalam Perubatan Ayurveda, serta mengandungi sifat antibakteria semula jadi,” tambahnya.– BERNAMA

Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik

Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik

Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya. – Gambar hiasan

BERGELAR ibu bapa, kadang-kala kita tidak menyedari ada kesilapan dalam mendidik anak-anak.Sudah pasti setiap ibu baga ingin cahaya mata kita menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran. Lantaran itu, kita sanggup berhabis wang ringgit menyediakan kelas tambahan buat anak.

Namun, setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya. https://embed.astroawani.com/embed-news-keyword/keyword/belajar/id/338914 Ingin tahu lanjut, ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini.

KENA FAHAM PERSONALITI ANAK

Kalau ada anak yang masih belajar, tolong baca dan fahami ilmu ni.Cara anak belajar sebenarnya berbeza bergantung kepada karakter dan personaliti anak kita.Mereka boleh sahaja belajar macam biasa tapi kalau kena cara dan mengikut karakter dan personaliti anak kita, maka ilmu yang dibaca itu akan lebih cepat diserap dan lebih berkesan untuk anak kita.Barulah mereka senang menjawab ketika ujian dan mudah faham apa dia belajar.

KATEGORI ANAK IKUT FOKUS PEMBELAJARAN

  • Ada anak fokusnya pendek. Kena banyak belajar di luar kelas dan buat banyak aktiviti.
  • Ada anak fokusnya panjang. Boleh bagi dalam bentuk jadual yang ada garis masa supaya dia boleh bersiap sedia.
  • Ada anak yang jenis suka bersaing. Mereka suka nak menang dan suka dipuji. Mereka akan cemerlang kalau boleh berlawan dengan orang lain.
  • Ada anak yang ‘family style focus’. Dia akan cepat serap ilmu yang dia pelajari kalau dia belajar dalam kumpulan.
  • Ada anak suka belajar dalam keadaan semuanya teratur dan kemas. Kalau tempat belajarnya tidak kemas, memang dia jadi tak boleh beri tumpuan.
  • Ada anak yang jenis paling hebat belajar apabila dia diberitahu yang dia akan jadi contoh pada pelajar yang lain.

InsyaAllah bila cara belajar ini sesuai dengan karakter dan personaliti anak kita, maka jangan pelik kalau tiba-tiba anak kita jadi hebat dan minat belajar.Mungkin selama ini bukan anak kita tidak mahu mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan dan kelihatan malas, cuma mungkin cara anak kita belajar itu tidak kena dengan karakter dan personaliti mereka.Nota kaki : Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan masing-masing juga ya supaya mereka pun boleh sama-sama fikirkan tentang pendidikan anak-anak.Sumber: Taufiq Razif* Artikel asal disiarkan di Keluarga.

Uwais Qorny didik lebih ramai mengaji dengan betul, fahami pengertian bacaan

Uwais Qorny didik lebih ramai mengaji dengan betul, fahami pengertian bacaan

Uwais berkata, program itu adalah usaha pihaknya membantu umat Islam agar pandai mengaji dengan betul, memahami pengertian setiap bacaan sekali gus sebagai alternatif lain bagi menyambut tahun baharu. – Foto Protaz International

KUALA LUMPUR: Komited menjadi platform untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan al-Quran, Protaz International Sdn Bhd menganjurkan program Talaqqi percuma 24 jam secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, bermula 31 Disember 2021 dari jam 7.27 pagi.Pengasasnya, Uwais Qorny berkata, program tersebut adalah usaha pihaknya untuk membantu umat Islam pandai mengaji dengan betul, memahami pengertian setiap bacaan sekali gus sebagai alternatif lain bagi menyambut tahun baharu.

