Deprecated: Function add_custom_background is deprecated since version 3.4.0! Use add_theme_support( 'custom-background', $args ) instead. in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6078
Uncategorized | Stop Being Busy

Fakta Menarik – Bandar-Bandar di Seluruh Dunia

Tahukah anda di setiap bandar di dunia ini terdapat keistimewaan tersendiri yang menarik ramai pelancong untuk meneroka bandar tersebut? Saya senaraikan beberapa info menarik berkenaan dengan bandar-bandar besar di dunia.

Bandar dengan jumlah penduduk terbanyak di dunia adalah Tokyo yang diperkirakan memiliki jumlah penduduk sebanyak lebih dari 37.8 juta orang.

Sedangkan Delhi dan Shanghai menduduki urutan kedua dan ketiga dengan jumlah penduduk masing-masing mencapai 24.9 juta dan 22.9 juta. Sedangkan bandar yang mempunyai keluasan paling besar jatuh kepada New York dengan 8,683Km persegi.

Tahukah anda bandar terkecil di dunia dalam ukuran bandar adalah kota Vatican dengan keluasan kawasan seluas 0.44Km persegi. Bandar ini dibina pada tahun 1929 dan mempunyai rekod penduduk pada tahun 2012 sebanyak 451 orang sahaja.

Bandar tertua dan termuda di dunia berada di dalam satu wilayah yang sama? Buktinya adalah bandar tertua di dunia adalah kota Jericho (di Arab disebut Ariha) yang diperkirakan berusia lebih dari 10 ribu tahun.

Sedangkan bandar termuda di dunia jatuh pada kota Tel Aviv, yang berusia sekitar 80 tahun. Dan dua bandar itu berada dalam wilayah timur tengah yang terus menerus bergolak.

Jericho juga dianggap sebagai bandar dengan daratan paling rendah di dunia. Bandar tersebut berada 260 meter (853 kaki) di bawah permukaan laut!

Bandar yang berada di daratan tertinggi dipegang oleh kota Potosi di Bolivia, yang memiliki ketinggian sekitar 4100 meter (13.500 kaki) di atas permukaan laut! Kota ini juga ditetapkan UNESCO sebagai warisan dunia yang harus dilindungi.

Hong Kong adalah bandar dengan jolokan bandar ‘tertinggi’ di dunia, kerana memiliki  lebih dari 7.500 gedung pencakar langit, lebih banyak dari yang dimiliki kota New York.

Bandar pertama yang jumlah penduduknya 1 juta orang adalah Roma, Itali iaitu pada 133 SM. Manakala jumlah penduduk di London pula mencapai 1 juta orang pada tahun 1810. Bandar New York pula mencapainya pada tahun 1875. Kini ada lebih dari 300 bandar di dunia dengan penduduk lebih dari 1 juta orang.

 

Credit : iluminasi


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

20 Fakta Menarik Untuk Direnungi

Berikut adalah 20 fakta menarik untuk tatapan anda semua. Samada betul atau tidak fakta ini perlu diselidiki dengan lebih lanjut kerana artikel ini dipetik daripada beberapa laman di internet. Semoga ianya mungkin boleh menjadi info berguna atau setidaknya menjadi renungan untuk kita semua

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. Amerika menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali.

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud ‘tidak’.

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km.

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.

20.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

 

Credit : panduanpercuma.info


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Tips untuk Anak Dengar Cakap

Anak dengar cakap

Mesti stress, bila kita cakap, anak tak nak ikut. Lagi kita cakap kuat-kuat, lagi dia melawan. Kadang-kadang, sebagai ibu, boleh jadi down satu hari. Buat senang nak bagi anak dengar kata!

Walaupun, ibu bapa banyak menghabiskan masa bercakap kepada anak-anak, ada kalanya tanpa disedari, mereka amat jarang mendengar luahan anak-anak. Selalunya, apabila berlaku waktu yang “panas”, amat sukar untuk ibu bapa menghentikan pertengkaran anak-anak.

Anda perlulah belajar cara yang lebih baik lagi untuk berbicara dengan anak-anak supaya mereka mendengar dan anda tidak perlu bersusah payah.

MENDIDIK ANAK DENGAR CAKAP

Anak dengar cakap

Foto Kredit: special-ism.com

Mendidik anak adalah salah satu tugasan yang amat mencabar dalam hidup. Untuk melindungi dan membesarkan anak-anak yang berdisiplin, ada ibu bapa yang menggunakan kuasa autoriti sebagai ibu dan bapa.

