Archives for January 2022

Green Lab: Kafe Khas di Korea Untuk Pengunjung Yang Mahu Mengelamun Tanpa Gangguan

F2 Kafe Termenung

Walaupun Korea Selatan terkenal dengan drama dan artis K-Pop yang telah berjaya dikenali di seluruh dunia, namun negara ini tetap ada sisi negatifnya juga di mana sesetengah rakyatnya sangat stres akibat bekerja.

Oleh itu, terdapat sebuah kafe di mana pengunjungnya boleh termenung dan tak buat apa-apa tanpa sebarang gangguan walaupun bunyi telefon.

Menurut The Washington Post, kafe dengan konsep seumpama itu telah dibina berdekatan sebuah taman di Seoul dan apa yang membezakan kafe ini dengan kafe yang lain adalah kafe termenung ini hanya menerima 10 pengunjung pada satu-satu masa.

Kafe Termenung 2

Sumber: Michelle Ye Hee Lee/The Washington Post

Ini adalah untuk memastikan pengunjungnya dapat fokus dan relax tanpa sebarang gangguan. Di sini juga, semua pengunjung perlu meletakkan telefon pintar mereka dalam mod senyap.

Mereka juga tidak dibenarkan untuk bercakap agar sebarang gangguan dapat diminimalkan.

Kafe yang diberi nama Green Lab itu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Korea terutamanya dengan pandemik Covid-19 ini.

Pengunjung boleh memesan teh dan sambil menikmati minuman kegemaran, mereka juga boleh membaca buku, menulis jurnal ataupun hanya merenung dan melihat pemandangan tenang di luar kafe yang dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok.

Salah seorang staf kafe yang dikenali sebagai Bae Hyun berkata, Green Lab merupakan tempat di mana sesiapa sahaja boleh datang dan menenangkan diri mereka daripada kesibukan kehidupan di kota.

Difahamkan juga, konsep kafe seumpama ini juga dah semakin meluas kerana sebuah kafe dengan konsep yang sama juga dibuka di Pulau Ganghwa iaitu Mung Hit.

Ada sesiapa nak bukak kafe konsep termenung ni tak di Malaysia ni? 

Sumber: The Washington PostInstagram @greenlab_seoulforest

Bila Last Pergi Sushi King? Ini 5 Perkara Yang Mungkin Korang Tak Perasan

Sushi King New

Kalau kita perhatikan, setiap hari pasti ada yang kongsikan keterujaan masing-masing melakukan aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya, setiap hujung minggu rata-rata pusat beli belah akan menjadi tumpuan ramai terutamanya di restoran yang ada disana.

Setelah beberapa bulan tidak dibenarkan untuk menikmati makanan di kedai, pastinya kebenaran dine-in membuat orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengadakan ‘makan-makan’ bersama kawan dan keluarga.

Seperti pemerhatian beberapa minggu kebelakangan ini, rata-rata restoran akan penuh selain ada yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai promosi yang menarik untuk para pelanggan.Sushi King Promo

Sumber: Sushi King

Bila sebut pasal makanan ni, pastinya masing-masing punya citarasa tersendiri. Macam baru-baru ini, sempat jugak ke salah satu cawangan Sushi King setelah sekian lama, rindu perasaan tunggu sushi kegemaran di belt. 

Mungkin ada yang perasan, mungkin jugak ada yang tak perasan. Min perasan sesuatu yang ‘pelik’ di Sushi King. Antaranya :

1. Logo Dah Lain! Logo Baru Sushi King

Sumber: Sushi King

Kalau sebelum ini, kalau korang perasan, logo Sushi King hanyalah seekor ikan dengan garisan luar warna hitam, sekarang, bahagian dalaman pun dah ada warna. Bukan takat tu je, tagline pun dah berubah. Sekarang ni diorang gunakan “Your Happy Sushi Place”.

2. Sistem Penghantaran Makanan Automatik (FDR)Robot Sushi King

Sumber: Sushi King

Mungkin belum kesemua cawangan menggunakan konsep penghantaran automatik ini, tapi menurut sumber, ia akan dipeluaskan ke 54 cawangan Sushi King seluruh negara. Memang dari awal 2020 lagi Sushi King dah memperkenalkan sistem ini.

