Archives for January 2022

Dakwa Hampir ‘Dibunuh’ Oleh iPhone, Abang Pablo Escobar Saman Apple RM11.33 Bilion

Sebut mengenai Pablo Escobar pasti orang ramai mengenalinya. Berjaya menjadi Colombian drug lord yang sangat terkenal serta berjaya memperoleh pendapatan sehingga berbillion dollar membuatkan beliau terus popular sehingga ke hari ini.

Meskipun sudah meninggal dunia sejak pada tahun 1993, legasi keluarganya yang kaya masih diteruskan sehingga kini. Menerusi laporan terbaru, abang Pablo Escobar iaitu Roberto Escobar baru-baru telah menyaman syarikat Apple dengan nilai $2.6 bilion (RM11.33 bilion).Roberto-Escobar

SUMBER: THE TRAVEL ADDICT

Menerusi laporan daripada TMZ, semuanya bermula apabila Roberto Escobar mendakwa terdapat pihak yang cuba menggodam iPhone X beliau menggunakan aplikasi FaceTime serta memperoleh alamat rumahnya. Tambahnya lagi, beliau turut menerima sepucuk surat berbaur ugutan menerusi alamat yang diperoleh.

Tidak senang dengan ugutan yang diterima serta risau dengan keadaan dirinya serta keluarga, beliau memilih untuk saman syarikat penghasilan iPhone iaitu Apple.

Berdasarkan tuntutan saman yang dibuat, terdapat pihak yang berpendapat tujuan Roberto Escobar menyaman Apple adalah sebahagian daripada teknik pemasaran bagi melariskan produk keluaran syarikat beliau iaitu Escobar Inc yang menawarkan iPhone 11 Pro 256GB edisi terhad yang disalut dengan emas.Screen Shot 2020-05-28 at 4.31.14 PM

SUMBER: RIP APPLE

Lebih meragukan, model ini ditawarkan dengan harga $499 (RM2,174.94) iaitu jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan Apple. Para pembeli boleh mendapatkannya melalui laman web RIP Apple.

Di sebalik saman dengan kisah yang agak pelik terhadap syarikat Apple, siapa sangka Roberto Escobar berjaya memenangi tuntutan saman yang dibuat sebanyak $2.6 bilion. Roberto Escobar turut memaklumkan beliau sedia untuk berkongsi segala wang saman yang dimenangi kepada orang ramai.

Ironinya Apple sebelum ini pernah mengesahkan iPhone X sebagai telefon pintar dengan sekuriti terbaik di pasaran. Kemenangan Roberto Escobar di mahkamah sekaligus membuktikan sebaliknya sekaligus menimbulkan tanda tanya orang ramai mengenai pengaruh keluarga Pablo Escobar serta sekuriti iPhone.

Lantai Jubin Tamadun Rom Kuno Ditemui, Masih Cantik Walau Tertimbus Beratus Tahun

Tiada siapa sangka lantai jubin dari zaman Rom purba boleh ditemui dalam keadaan yang sangat baik. Tiga hari lalu, lantai jubin cantik dihasilkan dari abad ke-3 telah ditemui di sebuah pekan di utara Itali.

Ahli arkeologi di Verona berkata penemuan lantai jubin tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan dan walaupun sudah tertanam di bawah tanah untuk sekian lama, lantai jubin berkenaan masih dalam keadaaan baik; malahan warnanya juga tidak pudar dimamah zaman.

Lebih menarik, jubin ini tertanam di bawah ladang anggur dan mereka perlu menggali beberapa meter ke dalam tanah sebelum lantai jubin ini ditemui. Berdasarkan laporan, jubin berkenaan kemungkinan besar adalah milik sebuah villa yang pernah dibina di kawasan tersebut.

Pada tahun 1922, kawasan yang sama pernah digali namun tiada hasil. Bagaimanapun, aktiviti tersebut disambung tahun ini dan kini membuahkan hasil.

Kerja-kerja penggalian masih diteruskan untuk melihat secara penuh corak lantai jubin ini disamping mencari asas bangunan villa berkenaan. Yang pasti, lokasi ini pasti sebuah pekan yang cantik satu ketika dahulu.

Universiti Di Jepun Hasilkan Graduan Pengajian Ninja Pertama

Sekiranya ada yang berpendapat ninja hanyalah watak mitos yang dibuat-buat, lelaki Jepun ini membuktikan ninja wujud walaupun di era moden ini.

