6 Waktu Paling Mustajab untuk Berdoa

Berdoa pada waktu-waktu mustajab adalah cara kita sebagai umat islam berusaha untuk mendapatkan keredhaan serta kejayaan dunia dan akhirat dari Ilahi. Di samping itu jangan lupa juga berdoa kepada Allah pada setiap masa, tanpa hanya menunggu waktu-waktu yang disebutkan di atas ini kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihi setiap hambaNya.

1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH

Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

2. SEMASA HUJAN TURUN

Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.

Rasulullah s.a.w bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)

3. WAKTU PADA HARI JUMAAT

Hari Jumaat adalah hari yang istimewa di sisi Allah.

Rasulullah SAW pernah membicarakan tentang hari Jumaat dalam sebuah hadis sahih di mana Baginda bersabda:

“Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (dimakbulkan), maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Selain itu, satu lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama’ adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan solat Jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat”.(Hadis Riwayat Muslim)

4. SEPERTIGA MALAM TERAKHIR

Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,

Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI

Sesiapa yang sampai ke sini sememangnya bertuahlah kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah Al Mukarramah lebih-lebih lagi pada musim haji.

Sabda Rasulullah  SAW “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA

Disamping waktu terakhir sepertiga malam, waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab itu. Oleh itu banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh. Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Semoga amalan kita yang berterusan dapat diterima di sisi Allah dan dapat mempersiapkan diri kembali bertemu denganNya dengan timbangan amal yang cukup. Semoga kita semua tidak berputus asa untuk berdoa kepada Allah.

 

Credit : SirapLimau

Memoirs from the Life of Muhammad ﷺ

Fakta Menarik – Mimpi

Otak manusia bertanggungjawab dalam banyak proses kompleks yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi dari segi saintifik, ia tidak boleh mewujudkan imej orang yang kita tidak pernah dikenali. Jika anda bertemu orang asing dalam mimpi, ia bermakna anda pernah bertemunya di luar tetapi anda tidak mengingatinya.

Itu salah satu fakta pelik tentang mimpi.

Jom tengok beberapa lagi fakta yang akan buat anda rasa kagum bagaimana minda dan badan anda bekerja ketika tidur!

1. Manusia biasa akan mengalami antara 1,460 dan 2,190 setahun.

2. Apabila bermimpi, badan anda akan menjadi “lumpuh” dan otot anda tidak bergerak. Mereka yang bergerak semasa bermimpi adalah orang-orang ‘istimewa’yang memiliki REM (rapid eye movement) yang abnormal.

3. Mimpi berulang diterjemahkan pakar psikologi sebagai simbol atau petanda yang sedang dihantar oleh minda anda.

4. Mimpi wanita kebiasaannya lebih panjang (lama) daripada lelaki.

5. Manusia selalunya akan mimpikan sesuatu yang buruk kerana kekerapan kita memikirkan perkara atau kemungkinan negatif.

6. Bayi hanya akan bermimpi tentang orang-orang dikenali. Hanya selepas berusia 3 atau 4 tahun, barulah si bayi ‘memegang watak’ dalam mimpinya.

7. Wanita lebih kerap mengalami mimpi ngeri berbanding lelaki.

8. Pernah bermimpi dan rasa tak pasti sama ada ia mimpi atau realiti? Jangan cubit diri sendiri, sebaliknya carilah bahan bacaan atau jam. Ini kerana dalam mimpi, anda tak boleh membaca dan tak pandai tengok jam.

 

Credit : astroawani

Peperiksaan Perkhidmatan Awam

PANDUAN CALON MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

1. Permohonan Peperiksaan:
i. Borang Permohonan Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang
kompetensi (www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan);
ii. Nama dan alamat pejabat hendaklah diisi dengan lengkap;
iii. Calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan;
iv. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan DITOLAK;
v. Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat;
vi. Calon yang tidak mendaftar TIDAK dibenarkan menduduki peperiksaan; dan
vii. Semakan status permohonan, angka giliran dan pusat peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan.

2. Pusat Peperiksaan:
i. Ditetapkan oleh urus setia Peperiksaan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia;
ii. Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada urus setia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam;
iii. Pertukaran pusat hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut :
a. Pertukaran Tempat Bertugas (Surat Arahan Pertukaran hendaklah disertakan); dan
b. Masalah kesihatan (Surat Laporan Kesihatan daripada Pegawai Kesihatan hendaklah disertakan).

3. Tanggungjawab calon:
Calon hendaklah mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 Tahun
1982 – Peraturan Tatatertib dalam Peperiksaan Perkhidmatan antaranya:
i. Calon perlu mencetak dan membawa SLIP ARAHAN CALON, KAD PENGENALAN dan ALAT TULIS;
ii. Calon wajib berpakaian pejabat dan kemas;
iii. Bahan rujukan yang berkaitan dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali nota tangan dan nota slaid; dan
iv. Sekiranya calon tidak mengikut peraturan, Ketua Pengawas boleh menghalang calon daripada menduduki peperiksaan.

