Arab Saudi Dilitupi Salji

May be an image of snow and nature

JEDDAH – Penduduk tempatan berpusu-pusu melakukan perjalanan untuk menikmati salji terbaharu yang turun di barat laut Arab Saudi, lapor portal berita Arab News semalam.

Orang ramai di rantau Tabuk, dekat sempadan Jordan, terkejut apabila melihat padang pasir tandus diselimuti hamparan putih salji apabila mereka bangkit dari tidur pada 1 Januari lalu.

Banjaran Gunung Jabal Al-Lawz di Tabuk kerap kali menyaksikan salji turun apabila suhu menjunam ketika musim sejuk. Musim sejuk dianggap musim paling indah di rantau berkenaan.

“Setiap tahun, kami menunggu salji turun supaya kami dapat menikmati hidangan kabsa yang dimasak di atas salji oleh ibu saudara kami. Ia sudah menjadi tradisi keluarga ini,” kata Faris Al-Harbi yang merupakan seorang jurutera dan membesar di Tabuk kepada Arab News.

Arab Saudi sememangnya terkenal sebagai negara tandus tetapi suhu antara rantaunya berbeza-beza berikutan kepelbagaian lanskap termasuk kawasan pergunungan, pulau, gurun, gua dan lembah.

Salji biasanya turun di kawasan pergunungan di utara Arab Saudi seperti Turaif, Tabuk, Arar, dan Rafha. Penduduk tempatan dan pelawat menuju ke rantau-rantau tersebut untuk bermain salji dan menikmati cuaca sejuk.

Selain Tabuk, bahagian barat daya negara itu iaitu rantau Asir turut menyaksikan salji turun. Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan ramalan ribut petir dan angin kuat dijangka berlaku di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, dan Tabuk manakala lebih banyak salji diramal turun. – Agensi

2017 National Geographic Nature Photographer of the Year Winners

May be an image of animal and nature

Inilah foto yang memenangi 2017 National Geographic Nature Photographer of the Year Winners. Memaparkan sebuah kisah menyayat hati seekor orang utan jantan yang berselindung dibalik pokok di sebuah sungai yang di diami oleh buaya.

Fotografer Jayaprakash Joghee Bojan, yang pada awalnya ingin mengambil foto Buaya di Sungai Borneo, Indonesia. Secara tidak sengaja, dia terserempak dengan Seekor orang utan yang ingin menyeberangi sungai kerana kawasan hutan habitatnya telah habis diteroka untuk penanaman pokok kelapa sawit.

Kelakuan ini adalah jarang jarang berlaku di mana orang utan akan menjauhi kawasan berair kecuali untuk minum. Namun begitu orang utan ini terpaksa menyeberang demi untuk menyambung kehidupan ya. ?

Kata Jayaprakash, dia dapat melihat wajah Sayu yang penuh ketakutan.

Atas sebab Inilah juri memilih fotonya sebagai pemenang.

The City that Never Sleeps

Pernahkah anda terdengar perumpamaan tentang Bandar yang tidak pernah tidur (the city that never sleeps).

Maksudnya kehidupan dan aktiviti manusia di bandar itu tidak pernah berhenti. Tidak kira siang ataupun malam. Bandar yang tidak pernah tidur ini sentiasa sibuk dan ada sahaja manusia berlegar legar dengan pelbagai aktiviti. Malah sistem pengangkutan dan kenderaan berjalan siang dan malam.

Keindahan malam di Bandar itu diperolehi dari lampu lampu neon, paparan LCD dan sebagainya menjadikan malam itu meriah dan hidup.

Para pengkaji menobatkan Bandar New York adalah Bandar yang tidak pernah tidur dengan pelbagai aktiviti.

Di ikuti juga Bandar Ginza Di Tokyo, yang juga mempunyai suasana malam yang sangat indah dengan cahaya lampu.

Namun begitu, bagi saya Bandar yang paling sibuk dan tidak pernah tidur adalah Mekah di Arab Saudi yang tidak kira malam dan siang Sentiasa ramai dengan lautan manusia untuk beribadah kepada Allah SWT.

Buaya Terkecil di Dunia

Cuvier’s dwarf caiman. Inilah spesis buaya yang paling kecil di dunia. Di mana panjangnya dwarf caiman dewasa sekitar 1.5 – 1.6 meters.

Walaupun kecil, Tuhan memberikan keistimewaan pada nya di mana ia boleh bergerak laju berbanding spesis buaya lain samada di dalam air mahupun di daratan.

Namun begitu, diet makanan untuknya adalah selerti ikan, ketam, undang, labah labah, tikus dan haiwan haiwan kecil yang lain.

(ibarat cicak yang berkulit keras?)

Oleh kerana Saiznya ramai Peminat Peminat haiwan exotic mencari dan menjadikan dwarf caiman sebagai binatang peliharaan mereka.

Perkuburan Basikal

No photo description available.
No photo description available.

Apa yang anda lihat di foto di bawah adalah tempat pelupusan basikal di Shenyang China. Boleh dikatakan kawasan perkuburan Basikal.

Ini sebenarnya hasil dari industri sewa basikal yg meletup pada 2014. Sekarang dah melingkup. Basikal2 ni milik syarikat2 seperti Hellobike, Didi dan Meituan. Bukan basikal milik individu.

Tongue Drive System

No photo description available.

Subhanallah wabihamdihi..

