Tahukah AndaSiput laut jantan memotong organ seks mereka sendiri selepas mengawan dan menumbuhkan semula yang baru sebelum musim mengawan akan datang.
Bulan
Bulan adalah objek angkasa yang agak kecil dalam Sistem Suria dan masih memegang gelaran satelit semula jadi kelima terbesar dalam sistem suria.
Bulan jika dibandingkan dengan Bumi ia adalah sangat kecil. Dalam imej ini, perbandingan dibuat berdasarkan diameter Bumi (12,742 km) dan Bulan (3,474.8 km). Bulan terletak secara purata, 384,000 km dari kita.
Kredit: @cosmic_background
Adat Keluarga Si Mati di Taroja, Indonesia
Tahukah Anda
Di Toraja, adalah kebiasaan untuk memberi makan si mati setiap hari dan meletakkan jenazah di tempat tidur yang selesa di dalam bilik berasingan di rumah keluarga sehingga keluarga itu mampu melakukan pengebumian yang sewajarnya.
Sepanjang tempoh sebelum dikebumikan, simati tidak dianggap mati, sebaliknya sakit. Mayat biasanya dimumiakan/ diawet
Upacara pengebumian sangat mahal sehingga mayat tidak dikebumikan bertahun-tahun, sehingga cukup kos pengebumian. Upacara pengebumian boleh berlangsung selama seminggu melibatkan sembelihan banyak kerbau (makin banyak, makin tinggi status). Kalau tidak, keluarganya tidak akan dihormati.
Selepas upacara pengebumian “Rambu Solo”, si mati akhirnya dikebumikan di makam.
Upacara kematian tak berhenti setakat dikuburkan!
Dalam upacara yang dikenali sebagai ma’nene, keluarga Toraja mengemas mayat mumia dan kubur mereka setiap satu hingga tiga tahun, biasanya pada bulan Ogos.
Saudara-mara yang mungkin telah mati selama lebih sedekad dikeluarkan dari kubur mereka, dibersihkan daripada sebarang pepijat, ditukar kepada satu set pakaian yang baru, dan disapu serta disembur dari kepala ke kaki.
Dengan itu, mereka merasakan simati dan keluarga sebenarnya tidak terpisah.
Kawah Chixculub: tragedi kepupusan dinasour.
Tahukah Anda
Kawah Chixculub: tragedi kepupusan dinasour.
1. Bumi seolah hampir kiamat bila asteroid yang besar menghentam bumi 66 juta tahun dahulu. Malapetaka ini amat dasyat sehingga menjadi penyebab utama dinasour pupus.
2. Hentaman asteroid sebesar gunung Everest ini membentuk kawah yang dalam apabila terjatuh di Yucatan, Mexico.
2. Membawa impak yang cukup dasyat di mana menyebabkan gempa bumi M11 ke seluruh dunia dan gelombang seismik (letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami) yang sangat lama, berbulan-bulan. Letusan gunung berapi terus berlaku beribu tahun lamanya.
3. Tsunami 300m,debu dan habuk serta batuan dan letusan gunung berapi menyebabkan 75% hidupan bumi mati berperingkat termasuk dinasour.
Krakatau 1883: Antara Letusan Terdasyat dalam sejarah manusia moden.
Letusan Krakatau 1883 di Selat Sunda bermula pada 20 Mei 1883 dan memuncak pada lewat pagi Isnin, 27 Ogos 1883, apabila lebih 70% pulau Krakatau dan kepulauan sekitarnya musnah apabila ia runtuh menjadi kaldera.
Menerusi catatan saksi yang direkodkan, letupan gunung berapi itu boleh didengar satu pertiga penduduk seluruh dunia di lebih 50 lokasi.
Ia menyebabkan sekurang- kurangnya 36,417 kematian semasa dan selepas, 20 juta tan sulfur dibebaskan ke atmosfera, menghasilkan musim sejuk gunung berapi (mengurangkan suhu di seluruh dunia dengan purata 2°C selama lima tahun)
44 tahun kemudian, muncul gunung berapi baru dipanggil Anak Krakatau.
Semalam, gunung Anak Krakatau meletus. Letusan terjadi sekitar pukul 16.15 WIB pada Khamis 3/2/2022.
Abu volkanik yang keluar dari gunung Anak Krakatau bila diukur dari atas permukaan laut mencapai 357 meter.
Penduduk dan pelawat dilarang mendekati kawasan dalam radius 2km.
Blackhole
Bola mata atau Blackhole /lohong hitam?
Adakah kita benar-benar ‘mewakili’ Alam Semesta?
Kredit: surenmanvelyan (IG)
Bumi Akan Dilanggar oleh Falcon 9 Booster?
Tahukah Anda
Falcon 9 Booster seberat lebih kurang 4 tan dijangka akan ‘melanggar’ bulan pada 4 Mac ini dengan kelajuan 9287.524 km/j.
Roket ini dilancarkan dari Florida pada 2015 dengan misi untuk mengambil data ribut solar dan iklim bumi.
Selepas selesaikan misi, roket ini tidak cukup bahan api untuk balik ke bumi dan dia ditarik oleh graviti bumi, bulan dan matahari. Graviti yang saling bersaing itu menyebabkan laluannya menjadi huru-hara.
Space Jellyfish
Tahukah Anda
Apa yang kalian lihat dalam imej ialah wap ekzos roket spaceX Falcon 9 , yang terpeluwap membentuk hablur ais dan kemudian diterangi oleh matahari terbenam.
Fenomena ini dipanggil space Jellyfish.
Alamak, ada dua anak mata?
Tahukah Anda
Penyakit ni dipanggil Polycoria, di mana ada lebih dari satu pembukaan pupillary dalam iris.
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit yang mempengaruhi iris. Polycoria sangat jarang berlaku, tapi ada.
Jika ada dua pupil dalam iris, dipanggil pupula duplex.
Lubang paling dalam di dunia pernah dikorek oleh manusia.
Tahukah Anda
Kola Superdeep Borehole merupakan lubang paling dalam di dunia pernah dikorek oleh manusia.
Ia merupakan satu projek penggerudian di bawah kendalian pihak Kesatuan Soviet. Mula digerudi pada 1970an dan tamat pada 1994.
Projek dijalankan di daerah Pechengsky yang terletak di Semenanjung Kola, Rusia.
Tak payah bayangkan lubang yang superbesar sebab diameternya cuma 9″ dan telah ditutup dengan baik. Tak ada orang akan menjangka lubang ni paling dalam pernah dikorek.
Fakta:
1. Lebih dalam dari jurang Mariana, titik paling dalam di lautan (11km++).
2. Saintis percaya, Kola Superdeep Borehole cuma mencapai 0.2% dari jarak ke teras bumi.
3. Melibatkan kedalaman 12, 262m.
4. Pada kedalaman 6440m, Saintis jumpa air terperangkap.
5. Pada kedalaman 6700m, saintis jumpa 25 jenis fossil mikrokospik berusia 2juta tahun.
6. Berhenti korek pada 1994, dipercayai akibat kejatuhan Soviet dan juga suhu yang terlampau panas, melebihi 180°C.