Archives for February 2022

Tahukah Anda

Tahukah Anda

Mengapa Marikh dipanggil planet merah?

Jawapan pendek mengapa Mars kelihatan merah, atau sekurang-kurangnya merah oren, kerana batu dan tanah di permukaan Marikh mengandungi debu yang ‘terdiri daripada besi dan beberapa unsur lain.

Besi ini bertindak balas dengan molekul oksigen untuk menghasilkan oksida besi, atau dikenali sebagai karat. Jadi pada asasnya, seluruh planet ini berkarat.

Bikini Atoll

Bikini Atoll adalah sebuah pulau di antara pulau pulau di Marshal Island, lautan pasifik.

Pulau kecil yang indah, dan mempunyai batu karang yang pelbagai spesis yang menjadi tikar dasar lautan yang memukau pandangan.

Namun begitu bermula tahun 1946 hingga 1958, pulau terpencil ini di jadikan sebagai tempat untuk menguji ledakan bom nuklear.

Di mana 23 ujian nuklear telah dilakukan, menyebabkan perubahan muka bumi Bikini Atoll berubah seperti bentuk kawah/kuali yang besar.

Dengan teknologi sekarang, foto lama ledakan bom nuklear menjadi lebih jelas dengan warna.

Kesan radioaktif hasil dari percubaan itu, turut memberi impak kepada penghuni pulau pulau yang lain. Walaupun jarak pulau Atoll ini sudah sangat jauh, namun kesan radioaktif tetap terkena kepada mereka. Sehinggakan Kerajaan USA, mewujudkan satu Dana untuk membiayai penduduk pulau yang terkesan dengan radiasi.

Satu yang menarik tentang pulau ini, adalah ia menjadi sumber inspirasi bagi siri kartun/animasi Spongebob Squarepant, Di mana Bikini Bottom menjadi Lokasi yang sama dengan Atoll Island.

Ular Terkecil di Dunia

No photo description available.

Ini bukanlah Cacing..

Ia adalah ular yang paling kecil di dunia. Ia adalah Australian Blind Snake. Tetapi jangan risau kerana ia tidak berbisa..

Tahukah Anda

May be an image of 6 people

Apa yang anda lihat sekarang adalah papan hijau yang digunakan oleh NASA.

Oleh kerana penciptaan kalkulator masih belum ada pada masa itu.

Maka papan board Inilah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pengiraan kompleks dan space math.

Dulu-dulu: Kad Jemputan Kahwin

May be an image of text that says "Jemputan Kahwin Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakstuh Dengan hormat-nya di-persilakan tuan ka-rumah saya No. Burmah Road, P. Pinang pada hari Ahad 26hb. April 1964 bersamaan 13hb. Zulhijjah 1383, daripada jam pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang, kerana khenduri Maulud Nabi S. a. w. serta melangsongkan perkahwinan binti saya: S. Rahail bt. S. Ahmad -Sagoli Maka besar-lah harapan saya semoga dengan ke- hadziran tuan bertambah seri-lah majlis saya yang tidak saperti-nya, Wassalam. Yang Menunggu kedatangan: Yang Berharap: S. Faiz Ahmad Al-Sagoff S. Aloyah bt. Hasan Al-Sagoff S. Danial b. S. Ahmad Al-Sagoff."

Yang Menunggu Kedatangan : Adik2 Pengantin

Yang Berharap : Emak Pengantin

Dulu-dulu: POSTER IKLAN PLANTA 1956

May be an image of 2 people and text

Rope-ropenye, marjerin Planta ni, udoh lame wujud kat Tanah Melayu ye, sejak sebelum Merdeka. Ini iklannya dalam tulisan Jawi pada masa tersebut. Modelnya pelawak pentas terkenal pada era berkenaan, Cik Salim Banyak Rupa.

?Majalah MUTIARA

?1 September 1956

?Mukasurat 38

Ini bait terjemahan ayat-ayat besarnya ke Rumi :

“Cik Salim memerlukan Planta! Kanak-kanak bersemangat memakannya! Encik sendiri pun gemar memakannya!

Ditanggung halal.

Belilah marjerin dalam tin baharunya. Cuma 65¢.

Marjerin Planta. Menguat dan menyihatkan badan. Keluaran Van Den Berghs.”

Dulu-dulu: Intisari rancangan radio dan tv di akhbar Jawi pada 1981

May be an image of monument

Dulu-dulu: Harga KFC

May be an image of text that says "K-F-C- 120 JLN T.A.F. THRIFT T 13.95 S/CUR T1.60 ERRCOR S/CUP 1-60-T HITEMS 0001 TAX5% 0-70 TOTAL 14.65 CASH 20.00 CHANGE 5.35 24/09/88 1423 01 21:15 001123 B"

Berapa harga kfc thrifty plate sekarang? atau menu thrifty plate pun dah tak ada?

Resit kfc 120, jalan t.a.r. premis kfc pertama di malaysia. 24 September 1988.

Dulu-dulu: Mesin perakam waktu untuk kakitangan awam

No photo description available.

Ada siapa-siapa yang sempat merasa tak guna mesin perakam waktu ni?

Dulu-dulu: Sarang Kuih Baulu

No photo description available.

Ni sarang kuih baulu diperbuat dari tembaga…. ada bentuk ikan emas, badam, lihat gambaq ada bermacam bentuk,,, legend..

Dulukala menjelang Hari Raya… di bakaq guna sabut nyioq, yang terlajak bakaq hangit yang tu boleh makan, yang elok simpan dalam balang …. boleh kata tiap rumah mesti ada kuih baulu ni ketika Raya.. kuih yang wajib ada selain ketupat..

Milik kaum mana kuih baulu ni?? Entahla.. Hari Raya Aidil Fitri & Adha ada, Tahun Baru China ada.. malahan Depavali pun ada..

Mungkin kuih Baulu ni dah jadi milik Warga Malaysia gamaknya…

Buat koleksi untuk tatapan anak cucu ke depan…..