Segitiga Bermuda

Antara mitos terbesar yang kita pernah disuap masa kecil dulu ialah ruang lautan di Segitiga Bermuda tidak dapat dilalui. Mana-mana kapal laut dan kapal terbang yang melaluinya akan hilang secara misteri. Malah, telah banyak buku-buku dikeluarkan yang mencatatkan konspirasi ini.

Pada hari ini kita dapat lihat sebenarnya ia adalah sekadar mitos. Gambar di bawah merupakan paparan secara langsung kapal-kapal yang melalui segitiga bermuda. Ia merupakan antara kawasan yang tersibuk di dunia. Banyak kapal keluar masuk setiap hari. Tiada sebarang kehilangan misteri dan pelik seperti yang digembar-gemburkan.

Labah-labah Yang Menyamar Menjadi Semut

Myrmecomorphy atau mimik semut adalah istilah bagi haiwan yang mempunyai rupa semut sehingga sukar untuk dibezakan dengan rupa semut sebenar.

Labah-labah adalah contoh haiwan yang mengamalkan Myrmecomorphy. Terdapat kira-kira 300 spesies labah-labah yang menyamar sebagai semut.

Untuk menjadikan penyamaran lebih sempurna, labah-labah semut juga mempunyai tabiat mengangkat kaki hadapannya berulang kali supaya kelihatan seperti antena semut sedang bergerak.

Sebab pertama terjadinya Myrmecomorphy supaya semut yang lalu lalang di situ menyangka bahawa mereka sedang melalui sesama semut.

Sebab kedua adalah, haiwan pemangsa berasa takut untuk menyerang semut yang mempunyai tabiat menyerang haiwan lain secara berkumpulan. Jadi, labah-labah semut akan berjalan ke arah laluan yang biasanya dilalui oleh semut.

Apabila semut berada berhampirannya, labah-labah semut akan melakukan serangan hendap kemudian menyeret semut ke tempat lain di mana ia boleh memakan semut itu dengan selamat.

Oleh kerana rupanya sangat mirip dengan rupa semut sebenar, semut-semut lain akan menyangka labah-labah itu adalah semut yang sedang membawa bangkai kawan(sesama semut).

Di dalam foto ini adalah si penyamar iaitu labah-labah semut dan semut sebenar. Dapatkan anda meneka dengan tepat semut sebenar di sebelah atas atau bawah?

Manusia Pertama Menghantar Spam Di Internet

Pada 3 Mei 1978, seorang Pengurus Pemasaran Digital Equipment Corporation (DEC) bernama Gary Thuerk ingin menyiarkan berita tentang penjualan pertama komputer baharu syarikatnya di Los Angeles dan San Mateo, California.

Thuerk telah meminjam akaun e-mel yang dimiliki oleh seorang lelaki bernama

Carl Gartley lalu menghantar spam pertama ke rangkaian komputer beberapa universiti dan agensi kerajaan yang dikenali sebagai ARPAnet. ARPAnet boleh dikatakan sebagai “nenek moyang” rangkaian Internet.

Beribu pengguna pada masa itu sedang disambungkan ke rangkaian ARPAnet dan kebanyakan dari mereka adalah pakar komputer. Thuerk berhasrat untuk menghantar jemputan e-mel kepada semua 400 ahli ARPAnet yang tinggal di pantai barat Amerika Syarikat.

Thuerk sepatutnya menghantar e-mel kepada setiap ahli secara individu mengikut prosedur standard pada masa itu. Namun beliau memilih untuk menghantar hanya satu e-mel kepada semua 400 orang. Tindakan Thuerk telah mencetuskan belbagai emosi masyarakat yang terhubung dengan rangkaian ARPAnet.

Walau begitu, perbuatan Thuerk itu telah membuahkan hasil kerana ‘spam seluruh dunia’ yang dihantarnya telah menarik minat orang untuk membeli produk yang dijual oleh syarikatnya.

Menurut Computer World, pada 6 Mei 2011, penjualan akibat spam itu mencapai nilai 13 hingga 14 juta dolar AS. Selain itu, nama Thuerk juga telah tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness sebagai “bapa spammer”.

Menurut data dari Symantec, akibat perbuatan Thuerk itu telah mengakibatkan kira-kira 80 peratus e-mel yang dihantar ke seluruh dunia pada hari ini adalah e-mel spam.