Secara tak langsung, ia memastikan produktiviti berada pada tahap optimum selain mendorong inovasi teknologi. Dalam masa yang sama memberikan kegembiraan kepada para pelanggan yang berkunjung sambil memastikan makanan tetap segar dan panas dalam masa yang sama, mengurangkan interaksi face-to-face antara pelanggan dan pekerja

3. Pengenalan E-Menu

Sebagai usaha Sushi King membawakan konsep ‘happy sushi place‘ untuk kesemua rakyat Malaysia, diorang ada perkenalkan e-menu yang lebih mesra pelanggan untuk kemudahan mereka yang dine-in terutamanya mereka yang berkeluarga.

Screen Shot 2021 11 22 At 4.20.04 Pm

Sumber: Sushi King

Difahamkan, e-menu ini bakal diperkenalkan di 116 cawangan Sushi King seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

4. Permainan Interaktif Mini

Selain pengenalan e-menu, kalau korang perasan, terdapat juga permainan interaktif mini yang boleh dimainkan oleh anak-anak dan pelanggan sementara membuat pesanan ataupun sementara menikmati sushi kegemaran.

Dalam masa yang sama, korang jugak berpeluang untuk menangi pelbagai ganjaran eksklusif.

5. Lebih 100 Cawangan

Kalau korang nak tahu, Sushi King mula bertapak di Malaysia sejak 1995 dan sehingga hari ini, diorang merupakan restoran makanan Jepun yang sentiasa membuat pembaharuan sesuai dengan permintaan dan secara berterusan berkembang dari generasi ke generasi datang.

Sushi King Baru

Doktor Kongsi Cara Mudah Untuk Keluarkan Serangga Yang Masuk Dalam Telinga

Collage 7

Korang pernah tak ada pengalaman serangga masuk dalam telinga? Paling biasa berlaku bila tengah tidur atau tengah buat aktiviti dalam hutan.

Menurut Healthline, bila serangga masuk dalam telinga korang, ia boleh mati dekat dalam tu. Tapi ada juga kemungkinan serangga ni akan terus hidup dan gali telinga korang untuk cari jalan keluar. Bila benda ni berlaku, ia boleh sebabkan korang rasa sakit atau tak selesa. Ahhh ghisauuu

Biasanya, serangga yang masuk ke dalam telinga ni tak merbahaya pun tapi ada juga yang boleh timbulkan komplikasi.

Simptom serangga masuk telinga

Antara tanda-tanda serangga masuk dalam telinga adalah apabila korang dengar bunyi berdengung atau rasa pergerakan serangga tersebut. Bergantung dengan apa yang serangga tu buat sama ada menggali atau menggigit, korang biasanya akan rasa sakit, bengkak atau tak selasa.

Biasanya orang dewasa tak ada masalah untuk kesan serangga yang masuk ke dalam telinga, tapi bila kena dekat anak-anak memang susah nak tahu. Jadi kalau tiba-tiba anak korang gosok atau garu telinga, mungkin ini petanda ada serangga masuk telinga.

Shutterstock 1446773072

Sumber: Hello Doktor

Cara keluarkan serangga yang masuk telinga

Baru-baru ini, Doktor Pakar Bedah Telinga, Hidung Dan Tekak (ENT), Dr Ezairy M. Sallih ada kongsikan tips untuk keluarkan serangga yang masuk ke dalam telinga anak atau telinga sendiri melalui Facebook peribadinya.

Doktor, telinga anak saya masuk serangga. Macam mana nak buat ni?”

  • Letakkan baby oil ke dalam telinga. Serangga akan lemas dan mati. Ada serangga yang akan segera keluar. Selalunya serangga akan mati dengan baby oil, telinga dah tak sakit lagi.
  • Pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan. Doktor akan lakukan pemeriksaan. Doktor akan bantu keluarkan serangga sekiranya serangga masih ada dalam telinga
263565671 461321192023497 3791609760065238527 N

Eh senang je rupanya, tapi kalau korang tak boleh jugak keluarkan sendiri make sure cepat-cepat dapatkan bantuan dari pakar. Nanti tak pasal-pasal benda lain pulak jadi. Ok?

