Dua hari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan melarang jualan, mengimport atau mengedarkan air zam-zam di Malaysia susulan larangan penjualan oleh kerajaan Arab Saudi. Air Zam Zam TIDAK DIBENARKAN dijual di Malaysia. Kenapa? Air Zam Zam dikategorikan sbg air mineral semula jadi (AMS). Penjualan AMS wajib mendapat lesen drpd KKM mengikut Peraturan 360A, Peraturan2 Makanan 1985. Tiada lesen dikeluarkan KKM bagi penjualan Air Zam Zam.
Walaupun ramai pihak yang menolak pelaksanaan larangan ini, namun ianya dipersetujui oleh beberapa Mufti antaranya Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan.
Menurut Mufti Perak, Harussani Zakaria, penjualan ini juga sebenarnya tidak dibenarkan mengikut hukum syarak kerana ianya tidak dibenarkan oleh tuan empunya badan (pihak Arab Saudi).
“Islam tidak benarkan orang ambil barang tanpa kebenaran.”
Beiau turut menjelaskan tidak menjadi kesalahan sekiranya pihak yang kembali dari menunaikan umrah atau haji membawa air zam-zam ke Malaysia dengan niat untuk bekalan sendiri atau un disedekahkan.
Yang menjadi masalah sekiranya air tersebut dijual kepada orang ramai.
Manakala bagi Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, air zam-zam yang diambil dari Makkah secara percuma tidak sesuai untuk diniagakan semata-mata demi mendapatkan keuntungan.
Aktiviti penjualan air zam-zam secara berleluasa di pasaran Malaysia dibimbangi dieksploitasi oleh pihak tertentu demi keuntungan mudah.
Kerana ada kemungkinan penjual mengaburi mata pengguna dengan mendakwa air paip yang dibotolkan adalah air zam-zam.
Air zam-zam dianggap sebagai suci oleh orang Muslim kerana berpunca dari telaga air zam-zam yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, iaitu tempat paling suci dalam Islam.
Malah air zam-zam juga digunakan dalam perubatan tradisional kerana dipercayai dapat menjadi penawar kepada penyakit.
Mungkin selepas melarang penjualannya, kerajaan perlu mencari mekanisma baharu bagi memudahkan rakyat untuk mendapatkan bekalan air zam-zam yang diyakini sumbernya di Malaysia.
Sumber: Berita Harian, MalaysiaKini