Archives for February 2022

PENGALAMAN MENYAKSIKAN HUKUMAN SEBAT DI PENJARA.

“TUAN, boleh tak saya saksikan hukuman sebat di penjara?” tanya saya kepada Tuan Pengarah Penjara selepas satu mesyuarat peringkat negeri.

Memang dah lama tersirat dihati untuk menyaksikan bagaimana hukuman sebat dilaksanakan di penjara. Ianya mesti dilihat dengan mata kepala sendiri kerana ‘once in a lifetime experience’.

“Boleh sahaja, nanti saya uruskan apabila ada hukuman sebat dijalankan” balas rakan saya ini.

Sebagai pegawai kanan yang bertugas dinegeri, saya memang berkawan dengan ramai Ketua Jabatan dimana kami sering berjumpa dalam berbagai mesyuarat peringkat negeri.

Ramai menjadi teman rapat walaupun saya tidak bermain golf. Bila ada kabel, banyak birokrasi kerja boleh dipercepatkan untuk menyenangkan tugas.

Seminggu selepas perjumpaan tersebut saya menerima panggilan telefon dari Pegawai Khas Pengarah Penjara.

Beliau akan menjemput saya di pejabat dan membawa saya ke penjara untuk menyaksikan hukuman sebatan tersebut.

Apabila masuk kepenjara, rasa agak ngeri kerana dikelilingi oleh banduan yang berkeliaran. Tidak ramai pegawai penjara berada untuk mengawal mereka.

Saya diberitahu bahawa mereka adalah banduan ‘low risk’ yang mempunyai seminggu dua sahaja hukuman mereka sebelum dibebaskan.

Saya dibawa melihat tempat kerja banduan di bahagian pertukangan kayu dan dapat melihat hasil kerja mereka yang cantik. Semuanya diajar oleh guru pertukangan pegawai penjara.

Hasil pertukangan kayu dijual dikedai penjara dengan harga murah, dan selepas menolak modal, banduan akan mendapat sedikit komisen beberapa sen. Duit inilah mereka gunakan untuk membeli barangan seperti sabun, ubat gigi, maggi dll.

Di dalam penjara memang banyak sel yang dipisahkan dengan jereji besi. Banduan hardcore dari kes bunuh, rogol dll tidak dicampurkan dengan banduan ‘petty theft’. Banduan 39B (hukuman gantung) juga tinggal berasingan.

Begitu juga banduan perempuan diasingkan jauh dari banduan lelaki. Saya sempat juga melawat sel perempuan dan terdapat ramai banduan mat salleh. Kebanyakan mereka disabitkan dengan kesalahan pemilikan dadah. Ramai juga banduan perempuan yang segak dan diberitahu bahawa mereka dipenjarakan diatas kesalahan pelacuran.

Akhirnya saya dibawa kesatu kawasan lapang dimana hukuman sebat akan dilaksanakan. Diperhatikan sudah ada beberapa pegawai kerajaan seperti doktor, pegawai undang undang dan beberapa pegawai penjara berada disitu sebagai saksi.

Saya dipersilakan duduk bersama mereka dan menunggu kes pertama untuk dijalankan.

Dihadapan kami terdapat palang kayu A shape dengan rentangan T.

Banduan pertama dibawa kehadapan, tanpa pakaian tetapi bercawat. Kedua tangan dan kaki diikat dipalang dengan badan dan bontot beliau dihadapan kami.

Beliau dihukum penjara selama 10 tahun dengan 10 sebatan kerana kesalahan merogol. Seorang pegawai penjara membaca hukuman perintah mahkamah dengan kuat dihadapan banduan.

Saya perhatikan badan banduan bergoncang menggigil kerana ketakutan dan dihadapan beliau diletakkan satu baldi jika terkencing.

Selepas bacaan hukuman, perotan berbadan sasa mengambil rotan sepanjang 4 kaki dari rendaman minyak.