“Ganti jadi punching bag” – Sesiapa Yang Stres Boleh Bayar Untuk Pukul Lelaki Turki Ini

F1 Turki Punching Bag

Pernah tak anda yang mengalami stress cuba untuk memukul angin atau objek yang ada di sekeliling anda tapi terpaksa tahan diri dan kawal kemarahan sebab takut barang-barang kepunyaan rosak atau menyebabkan kecederaan pada diri anda sendiri?

Kalau korang ada kecenderungan macam ni, adalah digalakkan untuk korang dapatkan punching bag, jadi jika stres korang tak akan pukul benda yang tak sepatutnya.

Turki Punching Bag 3

Sumber: Anadolu

Namun, seorang lelaki di Turki ini pula ada idea yang lebih unik iaitu dia sendiri menjadi punching bag manusia di mana sesiapa yang stres boleh membayar untuk memukul dirinya.

Menurut Oddity Central, Hasan Riza Gunay memulakan bisnes untuk melegakan stres itu setelah dia melihat ada sesetengah orang yang boleh melegakan kemarahan dengan cara tidur, bersenam dan bermeditasi. Namun, tidak dilupakan juga ada segelintir individu yang perlu melegakannya dengan cara memukul sesuatu.

Dia dikatakan telah berkecimpung menjadi punching bag manusia sejak tahun 2010 lagi dan kini dia bergelar jurulatih stres berlesen. Walau bagaimanapun, ada beberapa syarat juga yang perlu diikuti oleh pelanggan yang mahu menumbuk dirinya.

Antaranya, saya kadang-kadang akan memakai topeng yang diperbuat daripada gambar orang yang membuat klien saya stres dan mereka boleh menjerit dan marah pada gambar tersebut, “ katanya.

Setiap sesi jadi punching bag hanya boleh dilakukan selama 10 hingga 15 minit sahaja dan setiap individu yang berminat juga perlu mempunyai sebab yang kukuh untuk menumbuknya. Contohnya, kalau orang tu tak stres pun dan hanya mahu memukulnya secara suka-suka, Hasan tidak akan menerima individu itu sebagai pelanggannya.

Turki Punching Bag 2

Sumber: Oddity Central

Tambahnya lagi, kebanyakan pelanggannya merupakan individu yang mengalami serangan panik dan pernah kecewa atau stres dengan kerja atau kegiatan harian mereka.

Dia juga jarang merasa apa-apa kesakitan walaupun dipukul oleh klien kerana selain memakai alat keselamatan seperti helmet, 70 peratus pelanggannya adalah wanita.

Kesemua mereka juga akan menandatangani sebuah dokumen terlebih dahulu yang menyatakan Hasan Riza Gunay sememangnya rela dipukul untuk orang yang mahu melegakan stres.

Kat Malaysia belum ada perkhidmatan macam ni, so korang pergi gym je la untuk lepaskan stres.  

Sumber: Oddity Central, Anadolu

Facemask Ciptaan Saintis Jepun Guna Sel Burung Unta, Akan Bercahaya Jika Pemakai Ada Covid-19

3Ostich

Sekumpulan saintis dari Jepun telah berjaya mencipta pelitup muka (facemask) bagi mengenalpasti individu yang membawa virus Covid-19.

Teknologi facemask terbaharu ini dilapisi dengan sel daripada burung unta dan akan bercahaya sekiranya terdedah dengan virus Covid-19 apabila disinari cahaya ultraviolet.

Screenshot 2021 12 11 At 1.28.07 Pm

Memetik laporan Reuters, kumpulan saintis dari Kyoto Prefectural University mendapat idea inovasi ini berdasarkan kajian-kajian lalu berkenaan kekuatan daya tahan burung unta terhadap penyakit berjangkit.

Hasil daripada inovasi ini, pihak saintis berkenaan akan membangunkan usaha untuk membolehkan pelitup muka itu bercahaya sekiranya terkena Covid-19 tanpa perlu disinari dibawah cahaya ultraviolet.

Screenshot 2021 12 11 At 1.29.06 Pm

Dengan teknologi terbaharu ini, kumpulan saintis tersebut berharap dapat membantu orang ramai dan jabatan kesihatan bagi mengawal virus Covid-19 dari terus merebak. Inovasi ini sangat penting bagi mengenalpasti mereka yang menghidapi Covid-19 tetapi tidak bergejala atau asymptomatic.