4. Keputusan:
i. Semakan keputusan peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi
(www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan);
ii. Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peperiksaan; dan
iii. Keputusan peperiksaan dianggap TERBATAL sekiranya calon didapati tidak layak menduduki peperiksaan yang berkaitan.

Vaccines

This is a picture we will no longer see today. Why? Because of vaccines.
.
These two boys had been exposed to the same Smallpox source – one was vaccinated, one was not. The image illustrates the real and enormous difference vaccination makes. Through all of human history, we have eradicated only one disease – Smallpox. In 1801, Edward Jenner hoped his discovery of vaccination would bring nothing less than the annihilation of Smallpox. His hope was realized. On May 24th, 1980, Smallpox was declared eradicated by the World Health Organization.
.
While we won’t see this picture today, the unfortunate truth is that even in 2018 we continue to see similar ones with other devastating diseases like Measles and Diphteria. All of which are preventable with one seemingly simple thing: vaccines.
.

 

Credit: Gareth Williams. Angel of Death: the Story of Smallpox

Did You Know?

 

Credit : didyouknowblog.com

Scary Facts You Probably Did Not Know

 

Credit : screenhumor.com

Intresting Facts About Japan

 

Credit : allthatsinteresting.com

Heal Your Soul #3

Fakta Menarik – 5 Misteri yang Berjaya dirungkai oleh Manusia

1. Kematian mammoth jantan

Pada tahun 2017, para saintis percaya bahawa mereka telah menemui jawapan tentang mengapa hampir 70 peratus daripada bangkai mammoth berbulu adalah dari jantina jantan.

Pasukan penyelidikan itu yang dipimpin oleh Muzium Sejarah Alam Sweden, menyimpulkan bahawa walaupun nisbah jantina adalah sama rata semasa kelahiran, ia menjadi tidak seimbang disebabkan oleh hirarki dan pengaturan hidup komuniti gajah gergasi.

Seperti gajah moden, rakan-rakan mereka yang berbulu hidup dalam kumpulan diketuai oleh seoekor ibu yang lebih tua.

Kumpulan-kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada mammoth betina dan anak-anak.

Walau bagaimanapun, mammoth jantan telah diusir apabila mencapai usia dewasa untuk hidup sendiri atau membentuk kumpulan bujang.

Tanpa sokongan kawanan dan tidak dijaga ibu, gajah-gajah jantan ini terlibat dalam lebih banyak “perilaku yang berisiko”.

Walaupun jenis tingkah laku ini mengakibatkan lebih banyak kematian, ia juga kondusif terhadap pemeliharaan. Mammoth jantan yang bersendirian lebih cenderung untuk menjadi mangsa kepada perangkap kematian semulajadi seperti

Mammoth lelaki lone lebih cenderung untuk menjadi mangsa perangkap kematian semulajadi seperti jatuh ke dalam lubang, lumpur dan glasier.

Bangkai-bangkai haiwan ini tertanam dan terlindung daripada cuaca, tidak seperti kebanyakan haiwan Zaman Ais lain, termasuk kebanyakan daripada spesis betina.

2. Kehilangan pasangan Switzerland

 

Pada suatu hari, Marcelin Dumoulin dan isterinya, Francine, pergi ke padang rumput berhampiran kampung Chandolin di Swiss untuk memberi makan dan dan memerah susu lembu mereka.

Selepas itu, mereka tidak kelihatan lagi selama 75 tahun. Pasangan ini hilang pada 15 Ogos 1942. Mereka akhirnya dijumpai pada Julai 2017, ketika glasier yang mengecut menampakkan badan mereka yang beku.

Ais telah memelihara mayat mereka, yang ditemui dengan barang-barang mereka dan pengenalan mereka yang masih dalam keadaan baik .

Ujian DNA menunjukkan keputusan positif mengesahkan bahawa mayat itu adalah Marcelin dan Francine Dumoulin.

Ternyata bahawa pasangan itu telah jatuh ke dalam rekahan ais, di mana mereka terperangkap dan tersembunyi selama beberapa dekad.

Apabila Glasier Tsanfleuron mula surut, ia mendedahkan badan mereka. Menurut pihak berkuasa serantau, perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Disebabkan perubahan iklim, glasier surut kerap mendedahkan mayat beku orang-orang yang hilang bertahun-tahun bahkan beberapa dekad lalu.

3. Penemuan kapal USS Indianapolis

Pada tahun 1945, tenggelamnya kapal USS Indianapolis membawa kepada kehilangan nyawa terbesar dari sebuah kapal dalam sejarah Tentera Laut AS.

Kapal ini ketika itu dalam misi untuk menghantar bahagian-bahagian untuk bom atom “Little Boy” di Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Tinian.

Selepas itu, kapal ini menjalani tugasan latihan dan tidak lama kemudian, ia dihentam oleh torpedo oleh kapal selam Jepun yang sedang dalam perjalanan ke Filipina. Daripada 1,196 anak kapal, hanya 316 orang yang terselamat.