“Talaqqi secara mudahnya adalah berguru, dan selalunya masa ini orang berguru melalui buku dan internet. Tetapi untuk membaca dan mempelajari al-Quran, perlu untuk pelajarinya dengan guru agar dapat menentukan sebutan dan tajwid yang betul.“Manakala, musyafahah pula adalah dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul),” katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat. Talaqqi 24 jam | Uwais Qorny mahu lebih ramai mengaji dengan betul Katanya, program itu turut dilihat sebagai alternatif baharu untuk mengajak rakyat Malaysia membudayakan sambutan tahun baharu dengan bacaan al-Quran.Dalam pada itu, tambah Uwais, ia turut membolehkan segala ilmu yang dipelajari atau diperoleh secara teori dapat dipraktikkan secara tepat agar mutu bacaan menjadi mantap dan mengelakkan ‘syok sendiri’.“Kritikal isunya di sini adalah sekiranya sebutan kita tidak betul, menyebabkan kita melakukan dua jenis kesalahan, iaitu yang besar dan kecil.“Kalau berlaku dalam rukun qauli, dalam sembahyang kita…boleh jadi sembahyang tidak sah. Jalan keluarnya adalah tidak boleh tidak mesti kena bertalaqqi atau berhadapan dengan guru.”Ini kerana, ilmu teori yang kita belajar sebenarnya tidak mencukupi dan perlu dimantapkan dengan melakukannya secara praktikal bersama guru.“Guru akan mendengar dan membetulkan bacaan kita sekiranya ada salah, dan akan meningkatkannya dari semasa ke semasa secara berperingkat,” katanya.Kata Uwais, inisiatif pihaknya diharap dapat meningkatkan kesedaran umat Islam untuk terus memelihara keaslian bacaan Kalamullah, mendalami hukum tajwid seperti dengung dan hukum mad serta mengenal pasti kesalahan berkaitan makhraj huruf dan sifat huruf.Program tersebut juga mendapat dua pengiktarafan dari Malaysia Book of Records (MBR) apabila mendapat sambutan memberangsangkan dengan melebihi 17,000 penyertaan dan terpanjang dari segi masa penganjurannya. dua pengiktarafan oleh Malaysia Book of Records (MBR). - Foto Protaz InternationalDua pengiktarafan oleh Malaysia Book of Records (MBR). – Foto Protaz InternationalBagi mereka yang ingin mengikuti dan mengetahui lanjut mengenai program dan sebarang kelas al-Quran yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari www.UwaisQorny.com.

‘Lumur minyak, pakai stoking’ – Ini petua elak kulat air, kaki kecut terendam banjir

'Lumur minyak, pakai stoking' - Ini petua elak kulat air, kaki kecut terendam banjir

Rupanya dengan melumur minyak dan pakai stoking sebelum memakai boot ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut. -Foto KeluargaRUPANYA dengan melumur minyak dan pakai stoking sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut.Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.

Boleh ikut tip pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Hayana Darliz ini yang pernah bergelar Kapten dan menjalani latihan tentera di dalam hutan dahulu. “Ada sahabat kita bagitau, diorang yang dok bersihkan rumah banjir hari-hari, kaki terperam dalam air berlumpur berjam-jam sampai rosak kulit kaki dan naik kulat air. Allah. Gini..KD share sikit.

Tip Sebelum Mulakan Kerja Membersih

Sebelum mulakan kerja membersih, sama ada basah atau tidak, sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun okey. Lepas tu pakai stoking, baru pakai boot.Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.Stoking pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.Stoking dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.

Pengalaman ‘Training’ Dalam Hutan

Mana KD tau petua ni?Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas.Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stoking.Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot. Pakai minyak masak kelapa sawit saja.

Cara Buat Minyak Bawang Putih

Cara nak buat minyak bawang putih: Grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak.Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layankan saja.Semasa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahulah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering.Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stoking baru dan sarung semula boot. Jalan.Jaga tau kulit kaki anda. Kulit kaki siap boleh lekang gitu saja kalau kulit dah kecut sangat.Kulat air ‘toksah’ ceritalah. Keluar hutan siaplah merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.Gitulah. Ada la sikit pengalaman tu.”Moga bermanfaat. Selamat Mencuba! Sumber: Hayana DarlizArtikel asal di Mingguan Wanita

Gaya hidup tak sihat semasa PKP berisiko tingkatkan penyakit kardiovaskular – Pakar

Gaya hidup tak sihat semasa PKP berisiko tingkatkan penyakit kardiovaskular - Pakar

Antara gejala yang jelas ialah pesakit sering mengadu sakit dada, rasa seperti dihempap di bahagian tengah atau kiri dada.