Sekiranya perkara ini berjaya, mereka akan memasarkan facemask ini bermula Julai 2022.

Sumber: Reuters

Kedai Di Indonesia Ini Jual Kek Kahwin Dan Donat Guna Indomie, Nampak Sedap!

Cats 10

Lain daripada yang lain! Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada sebuah kedai di Indonesia yang menawarkan menu unik dengan menggunakan bahan mi segera jenama Indomie.

Pioneer Indomie Cake Indonesia mula tular di media sosial apabila kedai ini menawarkan kek kahwin dengan menggunakan Indomie sepenuhnya, meskipun kek kahwin kebiasaannya dihiasi dengan krim dan rekaan yang cantik.

Bukan itu sahaja, kedai ini juga pernah menjual kek sempena hari jadi dengan menggunakan bahan Indomie. Uniknya, kek Indomie tersebut diletakkan isi ayam, hirisan keju dan hiasan lilin seperti kek hari jadi yang biasa. Boleh cuba ni!

Tidak cukup dengan itu, kedai unik ini turut menjual donat. Sama juga seperti kek, donat ini turut dibuat dengan menggunakan bahan mi segera jenama Indomie

Difahamkan, donut yang dijual hadir dalam dua variasi menu iaitu donat goreng dan donut biasa. Donut biasa ialah mi segera yang dibentuk menjadi seperti donut. Nampak sedap, kan?

Umum mengetahui mi segera jenama Indomie sangat terkenal di Indonesia. Mungkin ini adalah faktor yang membuatkan kedai ini mencipta resepi kek dan donat dengan menggunakan bahan Indomie.

Jika kek dan donat Indomie ni dijual di Malaysia, ada yang berani cuba tak?

Balkoni Di Venezuela Ini Boleh Buat Korang Rasa Macam Ada Mata-Mata Memerhati

Balcony Of Dolls

Anak patung terutama yang berupa seperti Annabelle dan Chucky mungkin boleh membuatkan sesiapa yang duduk berhampirannya rasa tak tenang sebab rasa macam diperhati. Bayangkan pulak kalau ada ratusan anak patung yang macam tu menjengah korang dekat balkoni rumah. Mau pengsan dibuatnya!

61Aa56Aee9Ff711E7F438Cce E1639278412646

Di Venezuela, Balcony of Dolls merupakan sebuah landmark terkenal di bandar Caracas. Seperti namanya, balkoni yang terletak di tingkat paling atas sebuah bangunan di tengah-tengah Avenida Este 12, antara Fuerzas Armadas dan Sur 5 ini mudah membuatkan orang ramai tak perasan kehadirannya, melainkan korang memang jenis yang observant.

Menurut penduduk setempat, ada yang menganggap patung-patung di balkoni itu merupakan simbol syaitan. Ada juga urban legend yang mengatakan kepala patung-patung di balkoni itu sebenarnya kepala bayi sebenar yang diawet dan keluarga yang memiliki bangunan itu sebenarnya mengamalkan ilmu hitam.

Apa story disebalik balkoni ni sebenarnya? 

818357 E1639278513399

Meskipun banyak cerita-cerita seram yang dikaitkan dengan bangunan lokasi Balcony of Dolls itu, kisah disebalik penghasilannya tak adalah seram pun sebab ia hanyalah salah satu arca seni yang dihasilkan artis tempatan, Etanís González.

Menurut salah seorang anak González, bangunan yang menempatkan balkoni terbabit merupakan milik bapanya yang telah ditukarkan kepada muzium. Penghasilan arca seni daripada ratusan kepala anak patung itu pula terinspirasi daripada hubungan rapat keluarganya dengan seorang pemandu lori yang menghiaskan kenderaan beratnya dengan anak patung.

Difahamkan, Balcony of Dolls mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

61Aa56Aee9Ff711E7F438Ccf E1639278451660

Walaupun pada awalnya, arca seni itu tak disukai ramai sehinggakan ada pihak yang mengumpul tandatangan jiran-jiran untuk memaksa keluarga itu menurunkan kesemua kepala patung, kini ramai yang menganggap ia sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri ke bandar mereka.

