Archives for February 2022

Penempatan Paling Sejuk yang Didiami Secara Kekal di Dunia

May be a close-up of 1 person and text that says "Image credits: mrsirinapetrova"

Tahukah Anda

Oymyakon adalah kampung yang terletak di Daerah Oymyakonsky di Republik Sakha, Rusia.

Ia dianggap sebagai penempatan paling sejuk yang didiami secara kekal di dunia, dan ia baru sahaja menjunam ke musim sejuk pada suhu -62°C (-80°F) pada 20 Jan 2022, menjadikan aduan harian kita tentang cuaca sejuk agak mengarut.

Random

May be an image of text that says "FRONT வஜയய BACK Behind every seemingly perfect person, there's a mess you can't see."

Halo Matahari

Pernah nampak matahari begini? Tiada yang mistik, superstitious atau apa saja mengenai fenomena ini.

Ini dipanggil halo Matahari. Ia disebabkan oleh pembiasan, pantulan dan serakan cahaya melalui zarah ais yang terampai dalam awan cirrus atau cirrostratus yang nipis, tipis dan altitud tinggi.

Apabila cahaya melalui hablur ais berbentuk heksagon ini, ia dibengkokkan pada sudut 22°/ 46° mewujudkan lingkaran mengelilingi Matahari.

Tahukah Anda

May be an image of mountain and nature

Saintis menemukan batu kapur dan batu pasir di puncak tertinggi gunung Everest (8,850meter).

Batu kapur dan batu pasir yang ditemukan di puncak gunung adalah sebahagian dari batuan sedimen yang terletak di bawah permukaan laut hampir 450 juta tahun lalu.

Lebih dari itu, fosil laut haiwan adalah bukti kehidupan di kawasan Everest di masa lalu.

Jadi, puncak tertinggi di dunia ketika ini pernah menjadi dasar laut!!

Thalassophobia

May be an image of 1 person, ocean and nature

Thalassophobia ialah sejenis fobia khusus yang melibatkan ketakutan yang berterusan dan kuat terhadap air yang dalam seperti lautan, laut atau tasik.

Thalassophobia boleh merangkumi ketakutan berada di dalam air yang dalam, ketakutan akan kekosongan laut yang luas, ombak laut, makhluk akuatik, dan ketakutan jarak dari darat.

Psssss.. Apa agaknya ada dalam lubang dalam tu?

Lokasi: Laguna Kaan Luum, Mexico

Pokok tropika tertinggi di dunia ada di Malaysia

Universiti Nottingham dan Oxford, yang bekerjasama dengan South East Asia Rainforest Research Partnership telah menemui pohon meranti kuning raksasa (Shorea faguetiana) setinggi 100.8 meter yang tumbuh di Kawasan Konservasi Lembah Danum, Sabah. Ia dinamakan Menara.

Ia diukur oleh Unding Jumi, seorang pembantu penyelidik South East Asia Rainforest Research Partnership dengan teknologi paling rendah, membawa pita ke atas.

Dan, terdapat lebih 49 pokok lain yang mempunyai ketinggian lebih 94 meter bersaiz ukur lilit lebih kurang 40meter di hutan berhampiran.

Gambar : Unding Jumi

Pssss.. Nasib pokok ni di saaaanaa.. Kalau di sebelah sini, tak sempat besar?

Jentik Hati

May be an image of 1 person and text that says "Jika tanganmu terlalu untuk membalas kebaikan sahabatmu, maka panjangkanlah lisanmu" dengan memperbanyak terima kasih dan mendo akannya."

Roti Canai Homemade

Kalau korang terperuk dalam rumah, tak boleh ke mana-mana macam kami, bosan pulak tu, jom try buat roti canai homemade, biar anak-anak bentukkan sendiri roti canai dia, tak tebar pun takpe.. Asal jadi.

Resepi untuk roti canai homemade..

470ml air sejuk

1sk garam

3sb marjerin

2sb gula

3sb susu pekat

(campur semua bagi sebati)

Baru masukkan 1kg tepung. Uli bagi lembut, tak melekat, rest dalam 30min (untuk bagi gluten dia berpadu)

Sambung uli bagi lembut. Kemudian, bulat-bulatkan doh. Sapu keliling doh dengan marjerin. Simpan dalam bekas bertutup.

Biasa kami buat malam, pagi dah boleh canaikan.

Gua Waitomo Glowworm

Gua Waitomo Glowworm memang destinasi pelancongan terkenal di North Island, New Zealand.

Apa yang membezakan gua ini dengan yang lain (selain yang biasa pada gua adalah stalagmit dan stalagtit) adalah terdapat beribu-ribu hidupan gua unik iaitu ‘glowworm’ atau nama saintifiknya Arachnocampa luminosa, ulat kalimantang atau juga dikenali sebagai kelemayar yang amat jarang ditemui dan unik yang terdapat hanya di New Zealand.

Ulat- ulat ini bercahaya menjadikan gua macam pertunjukan cahaya.

Burung Super!

Penyelidik telah ‘track’ penerbangan Bar Tailed Godwit (yang mereka panggil E7) merentasi Lautan Pasifik.

E7 terbang dari New Zealand–> China–>Alaska –>New Zealand. Perjalanan balik ke NZ yang mengejutkan saintis kerana burung ini terbang tanpa henti 8 hari berturut-turut dengan jarak perjalanan hampir 11, 680km. Ini penerbangan tanpa henti paling lama bagi burung di bumi.

Burung ni dah mengembara 29,280km dalam 6 bulan (hampir 3/4 jarak keliling dunia)!