Dalam satu temubual bersama Thuerk, beliau berpendapat situasi yang berlaku pada masa ini bukanlah disebabkan kesalahan dari beliau. “Kamu tidak boleh menyalahkan Wright Bersaudara (penemu pesawat terbang efektif pertama) akibat kecelakaan pesawat yang terjadi pada hari ini” ujarnya.

Apa Itu Spam?

kata spam adalah singkatan dari Sending and Posting Advertisement in Mass. ia adalah salah satu ciri khas pesanan promosi yang dikirimkan secara besar-besaran.

Pesanan spam seringkali ditemukan di dalam inbox email dan inbox mesej telefon bimbit. Biasanya, pesanan ini berisi konten iklan yang tidak diinginkan oleh penerima pesanan. Motif utama dari spam adalah untuk mempromosikan sebuah produk atau layanan.

Burung Simbang. Nampak Seperti Terbang, Tetapi Sebenarnya Sedang Tidur

Burung Simbang atau Burung Cikalang adalah sejenis burung laut yang terdapat di seluruh lautan tropika dan subtropika.

Kesemua burung dalam keluarga ini mempunyai bulu hitam, ekor bercabang panjang, dan paruh bercangkuk beserta kantung dikalangan jantan.

Burung ini dikenali sebagai penerbang yang handal kerana kemampuannya menghabiskan waktu hingga berminggu-minggu di udara tanpa menyentuh tanah walau sedikit pun.

Kehebatan Burung Simbang tidak terhenti disitu. Burung ini juga diketahui boleh tidur semasa sedang melayang di udara.

Simbang memiliki kemampuan tidur di udara kerana burung ini hanya merehatkan salah satu bahagian otaknya ketika tidur.

Dengan demikian, burung ini akan tetap mengawasi keadaan di sekitarnya agar tidak bertembung dengan burung-burung lain ketika sedang tidur.

Simbang hanya tidur di udara selama beberapa minit. Ketika sedang berada di atas tanah, barulah burung ini menunjukkan perilaku tidur yang lebih normal.

Seekor simbang boleh menghabiskan waktu hingga 12 jam untuk tidur semasa sedang berada di darat.

Selain Simbang, burung-burung yang memiliki kebiasaan melakukan perpindahan diketahui juga mampu tidur sambil terbang supaya dapat sampai di tempat tujuannya dalam waktu yang tepat.

Sejarah Disebalik Tanah Perkuburan Non Muslim Di Jeddah

Inilah dia perkuburan non muslim di Jeddah. Namanya perkuburan El Khawwajat dan lokasinya di Al-Balad. Tanah perkuburan ini terletak di salah satu jalan paling sibuk di Jeddah, sedikit di selatan pusat bandar.

Dipercayai bahawa ramai orang yang lalu lalang tidak menyedari bahawa di sebalik tembok tinggi itu terdapat tempat peristirahatan terakhir penganut Kristian dan bukan Islam yang lain.

Semasa zaman Khilafah Othmaniah, kalimah el-khawwajah digunakan untuk makna tuan, atau, penghulu, atau guru, atau ketua bagi golongan bukan islam. Maka di sini maksud Maqbarah Khawwajat adalah perkuburan pemimpin-pemimpin bukan islam.

Sejarah bagaimana boleh wujudnya tapak

perkuburan ini?

Ia terjadi pada kurun ke 10 hijriah iaitu tahun 948 hijriah bersamaan dengan tahun 1542 masihi. Pada masa Itu ummat islam benar-benar ingin menunaikan Fardhu Haji.

Namun ummat Islam telah dikejutkan dengan kehadiran tentera Portugal bersama 80 buah Kapal perang di Perairan Kota Jeddah. Niat mereka adalah untuk menyerang kota Mekah dan Kota Madinah.

Sengaja mereka datang pada saat ummat islam sedang disibukkan dengan ibadah Haji sambil beranggapan Kota Jeddah akan kurang penghuninya. Maka senanglah kerja mereka. Mereka dikatakan ke Jeddah setelah melalui cubaan kali kelima. Sebelum ini mereka gagal.

Apabila mereka sampai di pinggir pantai Jeddah iaitu diluar Benteng kota Jeddah,

berita itu telah sampai kepada pemimpin Mekah pada masa itu iaitu al Marhum Assyarif Muhammad Abu Numayy ibnu Barakat Ibnu Muhammad.