Pun begitu, ia tak bermakna kesemua penduduk berdekatan dapat menerima idea González sehinggakan ada yang sanggup mereka cerita sehingga menyebabkan orang ramai mengelak daripada berdekatan Balcony of Dolls ini pada waktu malam.

Sumber: Oddity Central, Market Research Telecast

“Berjudi tanpa sengaja” – Ini Antara Sebab Korang Patut STOP Anak-anak Dari Main Roblox!

Collage 23

Korang mesti pernah dengar pasal Roblox kan? Sekarang ni Roblox memang tengah hype lagi-lagi dikalangan kanak-kanak. Walaupun luarannya nampak harmless, ini bahaya Roblox terhadap kanak-kanak yang korang patut tahu, terutamanya parents!

Apa itu Roblox?

Unnamed

Roblox adalah platform atas talian yang menyediakan pelbagai game yang dibuat oleh pemaju. Lebih kurang macam Steam lah…

Tapi, apa yang membezakan Roblox dengan Steam ni adalah permainan-permainan dalam ni dibuat sendiri oleh pengguna-pengguna dan selain bermain permainan yang terdapat dalam Roblox, orang boleh dapat duit dengan membuat permainan sendiri.

Untuk pengetahuan korang, setakat ini pengguna Roblox dah keluarkan lebih 20 juta game dalam platform ni dan ada yang dapat keuntungan sehingga satu juta USD setahun!

Walaupun korang boleh main permainan dalam Roblox ni secara percuma, ramai juga kanak-kanak yang beli dan belanjakan matawang maya yang dipanggil Robux untuk memberi barang-barang estetik Roblox.

Popular ke Roblox ni?

Ya, Roblox ni sangat sangat popular. Salah satu permainan dalam platform ni yang dipanggi Adopt Me! di mana kanak-kanak boleh membeli dan menjaga haiwan telah dilawati lebih 20.4 bilion kali dan mempunyai 1.6 juta pemain. Dahsyat tu!

Kenapa korang patut stop anak-anak dari main Roblox?

Sumber: Insider

Tak dinafikan, Roblox ni boleh merangsang kreativiti anak-anak lebih-lebih lagi bila dorang berpeluang untuk cipta permainan sendiri dengan mudah dan dapat duit dari buat benda ni.

Namun, kerana Roblox ini adalah platform atas talian, ia juga boleh mengundang kesan bahaya ke atas kanak-kanak bawah umur tanpa korang sedari. Antaranya…

Terdedah dengan golongan pedofil

Realitinya, golongan pedofil sentiasa mencari jalan untuk mengeksploitasi kanak-kanak dan salah satu cara mudah untuk mendekati kanak-kanak bawah umur adalah di atas talian.

Menurut siasatan dari seorang YouTuber People Make Games, salah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun memberitahu yang dia telah menerima DM dari seorang lelaki dewasa ketika bermain Roblox dan bercakap benda-benda lucah.

Ada juga laporan mengatakan pengguna-pengguna telah menyamar menjadi orang muda untuk berkawan dengan kanak-kanak bawah umur. Bahaya betul orang macam ni…

Tak cukup dengan itu, pedofil di laman Roblox juga turut mengambil kesempatan dengan meminta kanak-kanak untuk menghantar gambar dorang yang tak senonoh untuk mendapatkan Robux (matawang maya) sebagai hadiah.

Berjudi secara tidak sengaja

Untuk yang tak familiar, anak-anak korang juga boleh berjudi dalam Roblox ni. Kalau korang buka homepage Roblox, ada satu seksyen dekat avatar shop  di mana semua pengguna tanpa mengira umur boleh berjudi dan mendapat keuntungan yang banyak atau hilang pelaburan.

Macam yang korang tahu, kanak-kanak masih belum mengetahui nilai duit dan selalu membuat keputusan yang tak betul.

Malah, ada beberapa laporan di mana parents terkejut bila tengok bil dan anak-anak belanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk membida barang di dalam avatar shop ni.