Ini adalah tongue drive system iaitu sebuah alat yang di pasang di dalam mulut bagi pesakit yang mengalami kecederaan saraf tulang belakang yang serius (lumpuh satu badan). Alat ini seperti tetikus bagi menggunakan komputer serta mengawal pergerakan kerusi roda elektrik.

Lelaki Ini Masih Hidup Walaupun Terdampar di Pulau Seorang Diri Selama 438 Hari

May be an image of 2 people, beard and people standing
May be an image of 8 people, beard and people standing

Benarlah setiap yang berlaku itu adalah atas izin Yang Maha Kuasa. Apabila Dia berkata jadi, maka jadilah.

Salah satu buktinya adalah kisah seorang lelaki ini yang mampu bertahan hidup walaupun dia terdampar sendirian di tengah-tengah pulau yang kosong selama 438 hari.

Lelaki ini merupakan seorang nelayan dari negara El Savador. Nama beliau adalah Jose Salvador Alvarenga.

Jose dilaporkan hilang pada tarikh 17 November 2012 setelah beliau turun ke laut dan tidak kembali.

Proses mencari Jose dijalankan secara besar-besaran namun malangnya beliau tidak juga ditemui.

Ramai orang termasuklah ahli keluarga Jose sendiri sudah putus harapan dan menganggap Jose sudah mati.

Namun, pada tarikh 30 Januari 2014, Jose ditemui sedang berenang di lautan berdekatan Tile Islet, iaitu sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik.

Beliau ditemui oleh dua orang pelancong iaitu Russel Lakidrik dan juga Emi Libokmeto yang kebetulan menaiki bot di lautan itu.

Ketika ditemui, Jose dalam keadaan tidak berpakaian, memegang sebilah pisau serta menjerit dalam bahasa Sepanyol.

Jose menceritakan pengalamannya sepanjang dia hilang.

Jose dihanyutkan ke pulau itu. Di pulau tidak berpenghuni itu cuma ada Jose seorang diri sahaja.

Mujur ada pisau bersamanya. Jose memburu haiwan-haiwan seperti ikan, penyu serta burung-burung kecil. Jose makan kesemua semua haiwan ini secara mentah.

Air pula Jose cuma kumpulkan air hujan dan minum air hujan sahaja.

Itulah sahaja makanan dan minuman Jose. Agak ajaib beliau mampu bertahan sehingga 438 hari ataupun setahun 2 bulan untuk hidup seorang diri di situ.

Kota Instanbul

May be an image of 1 person, outdoors and monument

Subhanallah..

Di dalam dunia kita ini, hanya satu sahaja kota yang dibahagi dua dengan jajaran sempadan yang lurus . Dan, kedua-dua bahagian yang terpisah memiliki kepercayaan dan budaya yang berbeza. Memisahkan kota ini sebahagian milik Asia dan sebahagian lagi milik Eropah.

Inilah kota Istanbul, anda berdiri di bahagian Eropah tetapi anda dapat lihat bahagian Asia.

Suatu pemandangan yang banyak nostalgia, sejarah, dan ketamadunan manusia..

Cara Ikan Ini Menjaga Telurnya

No photo description available.

Subhanallah wabihamdihi..

Setelah bertelur sejenis ikan betina yang terdapat di perairan Philipine ini akan membiarkan telurnya kepada ikan jantan. Setelah telur menetas, ikan jantan ini akan menjaga dan menjaga kesemua anaknya. 30 hingga 40 anak2 ikan ini akan duduk di dalam mulut bapanya jika ancaman dari musuh datang. Si bapa terus memberi makan, menjaga dan melindungi anak anak ya sehinggalah mereka boleh berdikari. Yang menghairankan ikan betina atau ibu mereka tidak akan mengendahkan anaknya dan tugas menjaga anak2 diserahkan kepada ikan jantan sepenuhnya.. wah.. memang bapa mithali betul.. Kita yang hanya mempunyai beberapa orang anak pun lelah menjaganya. Inikan dia 40 ekor anak boleh dia jaga sorang2. subhanallah..

Kapal Layar Mewah Versi Terbang

No photo description available.
May be an image of outdoors

ROM, ITALI – Sebuah syarikat pereka pengangkutan berkonsepkan air, Lazzarini Design Studio, memperkenalkan sebuah kapal layar terbang mewah yang direka sebagai pengangkutan udara, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kapal layar diberi nama Air-Yacht itu mempunyai beberapa ciri yang terdapat pada bot namun apa yang membezakannya adalah dua belon udara yang boleh membuatkannya terbang seperti pesawat.

Kedua-dua belon udara tersebut dihubungkan menerusi empat jambatan karbon pada setiap sisi menuju ke struktur tengah.

Panjang keseluruhan bagi struktur gentian karbon udara adalah 150 meter (m), dengan lebar 80 m, manakala dek utama berukuran 80 m panjang dan 10 m lebar.

Selain itu, terdapat sebuah ruang bawah tanah yang boleh terapung membolehkan kenderaan itu mendarat di atas air apabila perlu.

Lima buah suite untuk penumpang turut dibina di setiap bahagian belon udara manakala suite pemilik kapal pula ditempatkan di bahagian tengah dengan pemandangan 360 darjah.

Dikuasakan oleh bateri ultra ringan dan beberapa panel solar, kapal layar terbang itu boleh terbang pada kelajuan maksimum 60 knots dalam tempoh lebih 48 jam.

Pemilik Lazzarini Design Studio, Pierpaolo Lazzarini berkata, Air-Yacht tidak akan digunakan untuk tujuan pengangkutan awam atau pelancongan tetapi direka untuk seorang pemilik persendirian. – AGENSI