KUALA LUMPUR: Sejak sekian lama, penyakit berkaitan kardiovaskular kekal sebagai penyebab utama kematian di negara ini, dan berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2019 sahaja 23 peratus kematian pada tahun itu adalah disebabkan penyakit tersebut.Pemerhatian pakar pula mendapati semakin ramai golongan muda yang menghidap penyakit yang mendedahkan mereka kepada serangan jantung itu.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Muhammad Dzafir Ismail, lebih membimbangkan ialah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, kebanyakan rakyat mengamalkan gaya hidup tidak sihat. “Sepanjang tempoh itu, majoriti rakyat bekerja dari rumah, bermakna mereka menghabiskan hampir sepanjang masa di rumah yang turut menyebabkan pengambilan makanan tidak seimbang secara berlebihan selain kurang beriadah.”Ramai juga yang berasa tidak bersemangat dan mengalami stres, sekali gus mendorong peningkatan cara hidup tidak sihat seperti merokok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

MAJORITI KEMATIAN ADALAH LELAKI

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Dzafir berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia 2019, daripada 23 peratus kematian akibat penyakit kardiovaskular itu, sebanyak 16,325 kes atau 15 peratus disebabkan penyakit arteri koronari (CAD).Jumlah itu merangkumi 11,330 kes atau 69.4 peratus kematian lelaki dan baki 4,995 kes (31.6 peratus) adalah wanita.”CAD disebabkan oleh pembuluh darah jantung tersumbat. Proses pengumpulan lemak atau aterosklerosis adalah sebab utama penyumbatan pembuluh darah boleh berlaku, di mana bekalan oksigen yang dibawa oleh darah tidak sampai ke kawasan otot jantung. Situasi ini juga dikenali sebagai iskemia yang menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.”Jika dibiarkan berlarutan tanpa dirawat, pesakit akan mengalami serangan jantung yang disusuli kegagalan jantung dan kematian,” jelasnya.Menurut beliau, CAD yang berlaku dalam jangka masa lama juga boleh diburukkan lagi oleh faktor risiko seperti diabetes, tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, gaya hidup tidak aktif dan keturunan.

WASPADA DENGAN PERSEKITARAN

Pada masa sama, Dr Muhammad Dzafir menasihati masyarakat agar sentiasa berwaspada akan simptom CAD, khususnya pada masa sekarang ketika ahli komuniti masih lagi diancam jangkitan COVID-19 selain bencana bah yang melanda di beberapa kawasan di negara ini.”Antara gejala yang jelas ialah pesakit sering mengadu sakit dada, rasa seperti dihempap di bahagian tengah atau kiri dada. Rasa sakit ini adakala diiringi dengan kebas di lengan kiri, rahang, leher selain berpeluh, loya dan mungkin juga muntah.”Bagaimanapun, bagi pesakit yang lebih berusia, penghidap diabetes atau wanita, mereka kadang-kadang tidak mengalami rasa sakit seperti ini, sebaliknya rasa sakit ringan, mengah, pengsan atau lesu melampau,” jelasnya.Katanya dengan mengenali gejala-gejala tersebut, seseorang dapat menyelamatkan nyawa pesakit dengan membawanya mendapatkan rawatan secepat mungkin.

BANYAK PILIHAN RAWATAN

Sementara itu, Perunding Pakar Bedah Kardiotoraksik di Mahkota Medical Centre Dr Kenny Cheng berkata terdapat beberapa pilihan pembedahan CAD yang ditawarkan oleh hospital di negara ini, dan yang paling popular ialah cantuman pintasan arteri koronari, iaitu mewujudkan saluran baharu bagi memintas kawasan tersumbat.Tambah beliau, kaedah itu terbukti sangat berkesan, lebih tahan lama dengan keputusan yang lebih baik serta kos efektif untuk jangka panjang berbanding opsyen rawatan yang lain, khususnya bagi pesakit yang mempunyai lebih daripada dua penyumbatan.”Kaedah terbaik untuk merawat arteri yang tersumbat ialah memintas bahagian yang tersumbat itu menggunakan pembuluh darah sihat yang diambil daripada tubuh pesakit, mungkin sebahagian daripada vena safenus besar di kaki atau arteri di dada atau lengan. Paling biasa digunakan ialah vena safenus kerana mudah dituai selain kepanjangannya,” kata Dr Cheng.Menjelaskan kaedah CABG menggunakan vena safenus besar, beliau berkata aliran darah dapat memintas kawasan penyumbatan menerusi laluan baharu yang wujud daripada cantuman vena di kawasan tersebut.”Bagaimanapun, penuaian pembuluh darah secara konvensional pada kaki akan menyebabkan luka yang panjang dari buku lali hingga ke paras paha. Ini mungkin menyebabkan pendarahan ketika atau selepas pembedahan, jangkitan pada luka bedah, rasa sakit serta tempoh berada di hospital yang lebih panjang,” katanya.