Screenshot 2021 12 14 At 6.36.50 Pm

Untuk pengetahuan korang, Roblox tak ada langsung memaparkan amaran tentang berapa banyak pengguna boleh rugi atau menghadkan umur orang yang boleh berjudi di atas talian.

Terdedah dengan konten seksual dan ganas

Kerana Roblox turut mengambil untung atas urusan jual dan beli di atas talian mereka. Beberapa individu telah menyediakan laman web seperti black market di mana kanak-kanak boleh membeli barang yang dorang inginkan dengan harga yang murah melalui laman web tersebut.

Laman web yang dibuat ini sudah tentunya illegal dan kanak-kanak boleh terjebak dengan laman web sebegini dengan hanya satu klik sahaja.

Macam yang korang tahu, laman web seperti ini memang sangat tak selamat untuk kanak-kanak kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak menonton video yang tak sepatutnya dorang tonton seperti video ganas atau pun seksual.

Apa yang parents boleh buat?

Dah tentunya cara terbaik untuk ibu bapa halang kanak-kanak dari terjebak dengan bahaya Roblox ni adalah dengan hentikan anak-anak dari bermain Roblox.

Memang tak mudah untuk buat benda ni, tapi nak tak nak ia perlu dilakukan. Mungkin juga korang boleh kenalkan anak-anak dengan permainan yang tak memerlukan dorang untuk bermain dengan orang lain.

Luarannya, Roblox memang nampak macam tak ada apa-apa tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tak boleh nak pantau anak-anak sepanjang masa dan perkara-perkara yang tak elok boleh berlaku tanpa kita sedari.

Cegah sebelum terlambat.

Sumber: People Make GamesRolling StonePolygon

Kajian Dapati ‘Sugar Gel’ Boleh Bantu Bayi Pramatang, Ramai Samakan Dengan Amalan Tahnik

Fi Kajian

Kandungan gula dalam darah yang rendah dan berbahaya dapat menjejaskan kira-kira satu daripada sepuluh bayi yang lahir terlalu awal (pramatang) dan sekiranya ia tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kemudaratan kekal.

Justeru, penyelidik daripada New Zealand telah mendapati bahawa dos gula yang diberikan sebagai gel (sugar gel), yang disapu ke bahagian dalam pipi bayi merupakan cara yang murah dan berkesan untuk melindungi bayi pramatang daripada cacat otak.

Para penyelidik itu dikatakan telah menguji terapi menggunakan sugar gel tersebut kepada 242 bayi di bawah jagaan mereka dan dikatakan ini merupakan kajian yang pertama dijalankan terhadap bayi. Kajian mereka ini juga telah diterbitkan dalam The Lancet.

Prof Jane Harding dan para penyelidik lain yang bersamanya di Unversiti Auckland menjelaskan bahawa kos rawatan gel Dextrose (pengganti gula) hanyalah lebih £1 (RM5.60) sahaja bagi setiap bayi dan ia lebih mudah untuk diberikan berbanding titisan glukosa.

Namun, dikatakan ramai bayi yang diberikan glukosa intravena (intravenous glucose) kerana kandungan gula dalam darah mereka kekal rendah yang dikenali sebagai hipoglisemia (hypoglycaemia).

Oleh hal yang demikian, kajian yang dijalankan telah menilai sama ada rawatan dengan gel dextrose (sugar gel) tersebut lebih berkesan daripada memberi makanan sahaja untuk merawat hipoglisemia itu.

Neil Marlow, dari Institut Kesihatan Wanita di University College London, berkata walaupun gel dextrose (sugar gel) tidak lagi digunakan, namun penemuan ini telah membuatkan ia dicadangkan untuk digunakan kembali sebagai rawatan.

“Kami kini mempunyai bukti berkualiti tinggi bahawa ia bernilai”, kata Neil.

Manakala, Andy Cole, ketua eksekutif badan amal bayi pramatang Bliss, berkata: “Ini adalah penyelidikan baharu yang sangat menarik dan kami sentiasa mengalu-alukan apa sahaja yang berpotensi untuk meningkatkan hasil untuk bayi yang dilahirkan pramatang atau sakit.”

Rawatan ini juga dikatakan sangat membantu dari segi kos yang efektif serta boleh mengurangkan kemasukan bayi ke unit rawatan rapi yang kini sudah pun berada di tahap kapasiti tinggi.