Beliau saat itu juga menyeru Ummat islam Untuk berjihad menentang Portugal. Beliau menyediakan senjata dan segala keperluan Ummat islam untuk berperang. Beliau menyatakan akan menyembelih seluruh binatang ternakan yang ada lalu di sumbangkan kepada ummat islam.

Gendang perang dipalu dan disambut hangat oleh seluruh ummat islam di tanah Hijaz. Beliau yang asalnya ingin menunaikan Haji telah membatalkan niatnya lalu bersama jemaah haji yang lain berjihad menentang tentera Portugal.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Mekah Jihad di Izinkan ketika musim Haji. Ummat Islam khususnya jemaah Haji turut serta berperang melawan tentera Portugal.

Maka berlakulah pertempuran itu di pinggir kota jeddah. Tentera Portugal terkejut melihat kehadiran tentera Islam yang begitu banyak kerana mereka sangkakan semua ummat islam sedang sibuk dengan ibadah Haji.

Lalu sebahagian tentera Portugal segera melarikan diri menaiki kapal mereka dan pulang ke Portugal. Di kawasan mereka tewas inilah dikuburkannya mayat-mayat tentera portugal yang tewas lalu kekal menjadi perkuburan Non muslim sehingga kini.

Kredit: Che Pai/Group HARAMAIN

Kiamat Kecil untuk Kita yang Masih Hidup

Lebuhraya Tol Di Seoul, Korea Selatan yang kelihatan terlipat ke atas.

Kredit: @Visual treats

Dahulu Jerman Pernah Mencipta Keretapi Berkipas Namun Dihancurkan Kembali

Pada awal tahun 1930, seorang jurutera dari Jerman, Franz Kruckenberg telah mereka sebuah keretapi yang diberi nama Schienenzeppelin. Schienenzeppelin merupakan keretapi eksperimen yang menyerupai kapal udara Zeppelin.

Schienenzeppelin ini dilengkapi dengan enjin pesawat beserta sebuah kipas besar yang dipasang di bahagian belakangnya. Keretapi ini memiliki panjang 25.85 meter.

Pada 10 Mei 1931, Schienenzeppelin telah mencapai kelajuan melebihi 200 km/j (120 mph) buat kali pertama. Selepas itu, kenderaan ini dipamerkan kepada orang ramai di seluruh Jerman.

Pada 21 Jun 1931, ia mencatatkan rekod kelajuan keretapi dunia baharu 230.2 km/j (143.0 mph) di laluan Berlin–Hamburg antara Karstädt dan Dergenthin, dan rekod ini tidak pernah diatasi oleh mana-mana kenderaan rel lain sehingga 1954.

Walaupun Schienenzeppelin kelihatan hebat, namun pada akhirnya ia tidak pernah melalui peringkat prototaip kerana kipas besarnya.

Kipas yang berada pada badan Schienenzeppelin berisiko mencederakan orang ramai yang menunggu di stesen keretapi dan orang-orang yang secara tidak sengaja berdiri terlalu dekat dengan landasan.

Satu lagi halangan kepada kehadiran kipas Schienenzeppelin ialah ia menghalang Schienenzeppelin daripada bergerak ke arah yang bertentangan dan mengekalkan momentumnya apabila mendaki sesuatu yang condong.

Schienenzeppelin juga mempunyai kapasiti menampung yang terhad kerana kipas yang besar itu telah menghalang keretapi ini daripada digunakan untuk menarik gerabak.

Bukan itu sahaja, landasan keretapi ketika itu juga dianggap tidak cukup kuat untuk menahan beban tekanan yang akan timbul apabila Schienenzeppelin dipandu dengan begitu laju.

Oleh kerana tidak nampak perjanjian untuk Schienenzeppelin ini dikembangkan dengan lebih lanjut, akhirnya Schienenzeppelin dihancurkan semasa Perang Dunia II supaya komponen alumuniumnya itu dapat digunakan untuk membuat pesawat tempur.

Kisah Mayat Tertanam Hingga Ke Hari Ini Selepas Dihempap struktur konkrit.

Pada 13 Jun 2013, telah berlaku satu peristiwa mengerikan dan menyayat hati di Pulau Pinang. Hujan lebat dan angin kencang telah melanda Pulau Pinang lewat petang itu.

Peristiwa ini berlaku apabila struktur konkrit yang terdapat di bangunan Umno negeri setinggi 21 tingkat di Jalan Macalister tiba-tiba terjatuh dan menghempap beberapa buah kenderaan. Kejadian itu mengakibatkan seorang pemandu lori maut manakala lapan lagi cedera.