PROSEDUR INVASIF MINIMUM EVH

Dr Cheng berkata ada prosedur invasif minimum ditawarkan untuk menangani masalah tersebut, iaitu penuaian vena endoskopi (EVH) yang hanya memerlukan insisi sepanjang dua hingga tiga sentimeter bagi penuaian pembuluh darah.”EVH antara kemajuan teknologi yang menjadi kaedah pilihan dalam menuai vena safenus besar.”Teknik ini melibatkan insisi kecil di belakang sendi lutut dan vena dikeluarkan dengan bantuan kamera endoskopi. Kaedah ini mengelakkan insisi dilakukan sepanjang kaki,” jelasnya.Tambahan pula kata beliau, EVH tidak meninggalkan parut yang besar selain kurang rasa sakit, sementara risiko terkena jangkitan atau mengalami komplikasi luka bedah pula rendah di samping cepat sembuh.Jelas Dr Cheng lagi, menerusi EVH, potensi mengalami jangkitan dalam kalangan pesakit berisiko tinggi seperti obes atau penghidap diabetes adalah empat kali lebih rendah berbanding pembedahan penuaian terbuka.”Berdasarkan satu kajian terkini, jumlah kemasukan semula ke hospital dalam kalangan pesakit CABG kerana mengalami jangkitan pada luka insisi adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding pesakit yang memilih prosedur EVH,” katanya.– BERNAMA

Landskap, sejarah dan menu lazat: Ini lapan tempat wajib dikunjungi di Ipoh

Landskap, sejarah dan menu lazat: Ini lapan tempat wajib dikunjungi di Ipoh

Ipoh, Perak merupakan bandaraya penuh sejarah yang menawarkan aktiviti dan lokasi tumpuan pelancongan unik tersendiri. – Astro AWANI/Saraya MiaIPOH, Perak merupakan bandar raya penuh sejarah yang menawarkan aktiviti dan lokasi tumpuan pelancongan unik tersendiri.Tatkala landskapnya megah dikelilingi bukit batu kapur dan bangunan seni bina kolonial, bandar lama ini juga kaya dengan makanan autentik yang disediakan penduduk tempatan yang peramah. Ternyata, Ipoh tidak akan mengecewakan pengunjung.

Pemanduan hanya dua jam dari ibu negara dan dua jam dari Pulau Pinang melalui lebuh raya Utara-Selatan, Ipoh semestinya menjadi destinasi hujung minggu pilihan pengunjung tempatan dan antarabangsa. Berikut disertakan 8 lokasi menarik yang anda wajib kunjung ketika berada di Ipoh.

1. Concubine Lane

Nama yang dipetik daripada perkataan Inggeris yang bermaksud ‘lorong gundik’, Concubine Lane atau Yee Lai Hong dipercayai pernah menjadi kawasan yang menempatkan rumah isteri tidak rasmi kepada usahawan kaya tempatan, Yao Tet Shin.Kini, ia ditukar menjadi antara lorong tumpuan paling popular di ibu negeri Perak yang menarik para pengunjung kerana sejarah dan reka bentuk bangunan lama yang dibina sejak 1890-an.Lorong Yee Lai Hong dan dua lagi lorong Concubine Lane, Hale Lane dan Market Lane yang terletak di bandar lama Ipoh menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk Concubine Lane Ipoh Tau Fu Fa, Restoran Wong Koh Khee, Ais Kepal dan Nam Chau White Coffee.Ketiga-tiga lorong itu terletak di Lorong Panglima, Ipoh dan terletak tidak jauh antara satu sama lain.Ketiga-tiga lorong itu terletak di Lorong Panglima, Ipoh, dan terletak tidak jauh antara satu sama lain.Lokasi ini juga sesuai untuk bergambar dan menambahkan koleksi foto di media sosial dengan membelakangkan mural pada dinding, hasil karya artis dari Lithuania, Ernest Zacharevic.