Ini membuatkan anak-anak terpaksa akur dan tidak dapat bersuara dalam rumah sendiri. Ada juga ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga sanggup memberikan apa jua yang anak inginkan.

Kedua-dua cara didikan di atas berbentuk ekstrim dan tidak bagus untuk pembesaran anak-anak. Perlulah ada keseimbangan dan penuh dengan budi bicara yang sihat dan rasional. Cara anda bercakap dengan mereka akan mengajar mereka cara bercakap dengan orang lain dan cara anda bercakap juga menentukan sama ada anak-anak akan mendengar atau tidak dan bagaimana tindak balas mereka.

1. GUNAKAN BAHASA YANG BAIK DAN HALUS

Tiada orang yang suka mendengar nada yang negatif. Elakkan penggunaan “tidak” atau “jangan”. Sebaliknya, gunakan ayat positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak anda. jika anda menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak akan berasa yakin, disayangi dan istimewa.

Ini akan membuatkan mereka melakukan apa jua pesanan anda tanpa membantah. Mereka juga akan mendengar apa yang anda ingin katakan dan memahami dengan baik.

2. RENUNG MATA ANAK ANDA SEBELUM MEMBERI ARAHAN

Sebelum memberi arahan, melutut dihadapa anak anda supaya level mata anda dan anak anda selari. Renung anak matanya dan pastikan dia memberi perhatian pada anda. Anda perlulah bersabar jika anda melakukannya untuk pertama kali. Lama kelamaan, mereka akan biasa dengannya.

3. SEBUT NAMA ANAK SEBELUM MEMBERI ARAHAN

Jika anda menyebut namanya, dia akan memberi perhatian pada anda dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau boleh, panggil dengan nama penuh. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh, tentu ia sesuatu yang serius!

Adalah dinasihatkan untuk memberhentikan apa jua tindak balas atau jawapan anak anda, supaya mereka mendengar pesanan anda dengan teliti.

4. PASTIKAN PESANAN ANDA RINGKAS DAN JELAS

Adalah penting untuk diingati bahawa kanak-kanak tetap adalah kanak-kanak. Mereka tidak akan memahami mesej yang tersembunyi dari pesanan yang kurang jelas.

Elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.

5. BERIKAN MEREKA PILIHAN DAN ALTERNATIF SELAGI MANA BOLEH

Jika anda ingin anak anda mendengar kata-kata anda, anda patut berikan mereka pilihan. Anda boleh menerangkan keadaan kepada mereka supaya mereka memahamu dan kenapa mereka perlu mengikut arahan anda.

Memberi alternatif dalam nada yang positif akan memberikan anak anda pemahaman yang lebih berbanding penggunaan “tidak” atau “jangan”.

6. ELAKKAN DARI BERLETER

Selalunya, ibu bapa akan mula berleter apabila anak-anak tidak mendengar kata-kata mereka. Jadi, daripada anda berleter dan membebel panjang, lebih baik anda tampal lukisan atau satu carta kerja dalam bilik anak anda dan tunjukkan pada mereka.

Tugasan rumah harian yang perlu mereka selesaikan dalam sela waktu yang ditetapkan perlu dijelaskan dalam carta ini. Pastikan anda membuat carta tugasan yang sesuai dengan umur anak anda dan pertimbangkan juga waktu untuk mereka berehat dan bermain.

7. BERIKAN ANAK ANDA ‘REWARD‘ YANG MEREKA TIDAK BOLEH LEPASKAN

Apabila anak anda berjaya menyelesaikan sesuatu, anda perlulah memberikan mereka hadiah atau ganjaran yang mereka suka. Pastikan hadiah tersebut adalah untuk kebaikan anak anda dan bukannya hanya untuk memanjakan mereka.

8. JIKA ANDA MAHUKAN ANAK ANDA BERBUDI PEKERTI MULIA, JADILAH TELADAN UNTUK MEREKA

Anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam semua perkara. Jadi, berbudi pekerti bukanlah sesuatu yang diharapkan lahir sendiri dari seorang kanak-kanak.

Selain itu, ajarkan mereka kata-kata sopan yang mudah sebelum mereka belajar bercakap dan anda juga perlulah mengaplikasikannya dalam setiap perbuatan anda.

9. TENANG TETAPI TEGAS

Jika anda telah membuat keputusan dan telah menyampaikannya pada anak anda, anda patut bertegas dengan keputusan tersebut.

