Archives for February 2022

Rerambut ais

Rerambut ais atau bulu ais atau janggut fros adalah sejenis ais yang terbentuk pada kayu mati. Ia berbentuk rambut yang halus dan lembut.

Rambut ais agak luar biasa dan penemuannya dilaporkan di latitud antara 45-55 °U di hutan berdaun lebar.

Trovants : Batu yang MEMBIAK

Di bandar kecil Costesti, di wilayah Valcea, di Romania ada satu fenomena menakjubkan, satu-satunya dalam dunia, batu membiak dan membesar, dipanggil trovants. Batu ini dimasukkan dalam kategori organisma hidup.

Batuan ini kebanyakannya terdiri daripada teras batu keras, dan selebihnya terdiri daripada pasir, yang terbentuk di sekeliling teras sebagai cangkerangnya.

Musim kemarau, batu ni tak bergerak, tak membesar dan membiak. Tapi tungguuuuu.. Musim hujan tiba, batu-batu ni macam hidup, dia mulai membesar, bergerak dan membiak.

Aik.. Biar betul membiak? Batu kot?

Selepas setiap hujan lebat, Trovants menyerap mineral hujan. Mineral digabungkan dengan bahan kimia yang sedia ada di dalam batu yang kemudiannya menghasilkan tindak balas dan tekanan di dalamnya. Tekanan secara spontan menjadikan batu itu tumbuh dari tengah ke pinggirnya dan membiak. Ia boleh sekecil beberapa milimeter dan berhenti pada 6-10 meter.

Semuanya bermula bila gempa bumi terjadi, yang berlaku enam juta tahun dahulu. Takungan pasir tercipta selepas itu yang memendapkan ‘bahan detritik’ yang diangkut oleh sungai, seterusnya membentuk bebola pasir.

Satu yang saintis bingung, bagaimana Trovants ini mempunyai lingkaran umur seperti pokok.

Harimau Buat Kerja?

May be an image of big cat and nature

Harimau ini nampaknya melakukan kerja yang hebat dengan mengangkut kayu!

Gambar yang luar biasa ini ditangkap oleh Siddhant Agrawal di India ini.

Gambar ini adalah sebahagian daripada Anugerah Fotografi Hidupan Liar Komedi 2021. Dari segi rupa, ia kelihatan seperti harimau sedang melakukan beberapa kerja mengangkat berat. Kita mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sini. Misteri Alam Semula Jadi!

?Fotografi Siddhant Agrawal

Pulau Kotisaari

Pulau Kotisaari di tengah Sungai Kemijoki, Rovaniemi, Findland. Cuba perhatikan, pulau yang sama, 4 musim yang berbeza.

Laika: Anjing terpilih yang malang.

Laika adalah makhluk hidup pertama yang mengorbit Bumi. Pada 3 November 1957, Kesatuan Soviet menaikkan seekor anjing bernama Laika di atas satelit Sputnik 2.

Para saintis roket Soviet ingin menghantar anjing ke angkasa lepas untuk lebih memahami apa yang mungkin berlaku semasa pelancaran, mikrograviti dan aspek lain penerbangan angkasa lepas kepada tubuh manusia.

Jadi mereka mengumpul anjing liar, betina, berwarna terang (supaya rakaman video mereka akan lebih jelas) dan menurut kata, dan yang terpilih adalah Laika.

Sputnik 2 ialah misi bunuh diri untuk anjing malang itu. Satelit itu tidak direka untuk kembali dengan selamat ke Bumi dan program angkasa Soviet tidak mahu menangguhkan pelancaran.

Laika mati anggaran 5-6 jam selepas misi akibat kepanasan yang teruk kerana sistem kawalan haba tidak berfungsi dan beberapa penebat tercabut akibat anomali semasa pelancaran.

Tahukah Anda

Pada 28 Januari, genap 36 tahun peristiwa letupan Kapal Angkasa Challenger, yang meletup 73 saat selepas pelancaran.

Semua 7 perintis meninggal dunia, dan selepas itu NASA telah menolak untuk menghantar angkasawan selama 3 tahun untuk memulihkan ciri-ciri pesawat dan mencari punca letupan.

BISKUT KELAPA

May be an image of food and indoor

Bahan-bahan

1 cawan marjerin.

1 biji telur ( saya guna telur c).

1 cawan gula aising

1 cawan tepung gandum.

3 cawan tepung jagung.

2 cawan kelapa parut yang sudah siap disangai kering.

Cara-cara

1)Marjerin + gula aising + telur. Kacau rata.. masukan pula tepung gandum + tepung jagung + kelapa kering.

2) Selepas itu terapkan. Saya sapukan telur kuning + perwarna kuning telur. Bakar suhu 160C selama 20 minit.

Selamat mencuba.

Kredit: selera untuk orang ramai

Roti Telur

May be an image of food

8 keping roti

4 keping chesdale

4 biji telur

1 biji bawang Holland

1 biji cili merah

Daun sup, lada sulah, lada hitam dan serbuk secukup rasa.

1) Satu kan semua bahan, panaskan kuali leper. Letakkan sedikit planta.

2) Celupkan roti ke dalam adunan telur tadi.kemudian bolehlah goreng roti. Angkat.

3)Letakkan cheesedale ditengah roti semasa roti masih panas nak bagi cheesedale tu cair. Kemudian potong roti ikut saiz masing-masing

Kredit: @Norizaawanghamat

Tasik Cakora, New South Wales, Australia

Tahukah Anda

Tasik Cakora, New South Wales, Australia dikelilingi oleh dedaunan yang subur, termasuk pokok teh, dan terletak di pedalaman dari Brooms Head. Ia bersambung ke lautan terbuka melalui pantai utama kawasan itu. Terdapat sungai-sungai kecil yang mengalir ke dalamnya.

Gambar ni ditangkap oleh Derry Moroney, fotografer amatur menggunakan dron yang menunjukkan minyak pokok teh meresap ke dalam saliran tasik dan tidak bercampur dengan air sungai. Ia Secara tak langsung mencipta corak arboreal.

Trypophobia

Rasa cemas, nak muntah, jijik tengok gambar-gambar ni? Walau kita tahu, ada antaranya adalah gambar palsu?Anda takut, geli dan tidak selesa melampau tengok gambar ni?

Ini kita panggil trypophobia. Ahli psikologi sendiri masih berselisih pendapat samada ia ada adalah penyakit mental atau tidak.Trypophobia boleh disembuhkan dengan terapi.