Dua hari selepas kejadian itu, datang seorang kontraktor untuk memeriksa CCTV yang rosak akibat gangguan bekalan elektrik. Beliau mendapati terdapat seorang lagi mangsa akibat dari runtuhan tersebut.

Semasa operasi penggalian, pekerja menemui bahagian bumbung sebuah kereta yang tertimbus di dalam lubang itu. Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati kereta tersebut jenis Honda City dan ianya sepadan dengan yang dilaporkan hilang sehari selepas kejadian

Nama mangsa adalah Lim Chin Aik berusia 44 tahun. Beliau ketika itu sedang memandu untuk mengambil anaknya di Sekolah.

Dari rakaman CCTV tersebut menunjukkan kereta Honda City yang dipandu Lim Chin Aik telah dihempap struktur tersebut hingga membuatkannya tertimbus begitu dalam di bawah tanah.

Menurut seorang arkitek dari Singapura, kereta dipandu Lim Chin Aik berkecai seumpama tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.

Mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m.

Kerja-kerja menyelamatkan telah dihentikan selepas 4 hari kerana bimbang akan merosakkan kawasan sekitar. Hanya sebahagian dari kenderaan Lim Chin Aik yang ditemukan manakala mayat Lim Chin Aik hingga ke hari ini tidak pernah dijumpai.

Kisah Disebalik Kapal Terbang Terbengkalai Di Tengah-tengah Pulau Pasir Hitam

Tahukah anda yang Iceland pernah ditawan oleh British? Pada 10 Mei 1940, tentera British menawan Iceland ketika Perang Dunia Ke-2. British Military Operation tersebut diberikan codename “Operation Fork” yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja & Tentera Marin Diraja British.

Pada hari Sabtu, 24 November 1973, kapal terbang United States Navy Douglas Super DC-3 terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Sólheimasandur black sand beach yang terletak di selatan Iceland.

Pada perancangan awal, krew kapal terbang tersebut mahu membuat pendaratan cemas di kawasan laut tetapi pada saat akhir, mereka membuat keputusan untuk melakukan pendaratan cemas di kawasan pantai.

Kesemua anak kapal tersebut yang terdiri daripada 2 penumpang udara, seorang kapten dan 2 orang kapten dalam latihan terselamat daripada kemalangan tersebut.

Ada yang cakap pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan cemas disebabkan masalah enjin gagal berfungsi akibat pengerasan ais. Ada yang cakap disebabkan kapal terbang kehabisan minyak. Sampai sekarang kejadian ini masih kekal misteri.

Pihak Tentera Laut Diraja telah mengambil kesemua kelengkapan & peralatan yang masih berfungsi pada kapal terbang tersebut tetapi meninggalkan fuselage (bahagian badan utama kapal terbang) membuatkan ia terbengkalai begitu sahaja.

Ada laporan yang menyatakan keseluruhan bahagian ekor kapal terbang telah dicuri oleh petani tempatan kemudian dijualnya.

Kini fulesage yang terbengkalai telah menjadi tempat tumpuan fotografi & videografi untuk pengiklanan produk, pre-wedding photography dan lain-lain lagi.

Dahulu dibenarkan kereta masuk sampai ke bangkai kapal terbang. Tetapi keadaan jalan yang berbatu-batu dan tanah yang lembut (tanah pasir pantai) menyebabkan banyak kereta rosak dan tersadai bila terperosok dalam tanah.

Kemudian di larang semua kenderaan persendirian masuk. Selepas itu ada pula syarikat sediakan servis 4 wheel dan truck untuk bawa pelancong. Namun ini juga dibatalkan.

Pada tahun 2016, kawasan tersebut akhirnya ditutup dari membenarkan kenderaan untuk masuk ke lokasi kapal terbang terhempas.

Selain itu, disini juga pernah dijalankan penggambaran untuk lagu Gerua dalam filem Dilwale pada tahun 2015.

Kini untuk pergi ke sana, pelancong perlu berjalan sejauh 4KM-5KM yang mengambil masa 1 jam lebih untuk melihat kapal terbang tersebut. Di sini juga pernah dijalankan pengambaran

kredit: Ikim Hassan, Travel bosnia & balkan – sky dew & Blogpayakumbuh1trip Uk-Iceland.