Bincangkan dengan pasangan anda dan pastikan anda mencapai kata sepakat bersama pasangan anda. Ini akan mengajar anak anda bahawa apabila sesuatu keputusan telah dibuat, ia tetap tidak akan berubah.

10. BERSIFAT TERBUKA UNTUK PERBINCANGAN

Apabila anak anda semakin membesar, anda perlu menitik beratkan hal emosi dan pandangan mereka. Elakkan dari memberi arahan yang kelihatan seolah-olah muktamad.

Berikan anak anda ruang untuk berfikir dan membuka minda mereka serta berkongsi perasaan dan tanggapan mereka.

11. BUAT ANAK MACAM KAWAN

Pastikan anda bercakap dengan anak anda seolah-olah anda bercakap dengan kawan anda. Ini akan membantu anda mengawal nada suara dan isu-isu yang panas.

12. TERIMALAH ANAK ANDA SEADANYA

Setiap anak mempunyai sifat positif dan negatif. Terimalah mereka seadanya dan sayangilah mereka walau apa jua kekurangan mereka.

Ini membuatkan mereka selesa berkongsi perasaan dan buah fikiran.

AKHIR KATA

Anak dengar cakap

Foto Kredit: messforless.net

Ingatlah selalu bahawa komunikasi yang terbuka dan selesa akan membantu anak-anak anda membesar dengan keyakinan yang tinggi dalam diri dan mereka akan dapat membina perhubungan yang baik dengan orang lain dan anda!

Asahlah skil komunikasi anda setiap kali anda berbicara dengan anak anda dan dengarlah apa yang mereka ingin sampaikan supaya hubungan yang kukuh dan baik dapat diwujudkan. Janganlah asyik marah anak sahaja kerana ia tidak berfaedah sama sekali.

Selamat mencuba!

 

Credit : SirapLimau

Fakta Menarik – Bahan Paling Berkesan untuk Menghalau Tikus

Tikus merupakan sejenis haiwan yang bukan sahaja kotor dan menjijikkan, malah ia juga mengundang pelbagai penyakit yang berupaya membawa kepada kematian.

Bukan mudah untuk membasmi binatang ini, susulan umurnya yang lebih panjang serta kebolehannya membiak memang cukup tinggi.

Jadi, tidak harianlah kalau anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak.

Disebabkan itulah juga kita memerlukan langkah efektif supaya tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita.

Ada beberapa langkah yang kerap di lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.

Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:

Image result for daun pandan

Daun Pandan

Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

Kucing

Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

Image result for buah mengkudu

Buah Mengkudu

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

Image result for mint oil

Minyak Mint

Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

Image result for kapur barus

Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)

Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

Keberkesanan langkah-langkah membasmi tikus-tikus tersebut sebenarnya bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.

Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!

 

Credit : koolfm

Motivational Quotes of the Day – 4

Heal Your Soul #4

Bersabda Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam “Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah karena sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih mengapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (HR Abu Dawud 3745)

 

Credit : BahagianDakwahJAKIM


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Panduan Masuk Rumah Baru

 

Setiap orang yang membeli rumah baru sememangya suka dan teruja apabila mendapat kunci. Hari penerimaan kunci rumah baru adalah merupakan hari yang sangat bermakna kerana mungkin rumah yang dibeli adalah untuk diduduki bersama keluarga tercinta. Sudah pasti sentiasa fikir berkenaan kecantikan rumah tersebut sehingga lupa untuk membuat semakan yang mana boleh menyebabkan mereka menyesal seumur hidup mereka.

SENARAI SEMAK KEADAAN RUMAH BARU

Bila kita terima kunci rumah dari pemaju, mohon semak dulu ruang ini.

Pemaju akan menanggung kecatatan rumah dalam tempoh 18 – 24 bulan kehadapan. Jangan ubah suai rumah dalam tempoh ini sebaiknya kawan.

1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran.

2. Tiada jubin lantai yang retak, sumbing atau pecah.

3. Keadaan lantai bersih, tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah.

4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah.

5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor, paip ada dalam dinding.

6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik.

7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan.

8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat.

9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap, lihat keadaan selepas hujan lebat kawan!

10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut.

11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku.

12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah.

13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan.

14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik.

15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata.

Semoga kalian semua mendapat manfaat, sila kongsikan tips ini untuk sahabat – sahabat anda sekalian.

