Archives for February 2022

Larva Lalat

May be an image of food

Sekiranya anda tak pernah melihat larva lalat ‘Blue bottle fly’, inilah rupanya di bawah mikroskop elektron.

Kiut kan? 🙂

Pulau Makhluk Asing di bumi

Pulau Socotra di kepulauan Socotra telah terasing dari tanah benua Afrika sejak 7juta tahun yang lalu.

Faktor ini menyebabkan wujudnya banyak spesies endemik di pulau misteri ini. Lebih dari satu pertiga hidupan adalah endemik, yang bermaksud bahawa hidupan di sini tidak terdapat di tempat lain di bumi.

Antara flora paling banyak di sini ialah pokok Darah Naga (Dracanea Cinnabari) berbentuk seperti payung raksasa terbalik, pokok timun raksasa (Dendrosicyos socotranus), ia bukan lah timun sebenar cuma berbentuk macam tu dengan ranting halus di hujung dan pokok delima yang berevolusi dari delima biasa. Flora dan Fauna di sini lain daripada dunia luar kerana saiznya dan keunikannya.

Pulau yang mempunyai 40000 orang penduduk ini digelar sebagai “Kawasan paling aneh di Bumi” atau “The most alien-looking place on Earth” sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Lokasi Warisan Dunia dari UNESCO pada Julai 2008.

Sekali pandang macam karpet kan?, tapi ni bukan karpet. Ni ladang bunga tulip di Netherlands.

May be an image of flower and nature

Gambar awan yang ditangkap dari sebuah pesawat komersial. Lihat kawasan di bawah yang dilindungi awan.

May be an image of outdoors

Takda Baldi? Takda gayung? Takda hal, semut ni bawa air balik ke koloni.

Macamana?

Tegangan permukaan air (surface tension) membolehkan kaki/badan semut tidak tenggelam ke dalam air .

Macamana?

Jika korang sebesar semut, air akan menjadi 21,000 kali lebih tebal daripada yang kita lihat pada saiz biasa. Fenomena yang sama membolehkan semut berjalan di atas air atau membawa air.

Sebagai tambahan kepada kesan ketegangan permukaan, kulit luar semut, yang dipanggil “cuticle”, secara semula jadi hidrofobik (iaitu, secara mudah, air tak meresap), yang akan memudahkan lagi semut untuk “memegang” titisan air.

Jika korang terjumpa “rakit” semut (sekumpulan semut di atas air, biasa berlaku kalau tempat koloni banjir), korang boleh menolaknya ke dalam air sekuatnya, tetapi ia akan terus ternaik kembali kerana cengkerang hidrofobiknya membuatkan semut ternaik semula ke atas.

?: Analiza Daran De Guzman

Mee Rebus Daging

May be an image of chow mein and indoor

1 peket mee- celur

Bahan kuah

Daging – rebus empuk, air jangan buang

3-4 biji keledek oren-rebus empuk dan kisar

*Bawang merah

*bawang putih

*halia

*Kisar semua

Serai

Sos cili

Cili kisar (dalam 1/2 cawan)

Air

1 batang serai – tumbuk

Kiub daging

Garam, gula

Bahan hiasan

Tauhu goreng

Limau kasturi

Telur rebus

Tauge

Sawi celur

Bawang goreng

Cara-cara

Tumis dulu bahan * dan serai sampai wangi. Kemudian, masukkan cili kisar, biar masak sebati, masukkan cili sos.

Masukkan air secukupnya, daging dan keledek kisar. Masukkan kiub daging.

Daging dah lembut dan sebati, masukkan garam dan gula. Hidang dengan mee dan bahan hiasan.

Kapal Pelayaran Terbesar di Dunia

KAPAL pelayaran terbesar di dunia, Wonders of the Seas milik Royal Caribbean secara rasmi akan melakukan pelayaran sulungnya pada Mac 2022 dari Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat.

Wonders of the Sea berukuran 362 meter panjang dan lebar 64 meter, 17 deck, boleh memuatkan 5734 hingga 6988 penumpang dan 2874 kabin.

Blue footed Booby

Blue footed Booby, burung marin yang berasal dari kawasan subtropika dan tropika di timur Lautan Pasifik. Ia adalah salah satu daripada enam spesies genus Sula – dikenali sebagai boobies.

Pada musim mengawan, burung ini akan menari sambil mengangkat kaki dan mengepak sayap untuk menarik perhatian sang betina.

10 Perkara Yang Perlu Tahu Mengenai Musytari

1) 11 Bumi boleh muat merentasi khatulistiwa Musytari. Jika Bumi sebesar anggur, Musytari akan sebesar bola keranjang

2) Musytari mengorbit kira-kira 484 juta batu (778 juta km) atau 5.2 Unit Astronomi (AU) dari Matahari (Bumi ialah 1 AU dari Matahari).

3) Musytari berputar sekali kira-kira setiap 10 jam (hari Jovian), tetapi mengambil masa kira-kira 12 tahun Bumi untuk melengkapkan satu orbit Matahari (tahun Jovian).

4) Musytari ialah planet gergasi gas dan tidak mempunyai permukaan seperti Bumi. Jika ia mempunyai teras dalaman yang kukuh, ia berkemungkinan hanya sebesar Bumi.

5) Atmosfera Musytari kebanyakannya terdiri daripada hidrogen (H2) dan helium (He).

6) Musytari mempunyai lebih daripada 75 bulan.

7) Pada tahun 1979 misi Voyager menemui sistem cincin Musytari yang samar. Kesemua empat planet gergasi dalam sistem suria kita mempunyai sistem cincin.

?Sembilan kapal angkasa telah melawat Musytari. Tujuh telah terbang dan dua telah mengorbit planet gergasi gas itu. Juno, yang terbaharu, tiba di Musytari pada 2016.

9) Musytari tidak dapat menyokong kehidupan seperti yang kita ketahui. Tetapi beberapa ‘bulan’ Musytari mempunyai lautan di bawah keraknya yang mungkin menyokong kehidupan.

10) Bintik Merah Besar pada planet Musytari ialah ribut gergasi yang berukuran kira-kira dua kali ganda saiz Bumi dan telah mengamuk selama lebih satu abad.

Kredit imej: @Nasa, Juno

Maklumat: Nasa Solar System Exploration

Katak Payung Terjun

Katak payung terjun atau katak terbang Wallace mendiami hutan tropika tebal di Malaysia dan Borneo.

Mereka hidup hampir secara eksklusif di atas pokok, turun hanya untuk mengawan dan bertelur.

Apabila diancam atau mencari mangsa, mereka akan melompat dari dahan ke dahan dan menghamparkan empat kaki berselaput mereka dan melayang sejauh 50 kaki.

Dinamakan sempena biologist yang pertama mengumpul spesimen ini, Alfred R. Wallace