Genichi Mitsushashi menghabiskan masa 2 tahun mengasah bakat seni bela diri dan mempelajari sejarah tradisi ninja untuk menjadi individu pertama di Jepun menjadi lulusan pengajian ninja.

Beliau yang berusia 45 tahun tersebut menghabiskan pengajian beliau di Mie University. Selain mempelajari sejarah ninja di kelas, Genichi juga hidup seperti seorang ninja sebenar. “Dalam pembacaan saya, ninja bekerja sebagai petani di pagi hari dan belajar seni bela diri di petang hari,” kata Genichi.

Menurut Genichi, walaupun ninja dikenali sebagai pembunuh upahan, mereka juga individu yang hebat dalam survival skills. Mie University adalah universitiy pertama yang membuat kajian khusus tentang ninja pada tahun 2017 dan membuka kelas mengenainya setahun kemudian.ninja 1

GENICHI MITSUHASHI MEMOTONG KAYU DI IGA, MIE PREFECTURE, PADA 21 JUN 2020. (AFP-JIJI)

Mie University terletak di wilayah Iga, 350KM dari Tokyo; sebuah kawasan berbukit yang menjadi tempat asal-usul ninja di Jepun.

Yuji Yamada, profesor yang bertanggungjawab dalam pengajian ninja di universiti berkenaan terkejut dengan komitmen Genichi yang kini hidup seperti ninja sebenar di samping mempelajari ilmu tentang ninja.

Sebelum seseorang pelajar dibenarkan untuk mengambil pengajian ini, mereka terlebih dahulu perlu lulus ujian sejarah Jepun dan boleh membaca dokumen berkenaan ninja.

“Terdapat 3 pelajar menyertai program ini setiap tahun dan kami turut menerima permintaan dari luar negara. Perlu diingatkan program ini cuma mengajar tentang ninja, bukan menjadi seorang ninja” kata Yuji.

Genichi yang sebelum ini membantu perniagaan keluarganya sebagai penyelenggaraan bangunan di Osaka, pindah ke wilayah Iga ada musim bunga 2018, di mana dia bertekad untuk mempelajari ninja dan melakukan pertanian kampung di pergunungan.

Beliau mendaftar di universiti tersebut dan membeli sebuah rumah kayu dua tingkat di mana beliau menanam padi dan sayur di ladang untuk kegunaannya sendiri. Beliau juga membaiki sebuah gudang untuk dijadikan ‘dojo’ dan mengajar teknik ninja serta kemahiran bertempur.

Jadi, Genichi kini sah menjadi seorang ninja yang diperakui. Sekiranya anda berniat untuk menjadi ninja, anda boleh menuntut ilmu secara terus dengan Genichi di Jepun nanti.

Karya Hebat JR Di Louvre, Paris Hancur Dalam Masa Satu Hari

Bersempena dengan ulang tahun ke-30 struktur kaca, JR tampil dengan sebuah karya ‘The Secret of the Great Piramid’ di Louvre,Paris. Karya menakjubkan ini dihasilkan hasil usaha JR selaku artis utama dengan bantuan 400 sukarelawan.

Untuk pengetahuan anda, karya tersebut dihasilkan di sekeliling piramid kaca Louvre dengan kolaj sementara yang diperbuat daripada jalur kertas yang menjadikan struktur ikonik itu kelihatan dibina dari lubang di dalam tanah. Justeru itu, anda hanya mampu dapat menikmati keindahan sebenar karya tersebut dengan hanya melihat dari balkoni bukannya dari bawah.

Akan tetapi, karya tersebut tidak bertahan lama apabila ianya dihancurkan oleh mereka yang datang untuk melihat karya tersebut. Pastinya karya ini akan menjadi sebuah memori buat yang telah menghayatinya dan hanya akan kekal sebagai memori kerana ianya kini sudah musnah.

Remaja Malaysia Cipta Sejarah Bakal Jadi Pelajar Termuda Di Royal College Of Surgeon Ireland

Seorang lagi anak Malaysia mencipta nama dipersada dunia apabila Emir Haady Zulkharnain berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). Emir Haady berjaya memperoleh keputusan dengan keputusan 5A+, 1A dan 1B yang melayakkan beliau diterima masuk ke Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

Emir mula menduduki IGCSE pada usia 14 tahun setelah 10 bulan menjalani latihan. Kemudian Emir melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level pada bulan Januari 2017 lalu dan berjaya mendapat keputusan A+, 2 A dan 1B.