 

Credit : mohdzaki.com

Tanda Anda Berjaya Dalam Temuduga

 

Credit : norizan sharif

Fakta Menarik – Bayi

Anda mungkin menyangka yang anda kenal dengan bayi anda. Tetapi jangan tak tahu, mereka sebenarnya lebih hebat dari yang anda sangka.

Tiada apa yang lebih comel melainkan bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada tahap kecomelan yang luar biasa, ada juga beberapa fakta menarik tentang bayi yang mungkin anda tidak pernah tahu.

Jom kita baca lebih lanjut apa agaknya yang istimewa tentang bayi – ia mungkin akan memeranjatkan anda!

#1: Bayi Boleh Menangis di dalam Rahim

Kali pertama keluar dari rahim ibu dan ditepuk punggungnya oleh doktor, bayi selalunya akan menangis. Tetapi, itu bukanlah kali pertama ia menangis.

Sebenarnya, menurut kajian, mereka sudah boleh menangis sejak di dalam rahim lagi – secara senyap. Ada satu kajian ultrasound telah dibuat oleh para pengkaji dan didapati fetus mampu menunjukkan tabiat menangis di dalam rahim iaitu dengan membuka mulut, menekan lidahnya, menggetarkan bibir bawah dan menarik nafas dengan laju.

#2: Bayi Tiada Kepala Lutut

Sebenarnya, mereka ada kepala lutut namun ia masih lembut dan digelar tulang rawan. Jika bayi yang baru dilahirkan diletakkan di dalam x-ray, tulang lutut mereka tidak akan kelihatan. Tulang rawan itu hanya akan mula terbentuk secara sempurna pada usia 10 hingga 12 tahun!

#3: Berat Kepala Bayi

Apabila bayi yang baru lahir ditimbang beratnya, hampir 25% daripada berat berkenaan datang daripada kepala bayi! Disebabkan peratusan berat kepala yang besar dan leher yang masih belum kuat terbentuk, amat penting untuk kita menyokong kepalanya apabila mendukung mereka.

#4: Tulang Bayi Lebih Banyak Daripada Tulang Orang Dewasa

Lagi satu fakta menarik tentang bayi yang mungkin akan membuat anda berkata ‘wow’ adalah jumlah tulang bayi yang baru lahir adalah lebih banyak daripada orang dewasa!

Mereka mempunyai 300 tulang dan orang dewasa hanya 206. Tulang-tulang ini kemudiannya akan bercantum semasa mereka membesar dan berakhir dengan jumlah biasa iaitu 206.

#5: Bayi Boleh Bernafas dan Menelan Pada Waktu Yang Sama

Cuba anda buat perkara ini: bernafas dan menelan air liur/makanan pada masa yang sama. Tidak boleh bukan?

Ini adalah kerana terdapat lapisan di bahagian tekak anda dikenali sebagai epigglotis yang akan menutup lubang angin apabila anda menelan sesuatu.

Namun, bayi dikatakan mampu untuk bernafas dan menelan pada waktu yang sama! Ini adalah supaya mereka boleh menyusu dan bernafas serentak.

#6: Bayi yang Baru Lahir Tiada Air Mata

Apabila bayi yang baru lahir meraung atau merengek, mereka sebenarnya tidak mengeluarkan air mata – mereka hanya mengeluarkan bunyi sahaja. Ini adalah kerana ia masih belum terbentuk.

Pada usia yang sangat muda sebegitu, mata mereka hanya mampu menghasilkan cecair yang cukup untuk memastikan mata mereka lembap dan sihat – bukannya banyak untuk mengeluarkan air mata.

Selalunya, ia mula keluar pada usia 3 hingga ke 12 minggu.

#7: Penglihatan Bayi Adalah Sebaik Orang Dewasa

Ada orang menyatakan bahawa bayi yang baru lahir tidak boleh nampak apa-apa. Namun, sains menyatakan bahawa mata mereka sudah pun mampu melihat dengan baik sejak lahir.

Namun, otak mereka masih belum mampu memproses dengan baik. Mata mereka juga belum mampu untuk memfokus dengan tepat.

Sebab itulah, pandangan mereka hanya terhad pada sekitar 8 ke 12 inci daripada mata mereka sahaja sebulan pertama selepas dilahirkan.

#8: Bayi Kenal Ibu Mereka Dahulu Sebelum Bapa

Tahukah anda bahawa bayi yang baru dilahirkan boleh mengesan suara dan bau ibunya sebaik sahaja dilahirkan? Mereka juga hanya memerlukan beberapa minggu sahaja untuk mengenal rupa ibu dan membezakannya dengan orang dewasa yang lain. Suara dan keberadaan ibu yang hampir dapat menenangkan mereka berbanding orang lain. Sweet, bukan?