Ianya direndam minyak untuk mendapat efek kesakitan maksima keatas banduan. Pinggang banduan ditutup dengan canvas untuk protection.

‘Shiiiissshhhhh’, bunyi rotan melayari udara dengan perotan menghayun rotan sekuat mungkin, hinggap bontot banduan tepat pada ruang tengah.

“Allahuakbar, Adoooooi ” pekik terlolong banduan tersebut.

Kelihatan jelas luka terbuka ‘split open’ merentangi kulit bontot beliau. Muscle dibontot kelihatan bergegar kerana ‘involuntary muscle action’.

Terfikir saya pada masa itu bahawa sekaranglah baru beliau meneriak pertolongan pada Allah tetapi semasa merogol hanya hasutan syaitan sahaja didengari.

“Satu” jerit perotan menandakan banduan baru dikenakan satu hukuman.

Seterusnya sebanyak 9 kali banduan dirotan dan kelihatan bekas pukulan rotan dan luka nya tersusun cantik diatur dibahagian bontot walaupun ada sebatan yang mengena tempat luka sebatan awal.

Saya nampak darah berjujuran tetapi tidak lah banyak seperti luka ditempat lain. Cawat beliau kelihatan basah kerana terkencing akibat kesakitan yang amat sangat.

Sebatan yang padu dengan bunyi ‘solid’ akan menghasilkan kesakitan maksima keatas banduan dan kadangkala sebatan tidak menggena sasaran tepat di ‘sweet spot’.

Saya yang menyaksikan terasa ngilu setiap kali rotan dihayun dan singgah dibontot diikuti dengan jeritan dan tangisan banduan.

Hati memang kena kental melihat hukuman dijalankan apatah lagi agaknya rasa perotan yang menjalankan tugas. Rasa kesian juga melintas di sanubari melihat rintihan banduan menangis teresak-esak.

Selesai 10 kali sebatan rotan, banduan dipapah keluar dan pesalah baru dibawa masuk.

Ada banduan yang sangat tabah, tidak meraung apabila dibelasah bontot dan ada banduan yang menjerit menangis sekuat hati. Ada yang pengsan dan terpaksa diusung keluar dimana hukuman disambung dilain masa.

Difahamkan bahawa selama sebulan banduan tersebut terpaksa tidur terlungkup sehingga luka dibontot sembuh.

Saya diberitahu bahawa mereka rela dipanjangkan hukuman penjara dari menjalani hukuman sebatan.

Ramai banduan yang taubat nasuha selepas kena hukuman sebat dan beriktikad tidak mahu masuk penjara lagi.

Sumber: kutuberahak

Cp:zelfzefs

Masjid Terbesar di Pakistan

Masjid terbesar di Pakistan yang pertama tentunya adalah Masjid Faisal. Masjid ini terletak di ibukota negara Pakistan, iaitu Islamabad, tepatnya di kaki Bukit Margalla.

Masjid ini diberi nama Faisal bersempena dengan nama Raja Saudi iaitu Faisal bin Abdul Aziz yang membiayai kos pembinaan Masjid tersebut.

Seorang arkitek yang berasal dari Turki iaitu Vedat Dalokay merupakan orang penting dalam pembinaan Masjid tersebut.

Masjid Faisal memiliki seni yang cukup unik kerana tidak memiliki kubah, namun disini terdapat empat menara setinggi 88 meter yang menjulang tinggi. Tak hanya itu, masjid ini memiliki keluasan sehingga 5.000 meter persegi yang mampu menampung 100,000 – 300,000 jemaah pada satu-satu masa.

Kos pembinaan Masjid ini bernilai 120 juta USD dan siap sepenuhnya pada tahun 1986.

Pelantar Minyak Terdalam di Dunia

Platform Stones di Teluk Mexico merupakan pelantar minyak terdalam di dunia yang mempunyai kedalaman menjangkau 2,900 meter.