2. Little Ipoh Cafe

Kafe yang dibuka di dalam bangunan lama di Ipoh Belfield Street mempunyai kisahnya tersendiri. Ia pernah menjadi tempat kediaman pengintip Jepun sebelum jajahan Jepun di Malaya, di mana ia berselindung di sebalik kedai perniagaan gambar Mikasa Photo Studio dan kedai jahit baju, U.S. Peter.Antara pilihan makanan di Little Ipoh Kafe termasuk kari ayam yang dihidang di dalam sia, roti titab telur goyang, nasi ayam dan pelbagai lagi dengan harga berbaloi, kesemua di bawah RM10.Kafe ini diurus oleh anak muda dan adik-beradiknya yang membangunkan kafe dengan hasil titik peluh mereka, termasuk mural yang dilukis sendiri serta seni bina dalaman yang direka sendiri.Seni bina dalaman direka oleh kakak kepada usahawan muda yang menguruskan Little Ipoh Kafe. Seni bina dalaman direka oleh kakak kepada usahawan muda yang menguruskan Little Ipoh Kafe.

3. Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Taman yang terletak di tengah-tengah kuil bukit batu kapur, Sam Poh Tong dan Kek Long Tong di Gunung Rapat menawarkan pemandangan indah dan suasana tenang untuk pengalaman memukau.Dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 4.30 petang, taman ini menawarkan macam-macam tarikan untuk dilihat dan diterokai, terutamanya bagi penggemar sejarah. Malah, persekitarannya mampu membawa anda kembali ke zaman 1960-an.Selain mendaki bukit menghala ke kampung yang dihiasi asimilasi perabot dan perumahan hampir 70 dekad lalu, anda turut boleh pergi ke galeri koleksi vintage untuk melihat alat serta gajet zaman dahulu sambil memahami garis masa perubahan teknologi.

4. Tasik Cermin

Untuk ke lokasi tersembunyi ini, anda harus melalui terowong gua sepanjang 50 meter sebelum sampai ke tasik yang dikelilingi bentukan batu kapur dan gunung ganang.Untuk pengalaman terbaik, anda boleh menghayati pemandangan menakjubkan alam semula jadi sambil jalan di rakit yang menuju ke tasik yang air berkilat-kilat dipantul cahaya matahari.Ia terletak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Ipoh dan tidak jauh dari Qing Xin Ling.Tasik Cermin menawarkan pemandangan terbaik pada waktu siang dek pantulan cahaya matahari di tasik.Tasik Cermin menawarkan pemandangan terbaik pada waktu siang dek pantulan cahaya matahari di tasik.

5. Xscape TambunT

erletak 20 minit dari bandar Ipoh, resort yang dibina di tapak gua batu kapur ini menawarkan pengalaman penginapan luar biasa di mana anda boleh menikmati suasana keindahan alam semula jadi sambil menginap di bilik yang moden.Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, aktiviti masuk gua dengan harga serendah RM60, selain mempelajari biodiversiti reptilia dan serangga yang wujud di sekitar kawasan hutan sekeliling.Bilik-bilik di resort ini dibina dengan atap terbuka untuk pengunjung menikmati pemandangan gua di luar tanpa meninggalkan keselesaan bilik. Terdapat juga fasiliti seperti jakuzi, beranda berhadapan bukit dan jeti yang menghala ke pintu masuk gua.

6. Taman Rimba Kledang Saiong

Taman eko-rimba di Persiaran Meru Utama menjadi tumpuan pilihan pelancong yang minat alam sekitar dan aktiviti luar seperti berkemah dan berkelah.Terletak dalam Hutan Simpan Kledang Saiong yang berkeluasan 2,188 hektar, taman ini menawarkan fasiliti berkhemah berhampiran sungai, tempat barbeku, bilik persalinan, tandas, pondok wakaf, surau dan papan tanda informasi.Terdapat juga Taman Nepanthes yang menempatkan 77 spesies periuk kera yang begitu penting bagi biodiversiti serta pemuliharaan dan pemeliharaan spesis flora dan fauna di hutan-hutan negara kita.

7. Karat Cafe

Dengan slogan “Old is Gold”, Karat Cafe mengetengahkan konsep rumah dan makanan tempatan di dalam bangunan 1970-an yang masih kekal 90 peratus stuktur asal.Sebelum rumah lot 135 di Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh ini dikenali sebagai kafe hotspot dalam kalangan anak muda dan keluarga, bangunan tersebut pernah menjadi kuarters kerajaan sebelum ditukar kepada rumah anak yatim. Sejak 2014, usahawan muda Ezmal Elias menguruskan kafe itu yang dibangunkan bapanya.Antara makanan popular di kafe ini termasuk asam pedas ikan siakap dan daging dendeng yang dimasak dan dihidang stail autentik, manakala bagi minuman kegemaran pula adalah matcha ais.Karat Cafe mengekalkan hampir 90 peratus struktur asal bangunan yang dibina sejak 1975.Karat Cafe mengekalkan hampir 90 peratus struktur asal bangunan yang dibina sejak 1975.