Emir-Haady-Imran-Bin-Zulkharnain-2

Kejayaan Emir berjaya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang turut mengucapkan tahniah melalui tweet terbaharu beliau.

Beliau sempat disambut sendiri oleh Head Of Admissions di pusat pengajian tersebut untuk melawat kampus tersebut. Emir bakal memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan(MBBS) di RSCI bermula September ini.

Karya Unik ‘Digital Artist’ Dari Pahang Ini Bakal Dipamerkan Di Itali

Setiap orang memiliki cara berbeza untuk melihat kecantikan sesuatu gambar itu. Bayangkan jika gambar yang sudah cantik ditambah dengan sedikit editing memang ‘wow’ hasilnya.

Terbaharu, Zulkarnain Ismail iaitu seorang ‘digital artist’ berasal dari Pahang telah berkarya dengan memanipulasi digital. Karya beliau boleh dikatakan unik dan menarik perhatian orang ramai.

Jika anda dapat lihat pada karya-karya yang dihasilkan oleh beliau adalah lebih kepada haiwan dan alam sekitar. Menariknya, hasil karya beliau sekarang dipamerkan di Gallery of Modena, Itali.

Apa yang lebih mengejutkan adalah beliau belajar sendiri melalui tutorial YouTube dan sering masuk pertandingan edit gambar untuk memperbaiki teknik editing beliau.

Bukan mudah untuk hasil karya dipamerkan di galeri luar negara dan ini merupakan satu pencapaian yang baik dan membanggakan. Walau bagaimanapun, tiada lagi perancangan untuk pameran di Malaysia.

30 Jam Hasilkan Lukisan Guna ‘Typewriter’, Karya Pelukis Muda Ini Curi Tumpuan Ramai

Kita sering melihat karya lukisan menggunakan warna air, cat dan sebagainya, tetapi adakah anda pernah melihat lukisan dihasilkan dengan typewriter? Sebelum hadirnya komputer, typewriter digunakan untuk taip dokumen dan siapa sangka ia mampu menghasilkan sebuah karya yang menakjubkan.

James Cook yang berusia 23 tahun telah tampil dengan pelbagai karya menarik dan memukau dengan menggunakan typewriter. Hasil karya beliau sangat tepat menampilkan orang, architecture, kehidupan dan juga haiwan.

Menurutnya, selepas mendengar kisah inspirasi Paul Smith yang cukup terkenal di dunia dimana merupakan pengkarya seni menggunakan typewriter tidak dapat menggunakan pensil atau berus lukisan untuk melukis disebabkan oleh cerebral palsy.

Difahamkan, karya yang rumit boleh disiapkan mengambil masa sehingga 30 jam dan bergantung pada beberapa faktor. Faktor yang diambil kira adalah saiz, skala dan kerumitan sesebuah karya itu.

Kini, sudah 5 tahun James Cook menceburkan diri dalam bidang seni ini dengan penghasilan karya menggunakan typewriter dan mula mencipta nama di seluruh dunia.

Kreatif Dan Tidak ‘Cliche’, Netizen Cemburu Lihat Majalah Sekolah Ala Netflix Remaja Ini

Masihkah anda ingat akan gambar anda dalam majalah sekolah? Jika dahulu, gambar untuk majalah sekolah diambil secara formal dan rekaannya yang ‘dull’ serta ‘old school’ pasti menggamit memori anda.

Zaman sudah berubah, maka majalah sekolah pun seharusnya berwajah baru dan dihasilkan dengan lebih kreatif, betul? Terbaharu, pengguna Twitter @dumbhaji telah berkongsi rekaan gambar kelas ala-ala Netflix untuk majalah sekolah.

EjTcTUPUwAEXp0I
EjTcT2WU8AA6gKL

Untuk pengetahuan anda, kesemua gambar ini telah di edit menggunakan Adobe Photoshop. Menurutnya, kelas lain turut edit menggunakan tema yang berbeza seperti ala-ala Spotify, pinterest dan lain-lain.