#9: Bayi Bernafas Dua Kali Lebih Laju daripada Orang Dewasa

Bayi sememangnya seorang superpower. Bukan sahaja mereka mempunyai tulang yang lebih banyak dan mampu bernafas dan menelan serentak, mereka juga bernafas dua kali lebih laju daripada orang dewasa – 130 hingga 160 kali seminit!

#10: Bayi Boleh Tahu Arah Arah Bunyi

Kan kami sudah beritahu anda, bayi adalah seorang superpower! Bayi boleh mengetahui dari mana bunyi datang hanya selepas 10 minit dilahirkan.

Sebab itulah mereka mudah terkejut dan bergerak apabila terdengar bunyi yang kuat. Pada usia 4 hingga ke 8 bulan pula, mereka sudah pandai untuk memusingkan kepala ke arah bunyi yang mereka dengar.

Menarik bukan ciptaan Tuhan? Semuanya telah direka dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Gunakan fakta menarik tentang bayi ini untuk mengenali si kecil anda dengan lebih baik. Kongsikan juga artikel ini jika anda rasa ianya menarik!

 

Credit. theAsianparent

Fakta Menarik – Penghawa Dingin

Tahukah anda, teknologi Aircond (AC) zaman kuno sudah wujud sejak abad ke-14? Bagi pelancong yang ke Iran, mereka berpeluang untuk melihat teknik kuno penghawa dingin tersebut.

Pada musim panas, Kota Yazd yang berjarak 625 km dari Ibukota Teheran akan bersuhu 40 darjah Celcius. AC yang dimaksudkan itu adalah cerobong yang memiliki lubang-lubang penangkap angin.

Penangkap angin itu akan menarik suhu sejuk ke bahagian bawah rumah, baik ke ruang tamu atau ke ruang penyimpanan bawah tanah bagi menyejukkan makanan yang mudah rosak.

Menurut kajian, penangkap angin itu dapat mengurangkan suhu dalam sesuatu ruang sekitar 10 darjah. Dari Parsi kuno dan Mesir sampai ke Babylonia dan Arab, peradaban kuno telah menyesuaikan seni bina bangunan mereka dengan mengembangkan kaedah pengudaraan secara semulajadi.

Contoh penangkap angin ini dapat ditemui di Timur Tengah, Mesir, Pakistan dan India. Namun, oleh kerana penangkap angin ini terletak di titik tertinggi bangunan, ianya terdedah terhadap kerosakan.

Penangkap angin tertua di Iran dibuat pada abad ke-14. Rujukan mengenai penangkap angin itu sudah tertulis dalam karya penyair Parsi sejak abad ke-5, Nasir Khusraw.

Sebahagian besar penangkap angin yang terdapat di atap-atap rumah Kota Yazd berbentuk segi empat, Heksagon, atau Oktagon dengan masing-masing mempunyai lubang dari empat sudut untuk menangkap angin yang bertiup dari pelbagai arah.

Angin di bandar Yazd datang dari pelbagai arah, ia tidak seperti di Maybod, sebuah bandar kecil sekitar 55 km barat laut Yazd, di mana penangkap angin hanya memiliki satu saluran masuk untuk mencegah angin berdebu yakni dari angin gurun yang bertiup dari utara.

Namun di Yazd, ia dikelilingi oleh pegunungan yang menghalang hadirnya angin gurun. Di waktu tiada angin, penangkap angin itu akan bekerja sebagai cerobong cahaya yang mencipta tekanan dan mampu mendorong udara hangat ke atas dan keluar melalui menara sekaligus membuatkan rumah terasa lebih sejuk didalam berbanding diluar.

Penggunaan penangkap angin kini sudah tiada lagi berikutan munculnya AC moden. Kini, masyarakat di sana meninggalkan rumah tradisional mereka dan menghuni rumah-rumah yang lebih moden. Rumah-rumah menjadi kosong atau disewakan kepada pendatang dan pekerja.

Rumah disana juga telah dibeli oleh orang-orang kaya di Teheran atau Shiraz dan mereka mengubahnya menjadi Hotel. Kota Yazd telah menjadi Warisan Dunia Unesco pada tahun 2017 yang mendorong adanya pelestarian beberapa seni bina yang memiliki nilai sejarah.

 

Credit : Jasson King Fans Official