8. Gerbang Malam

Pasar Gerbang Malam dan Pasar Karat di Jalan Tahwil Azhar merupakan lokasi sesuai untuk pengumpul barangan antik serta mereka yang ingin membeli-belah secara jimat.Suasana di pasar ini mula hidup pada waktu malam, ketika ramai penduduk tempatan dan pengunjung meluangkan masa lapang bersama keluarga dan teman-teman sambil mencuci mata.Di sini, pengunjung boleh membeli oleh-oleh, pakaian termasuk beg dan kasut, gajet dan macam-macam lagi sebelum mengisi perut di pelbagai pilihan restoran dan kedai makanan tempatan berdekatan.

Perkampungan Hang Tuah berwajah baharu, tampil empat konsep unik

Perkampungan Hang Tuah berwajah baharu, tampil empat konsep unik

Penjenamaan semula empat rumah pahlawan pada era kegemilangan Kesultanan Melaka itu dilakukan sejak Rabu lepas dengan kerja-kerja membaiki, membersihkan serta memasukkan bahan pameran. – BernamaBAGI mereka yang mahu merasai suasana kehidupan zaman kepahlawanan Hang Tuah Lima Bersaudara, impian tersebut boleh direalisasikan dengan berkunjung ke Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyong, Melaka yang kini diberi wajah baharu.Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Mohd Nasruddin Rahman berkata, bermula 1 Februari ini, empat rumah sahabat Hang Tuah iaitu Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir dan Rumah Hang Lekiu akan dibuka kepada orang ramai dengan konsep dan keunikan tersendiri.

Katanya, penjenamaan semula empat rumah pahlawan pada era kegemilangan Kesultanan Melaka itu dilakukan sejak Rabu lepas dengan kerja-kerja membaiki, membersihkan serta memasukkan bahan pameran. “Rumah-rumah ini ditutup agak lama. Jadi banyak yang perlu kita buat termasuklah menampilkan konsep pameran baharu agar dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sini, kita jangka semuanya akan siap dalam minggu hadapan,” katanya ketika ditemui Bernama.Mohd Nasruddin berkata koleksi senjata tradisional seperti keris dan tombak akan dipamerkan di Rumah Hang Jebat manakala Rumah Hang Kasturi akan mempamerkan koleksi pakaian tradisional masyarakat di Melaka seperti Melayu serta Baba dan Nyonya.

“Mereka yang ingin merasai atau mengimbau kenangan bermain permainan tradisional seperti congkak dan tingting, mereka boleh menunjuk bakat di Rumah Hang Lekir manakala juadah tradisi Melaka seperti asam pedas dan kuih onde-onde boleh dirasai di Rumah Hang Lekiu,” katanya.Bagi Rumah Hang Tuah pula beliau menjelaskan ia akan kekal sebagai pusat pameran utama yang memaparkan sejarah pahlawan Melayu tersebut bersama empat saudaranya di bumi Melaka.Mengulas mengenai bahan pameran, Mohd Nasruddin berkata kebanyakannya adalah milik Perzim namun, bagi koleksi pakaian tradisional pihaknya mendapat kerjasama daripada Pak Andak atau nama sebenarnya Raja Andak Raja Hussin yang memiliki pelbagai pakaian terutama untuk majlis perkahwinan yang mungkin sudah tidak wujud dalam pasaran masa kini.”Jadi kami berbesar hati apabila Pak Andak sudi berkongsi pakaian-pakaian tersebut untuk dipamerkan kepada pengunjung.”Dalam masa yang sama, kami turut menyediakan beberapa jenis pakaian tradisional untuk pengunjung mencubanya dan bergambar di sekitar Perkampungan Hang Tuah bagi satu tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.Bagi memeriahkan lagi suasana perkampungan seluas 16 hektar itu, Mohd Nasruddin menjelaskan pengunjung boleh menikmati hidangan tradisional Melaka bersama ulam-ulaman yang ditanam segar di sekeliling Rumah Hang Lekiu.Beliau berkata menu juadah yang berubah mengikut hari dan dihidangkan di dalam pinggan mangkuk vintaj itu akan dinikmati pengunjung dalam suasana kampung dengan duduk bersila di kawasan beranda rumah kayu tersebut.”Pakej harga akan kita tentukan kemudian. Namun apa yang pasti, masakan akan dimasak ketika tempahan dilakukan.”Jadi bayangkan sambil makan bersila, anda boleh menyaksikan anak-anak bermain permainan tradisonal di rumah sebelah (Rumah Hang Lekir).”Inilah yang kita mahukan pengunjung rasa. Kita harap dengan penjenamaan semula empat rumah pahlawan ini, pengunjung dapat merasai suasana sebenar masyarakat Melayu lama dahulu yang mungkin generasi sekarang sudah tidak dapat rasakan lagi,” katanya. — BERNAMA