Kapal itu memasuki budaya pop dengan pelancaran filem Jaws, di mana Kapten Quint, yang digambarkan sebagai mangsa yang terselamat dari Indianapolis, menceritakan kisah yang tidak dapat dilupakan bagaimana kru-kru yang masuk ke dalam air diserang dan dimakan oleh jerung selama empat hari sebelum diselamatkan.

Kapal itu tenggelam dalam hanya 12 minit sebelum menghantar isyarat kecemasan, dan kemudiannya tersadai di dasar lautan di antara Guam dan Filipina.

Sepanjang dua dekad yang lalu, dua ekspedisi cuba dan gagal mencari bangkai kapal ini menggunakan teknologi moden.

Pada tahun 2016, satu petunjuk baru muncul apabila rekod menunjukkan bahawa Indianapolis berselisih dengan sebuah kapal lain 11 jam sebelum diserang.

Menggunakan laluan yang diketahui oleh kapal lain itu, ekspedisi baru yang dibiayai oleh pengasas bersama Microsoft Paul Allen berjaya menganggarkan lokasi kapal karam itu.

Lebih setahun kemudian, akhirnya kapal USS Indianapolis ditemui di Lautan Pasifik Utara pada kedalaman 5,500 meter.

4. Cat pada Tentera Terra-Cotta

Penyelidik di China percaya bahawa mereka telah menyelesaikan misteri berusia 2,200 tahun disebalik cat polychrome Tentera Terra-Cotta.

Ditemui semula pada tahun 1974, Tentera Terra-Cotta adalah koleksi hampir 9,000 patung yang mewakili tentera, kereta kuda dan kuda yang dikebumikan dengan maharaja pertama China, Qin Shi Huang, untuk menjadi pengawal kerajaannya di akhirat.

Apabila mereka ditemui, beberapa patung masih mengandungi tompok-tompok pigmen berwarna-warni dan sisa-sisa bahan pengikat, sesuatu yang sangat jarang berlaku kepada patung-patung yang dikebumikan di bawah tanah dalam sedimen air tepu selama lebih dari dua abad.

Pigmen itu telah dikenal pasti sebelum ini sebagai sebatian bukan organik seperti cinnabar, azurite, dan malachite tetapi ejen ikatan dan kaedah yang tepat yang digunakan untuk melukis Tentera Terra-Cotta masih sukar difahami sehingga kini.

Untuk mencari jawapan mereka, saintis Cina menggunakan teknik canggih yang dikenali sebagai “matrix-assisted laser desorption/ionization time-of-flight mass spectrometry (MALDI-TOF-MS)”.

Tahap kepekaan yang tinggi memberikan hasil yang tepat walaupun terdapat kesan ejen pengikat. Hasilnya kemudian dibandingkan dengan sampel yang dituakan secara buatan.

Menurut kajian ini, para seniman kuno Qin mula-mula sekali menyalut patung-patung dalam satu atau dua lapisan pernis yang diperoleh dari pokok Toxicodendron, yang biasanya dikenali sebagai pokok lacquer Cina.

Selepas itu, mereka sama ada menggunakan lapisan polikrom secara langsung atau, dalam kebanyakan kes, menggunakan ejen pengikat yang dihasilkan daripada gam haiwan.

5. Misteri Blood Falls

Pada tahun 1911, ahli geografi Thomas Griffith Taylor meneumi aliran air yang pelik dari Glasier Taylor di Antartika Timur.

Ia memperoleh nama Blood Falls disebabkan oleh warna kemerah-merahannya, yang telah menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan ahli sains selama lebih dari satu abad.

Pada mulanya, orang ramai percaya bahawa pewarnaan itu disebabkan oleh alga merah.

Walau bagaimanapun, ini telah disangkal dan para penyelidik menyedari bahawa oksida besi yang menjadikan air berwarna merah, walaupun mereka tidak pasti bagaimana atau mengapa sehingga 2017.

Satu kajian bersama antara Kolej Colorado dan University Alaska Fairbanks menggunakan radar bunyi dan mengetahui bahawa air terjun itu dihubungkan dengan sumber air yang sangat besar yang mungkin terperangkap di bawah Glasier Taylor selama lebih dari sejuta tahun.

Oleh kerana kepekatan garam yang tinggi, garisan air garam sepanjang 91 meter kelihatan menonjol di sekeliling air yang segar.

Walau bagaimanapun, para penyelidik terkejut apabila menemui cecair yang mana mereka fikir bahawa ia adalah mustahil memandangkan suhu yang sangat sejuk.

Malah, Glasier Taylor kini adalah glasier paling sejuk yang terus mengalirkan air.

Penemuan ini mempunyai implikasi yang sangat menarik bagi ahli astrobiologi, yang menganggap persekitaran yang sejuk seperti Blood Falls adalah serupa dengan apa yang mungkin kita hadapi di dunia lain seperti di bulan Jupiter iaitu Europa.

Ia memberikan mereka akses yang mudah kepada mikroorganisma tanpa perlu menggerudi lubang ais yang berpotensi mencemarkan persekitaran yang utuh.

 

Credit : Iluminasi