Beliau berkata lagi, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk membuktikan lagi rawatan menggunakan sugar gel ini kerana buat masa kini, ia hanya menunjukkan manfaat kepada bayi yang dilahirkan dengan kadar gula dalam darah yang rendah sahaja.

Jika dilihat di laman sosial pula, ramai yang menyamakan kajian sugar gel ini dengan amalan sunnah bertahnik kepada bayi yang baru lahir. Hal ini kerana hanya medium manisan yang digunakan sahaja berbeza di mana umat Islam menggunakan kurma manakala kajian ini menggunakan sugar gel. 

Jadi, sekarang kita dah tahu kebaikan amalan bertahnik tu selain daripada sunnah Nabi ia dah dibuktikan secara saintifik lagi! 

Sumber: BBC

Duit Gaji Tak Pernah Cukup? 4 Tips Korang Boleh Cuba Supaya Tak ‘Over Budget’ Setiap Bulan

Bigpay Lm

Masalah kewangan merupakan masalah yang sering dihadapi ramai kerana kegagalan untuk merancang perbelanjaan bulanan dan ada yang masih tidak dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan.

Hari ini, boleh dikatakan kita sering berdepan atau dengar keluhan-keluhan mereka yang terpaksa ‘mengikat’ perut sementara menunggu tarikh gaji akan datang dan selain daripada tekanan ekonomi ada pelbagai lagi perkara yang menyebabkan situasi tersebut berlaku.

Salah satu yang menjurus kepada keadaan ‘tak cukup duit’ ini adalah gaya hidup yang terlalu mengikut cara perbelanjaan kawan-kawan selain culas dalam beberapa perkara.Pexels Photo 6964083Sumber: Gambar Hiasan

Cuba imbas kembali cara pengurusan kewangan korang, ada atau tidak buat perkara-perkara berikut:

1. Semak penyata bank

Penyata bank merupakan salah satu perkara yang korang boleh semak bagi mengetahui kemana ‘hilangnya’ duit korang setiap bulan. Baik dari pengeluaran mahupun pembelian terus menggunakan kad debit, semuanya akan tercatat di penyata bank.

2. Catat Perbelanjaan Bulanan

Perbelanjaan bulanan juga harus sentiasa dicatat supaya mudah untuk kita buat anggaran tahap ‘kesihatan’ atau baki duit yang masih ada pada kita setiap bulan. Setidaknya, kita boleh buat persediaan sekiranya memerlukan wang untuk tujuan kecemasan.

3. Terlebih Belanja

Pexels Photo

Ramai pakar kewangan menasihatkan supaya menggunakan formula 50/30/20 yang mana duit gaji 50 peratus guit gaji bersih digunakan untuk membayar segala jenis komitmen, 30 peratus lagi untuk perbelanjaan bulanan dan 20 peratus untuk simpanan.

4. Tak ikut bajet bulanan

Bajet bulanan ni sebenarnya ramai yang buat, tapi tak ramai yang mampu ikut seperti yang dirancang. Sudahnya, terguna duit yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan lain atau terguna duit simpanan.

Kalau perasan, perkara yang disebutkan semua berkaitan dengan cara pengurusan
kewangan dan biasanya, bila bersangkutan dengan perbelanjaan bulanan ini, kena disiplin yang tinggi dan komited dengan perbelanjaan yang dah ditetapkan.Bigpay FeaturesSumber: BigPay

Salah satu cara yang mudah, min sarankan untuk guna aplikasi yang berkaitan dengan perbelanjaan, salah satu contoh yang ada adalah BigPay yang ada pelbagai fungsi seperti :

  • ‘Budgeting tool’ yang mudah
  • Boleh kelaskan perbelanjaan mingguan/bulanan ikut kategori
  • Boleh buat pembayaran bil secara terus melalui aplikasi
  • Pembahagian bil
  • Tersedia pelbagai kemudahan seperti pembayaran bil, insurans, pemindahan antarabangsa

dan pelbagai lagi!

https://poll.worldofbuzz.com/embed/poll/1a20ddb2-ad87-4ab3-a2cf-b006e2e2afe0