‘Diet SSS’ diperakui antara cara terbaik singkir berat berlebihan

'Diet SSS' diperakui antara cara terbaik singkir berat berlebihan

Untuk mendapat impak lebih besar anda juga dinasihatkan untuk meninggalkan minuman bergula dan lebihkan minum air kosong. -Gambar hiasanSEBUT sahaja tentang diet pasti ramai yang terus terfikir akan proses untuk menurunkan berat badan.Walhal makna sebenar itu sebenarnya sebahagian daripada makna perkataan tersebut yang sentiasa dikomersialkan oleh pelbagai pengeluar produk supplement atau makanan yang boleh membantu pengguna untuk menurunkan berat badan.

Diet juga bermaksud kuantiti makanan yang anda ambil setiap kali makan sama ada pada waktu pagi, tengah hari atau malam. Dalam budaya popular kehidupan yang serba pantas pada masa kini juga menyaksikan bermacam jenis bentuk diet telah diperkenalkan.Ada yang berkesan dan ada juga yang mengundang pelbagai kontroversi dan risiko.

Bagi anda yang ingin betul-betul mengamalkan gaya pemakanan sihat, diet terbaik yang boleh anda ikut ialah Diet Suku Suku Separuh (DSSS). Diet Suku Suku Separuh!Diet Suku Suku Separuh! Sebenarnya istilah ini bukanlah satu perkara yang baharu. Dan ia telah terbukti telah membantu ramai orang untuk menurunkan berat badan.Kehebatan diet ini juga menyaksikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mempromosikannya sebagai cara diet paling baik. KONSEP DIETJadi apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan Diet Suku Suku Separuh? Ia sebenarnya tidak susah untuk difahami.Maksud ‘suku suku separuh’ itu merujuk kepada jumlah makanan dalam kelas berbeza yang perlu anda makan di atas pinggan.Bayangkan pinggan berbentuk bulat dan bahagikan kepada tiga bahagian dengan portion suku-suku-separuh.Ilustrasi: Kementerian Kesihatan MalaysiaIlustrasi: Kementerian Kesihatan Malaysia Untuk suku pertama ialah jumlah nasi atau roti yang mewakili karbohidrat.Suku yang kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau kekacang.Manakala untuk yang separuh dan paling banyak disi dengan sayur dan buah.Dalam kenyataan KKM yang pernah dikeluarkan pada Ogos 2017 mengatakan bahawa seseorang boleh mengelakkan masalah obesiti jika mengamalkan diet ini secara berterusan.Malah, KKM juga pernah melancarkan kempen #SukuSukuSeparuh pada tahun 2017 dan ia juga pernah tular di laman media sosial.MASKULIN juga pernah mengeluarkan artikel yang menampilkan perkongsian seorang wanita turun 40kg selepas mengamalkan diet ‘ajaib’ ini!Jadi ini bukanlah satu diet yang popular semata kerana ia diamalkan oleh artis atau selebriti. Tetapi inilah diet yang paling berkesan dan terbukti boleh anda cuba untuk menurunkan berat badan.Untuk mendapat impak lebih besar anda juga dinasihatkan untuk meninggalkan minuman bergula dan lebihkan minum air kosong.Antara menu contoh diet suku suku separuh yang boleh anda ikut:

NASI BUKAN MUSUHMenerusi diet ini jelas terbukti bahawa nasi bukanlah musuh utama diet anda.Cuma apa yang perlu anda lakukan adalah menjaga jumlah nasi yang diambil setiap kali makan. Usahlah terlalu mengikut hawa nafsu sangat.Antara teknik lain berkesan untuk memastikan diet seperti ini memberikan hasil yang baik ialah berhenti makan sebelum kenyang.Ini juga merupakan amalan orang-orang tua untuk kekal awet muda dan elak perut boroi.Lebih baik anda makan banyak kali dalam sehari tetapi dalam portion yang sedikit.Jika anda ingin melihat hasil lebih baik gantikan nasi putih dengan nasi beras perang atau basmathi.Untuk roti pula pilihlah roti daripada jenis wholegrain.Buat anda yang ada keazaman untuk menurunkan berat badan bolehlah memulakan diet pada hari ini.Jaga portion makanan, anda pasti berjaya! *Artikel asal di Maskulin