Lantaran itu, perkongsiannya mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan majalah sekolah mereka cukup ‘style’.

Nice gilaaaa thumbs up!!!!???✨

— butter? (@bat_butterr) October 2, 2020

Sudah semestinya gambar dalam majalah sekolah akan memberikan 1001 kenangan manis apabila anda sudah tamat pembelajaran. Kreatif sungguh kerana pelajar itu sendiri yang edit gambar majalah sekolah mereka.

Apa kata anda kongsikan gambar majalah sekolah anda. Mana tahu dapat berhubung dengan kawan lama ketika zaman belajar anda dahulu.

Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan Hidup

Pelitup muka sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita ketika ini. Artis dari Brazil ini melihat peluang yang menarik untuk menghasilkan pelitup muka yang mirip dengan wajah si pemakai.

Jorge Roriz, pelukis berusia 65 tahun ini sememangnya sangat dikenali di Brazil. Selain melukis, beliau juga mempunyai bakat dalam penghasilan kostum dan kereta berhias untuk pesta keramaian karnival di Rio de Janeiro.pelitup-pelitup-roriz-data

SUMBER: BERITA MEDIACORP

Ketika ini, Brazil telah mencatatkan 5.88 juta kes COVID-18 dengan jumlah kematian seramai 166,000 orang. Akibat pandemik ini, segala pesta keramaian di Brazil terpaksa dibatalkan dan Jorge Roriz berasa buntu untuk mencari sumber pendapatan.

Justeru itu, timbul satu idea di mana beliau ingin berkarya bukan pada kertas lukisan tetapi pelitup muka sebagai bahan untuk beliau meluahkan bakat seninya.90330121_RI-Rio-de-Janeiro-RJ-02-11-2020-Jorge-Roriz-e-artista-plastico-e-faz-sucesso-com-mascar

GAMBARAN JORGE RORIZ YANG SEDANG MENAMBAHKAN PERINCIAN PADA PELITUP MUKA PELANGGANNYA. SUMBER: REUTERS

“Saya tidak mahu manusia hilang identiti wajah yang telah dicipta. Wajah mencerminkan identiti bukan pelitup muka,” ujar Roriz yang turut memakai pelitup muka yang saling tidak ‘tumpah’ dengan wajah asli beliau dari segi kedutan warna kulit, bentuk hidung, mulut hinggalah misai putihnya.

Dikhabarkan Roriz telah menerima pelbagai reaksi positif daripada pelanggannya. Untuk menempah pelitup muka Roriz, pelanggan hanya perlu menghantar gambar wajah mereka melalui telefon pintar. Ciri-ciri wajah anda akan ditiru semula secara teliti dengan menggunakan calitan berus dan cat khas.

Sekilas pandang, wajah anda tidak akan dapat dibezakan sama ada anda pakai pelitup muka mahupun tidak kerana pelitup muka yang dihasilkan oleh Roriz sangat mirip wajah anda. Unik, bukan?

Inovasi ini bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka malahan ia juga meningkatkan pendapatan beliau yang juga terkesan akibat pandemik ini.

Mungkin pelukis tanah air boleh menjadikan Roriz inspirasi untuk hasilkan pelitup muka unik bagi pasaran tempatan. Jika ada servis seperti ini di Malaysia, adakah akan beri sokongan?

Kreatif Guna Daun Ukir Gambar Tun Mahathir, Hasil Karya Lelaki Ini Buat Netizen Kagum

Sebelum ini ada individu yang serlahkan kreativiti hasilkan potret dengan rubic cube, kali ini ada yang tonjolkan kreativitinya dengan menggunakan sehelai daun.

Pengguna TikTok @hafizi_eiji telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya ukir potret Tun Mahathir di sehelai daun. Nampak mudah tapi sebenarnya perlukan kesabaran serta daya kreativiti tinggi untuk menghasilkan karya seperti itu.

Difahamkan, Hafizi mengukir potret Tun Mahathir atas permintaan pengikutnya di TikTok. Hasilnya cukup memukau para netizen dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian.

Malah, para netizen turut berasa kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Hafizi dan mengatakan bukan mudah untuk mengukir pada daun. Tidak hanya itu, rata-rata netizen berharap Hafizi akan terus menghasilkan karya-karya seperti ini.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan mendapat 60 ribu tanda suka.