Stones yang dikendalikan oleh Syarikat Minyak Shell mula beroperasi pada tahun 2016 dan berupaya mengeluarkan 50,000 barrel sehari.

Sebagai perbandingan, Platform Kikeh yang terletak di perairan Sabah merupakan yang terdalam di Malaysia

Mula beroperasi pada 2007, platform yang dimiliki oleh Petronas Carigali ini berkedalaman 1,330 meter dan berupaya mengeluarkan 700 barrel minyak sehari.

Sumber:

Utusan Malaysia

TALI GANTUNG DAN BANDUAN AKHIR

Tali gantung yang diimport diperbuat daripada jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang.

Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

*APABILA RAYUAN DITOLAK*

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

*HARI PENGGANTUNGAN*

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia.Ada beberapa orang sahaja yang menjadi

agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati.

Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’.

Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja-T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

*BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG*

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah..

Kredit :Aby gemersik

Ilusi optik, tak jumpa garisan melengkung ?

Anda dapat jumpa ke garis melengkung?

Lebuh raya di Xinjiang

Lebuh raya di Xinjiang baru-baru ini menerima gelaran “lebuh raya paling indah” dalam pilihan yang dipegang oleh Geografi Kebangsaan China.

Sindrom Cyclopia ( Mata Satu )

Cyclopia adalah kecacatan sejak lahir yang jarang berlaku apabila bahagian depan otak tidak membelah ke belahan kanan dan kiri.

Cyclopia, juga dikenali sebagai alobar holoprosencephaly, berlaku pada nisbah kelahiran 1 dari 100,000 bayi baru lahir.

Cyclopia sering mengakibatkan keguguran atau mati setelah melahirkan.Ketahanan hidup selepas kelahiran biasanya hanya untuk beberapa jam sahaja.Dengan keadaan sebegini,bayi tidak mampu bertahan hidup oleh sebab bayi mempunyai sebelah mata.Hal demikian ini kerana kerosakan otak bayi pada awal pembentukkan janin.

Tanda kecacatan yang paling jelas adalah bayi bermata satu atau mata terbahagi separa.Mereka biasanya tidak mempunyai hidung, tetapi proboscis (pertumbuhan seperti hidung) terkadang berkembang di atas mata semasa kehamilan.

Haiwan juga tidak terkecuali.Saintis tidak punya cara untuk mencegah keadaan dan sampai saat ini mereka tidak menemukan penawar.

Hikmah Dari Larangan Memakan Khinzir.

Neurocysticercosis ialah penyakit jangkitan parasit yang disebabkan oleh sista larva (kantung tertutup yang mengandungi peringkat parasit yang belum matang) iaitu cacing pita babi yang dinamakan (Taenia Solium).Sista larva ini boleh menjangkiti pelbagai bahagian anggota badan seterusnya menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai cysticercosis.#duniaperubatan#Faktaitubenar

Peluru Penyembah Dajal

Peluru ini dikenali sebagai ‘Butterfly Bullets’ atau ‘dum-dums’ dan ia tersenarai dalam senarai senjata terlarang.

Penggunaannya adalah satu jenayah terlarang menurut Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court). Namun tentera z!on!s I$rael merupakan penjenayah penyembah dajjal yang telah pun menggunakan senjata sebegini buat sekian lama.

Peluru butterfly atau ‘bum-bums’ ini ditujukan khas kepada anak-anak muda P@lest!n yang berdemonstrasi tanpa bersenjata untuk membunuh semangat mereka dan menyebabkan mereka cacat sepanjang hayat.

Loji Nuklear Chernobyl

Inilah tempat kawalan loji nuklear Chernobyl. Ia sekarang adalah kawasan yang paling tinggi dedahan radiasinya atau zon yang paling radioaktif.

Chernobyl akan terus tidak di diami sehinggalah tahun 2065 itupun dengan bantuan pembersihan sisa nuklear yang berterusan..