Kajian terbaharu dedah makan anggur mampu cegah serangan jantung, strok

Kajian terbaharu dedah makan anggur mampu cegah serangan jantung, strok

Kajian terbaharu mendapati tabiat memakan anggur boleh membantu mencegah serangan jantung dan angin ahmar. Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa tabiat memakan anggur boleh membantu mencegah serangan jantung dan angin ahmar, lapor akhbar Daily Mail.

Sepasukan penyelidik di California, Amerika Syarikat menguji teori tersebut dengan memberi 19 peserta kajian sebanyak 46 gram serbuk anggur setiap hari. Selepas empat minggu penggunaan anggur, terdapat peningkatan dalam kepelbagaian mikrobiotik dalam sampel najis dan air kencing yang dikutip daripada peserta.Pengambilan serbuk anggur didapati berjaya meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting untuk pembentukan sistem imun yang kuat.

Selain itu, memakan anggur juga dilaporkan mampu menurunkan paras kolesterol yang boleh menyebabkan berlaku sumbatan pada arteri dan membawa kepada penyakit jantung.Makan anggur juga dikatakan dapat mengurangkan tahap asid hempedu yang memainkan peranan penting dalam metabolisme atau pemprosesan kolesterol.Kajian baharu tersebut diketuai oleh Pakar Pemakanan dan Profesor Perubatan Universiti California, Li Zhaoping dan diterbitkan dalam jurnal Nutrient.“Kami mendapati bahawa anggur mempunyai kesan baik terhadap bakteria dalam usus manusia yang memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan manusia.“Kajian ini turut mengukuhkan lagi manfaat anggur ke atas penjagaan jantung dengan mengawal penghasilan kolesterol yang lebih rendah,” jelas Li. *Artikel asal di Mingguan Wanita

Tandas Kotor Dan Berbau Cerminan Rakyat Malaysia Kurang Sivik – Tun Mahathir

Tandas Malaysia Busuk Dan Kotor
Sumber: Remaja

Sebagai sebuah negara membangun yang kadar celik huruf sekitar hampir 95 peratus, pelbagai subjek diajar di sekolah. Malang sekali, mata pelajaran Pendidikan Sivik ditenggelami dengan subjek lain yang dianggap lebih kritikal untuk keperluan negara seperti Matematik dan Sains.

Dalam ucapan untuk merasmikan Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan 2019 pada Selasa, Tun Dr. Mahathir meluahkan rasa malu dengan keadaan tadas awam di Malaysia yang tidak bersih dan busuk sekali gus mencerminkan sikap rakyat tanah air ini tidak mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

Dr. Mahathir berkata, Malaysia berdepan masalah sivik dalam kalangan masyarakat yang melakukan pelbagai perkara tidak baik seperti membuang sampah merata-rata dan mencuri air, paip, elektrik serta lampu-lampu jalan.

Tandas Malaysia Busuk Dan Kotor
Sumber: Iluminasi

“Saya malu kerana saya sering kali pergi ‘inspection’ tandas di Malaysia untuk tengok bersih atau tidak dan biasanya tidak dan busuk. Itu mencerminkan sifat yang ada pada kita, sepatutnya kita berasa malu dengan keadaan itu.

“Sekarang kita mempunyai masalah sampah di sekeliling yang dibuang merata tempat selain kes kecurian air, paip, elektrik dan juga lampu jalan. Ini berlaku kerana kita tiada nilai sivik yang tinggi,” katanya.

Katanya lagi, keadaan itu berbeza dengan tandas awam di negara lain yang sentiasa bersih dan tidak berbau busuk.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir berharap, pendidikan sivik yang diperkenalkan di sekolah sejak Jun lalu akan membentuk masyarakat dan individu di Malaysia yang bertanggungjawab, prihatin, bertimbang rasa terhadap pihak lain.

Konklusinya, rakyat Malaysia perlu mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi selaras dengan status kita sebagai negara yang membangun maju dari semasa ke semasa.

Sumber: Utusan