Kulit Kayu Manis Dalam Masakan Tidak Bahaya – KKM

Penggunaan kulit kayu manis jenis ‘cassia‘ dan ‘cinnamon‘ sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini kerana kebiasaannya kayu manis yang mengandungi coumarin, iaitu bahan semula jadi yang memberi perisa dalam makanan, hanya digunakan sedikit sahaja dalam masakan.

“Kandungan coumarin di dalam kulit kayu manis cassia adalah lebih tinggi berbanding kulit kayu manis cinnamon, bagaimanapun mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, coumarin dibenarkan dalam rempah ratus dengan tidak melebihi 10 mg/kg,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya peka dan prihatin terhadap dakwaan menerusi media sosial bahawa kononnya kulit kayu manis yang dijual di Malaysia adalah berbahaya serta boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang manusia.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,” katanya.

Kulit kayu manis cassia yang turut dikenali sebagai Chinese cinnamon, berasal dari selatan China dan turut ditanam di beberapa negara Asia seperti India, Indonesia, Laos, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam, manakala kulit kayu manis cinnamon adalah kulit kayu manis ‘Ceylon cinnamon‘ yang berasal dari Sri Lanka.

Orang ramai yang berasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan boleh membuat laporan terus kepada pihak KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang terdekat.

Mereka juga boleh membuat aduan melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my atau menerusi facebook BKKM www.facebook.com/

Burger Terhebat Di Dunia Tanpa Guna Daging

NEW YORK – Satu burger terbaharu di kota raya New York, Amerika Syarikat dinobatkan sebagai yang terhebat di dunia walaupun tidak langsung mengandungi daging.

Superiority Burger terkenal ini berharga AS$6 (RM26) dibuat dengan hanya menggunakan pati sayur-sayuran dan dinamakan burger paling hebat di dunia oleh majalah GQ.

Pasti pilihan itu menimbulkan kontroversi, tetapi ramai yang memuji rasa dan tekstur intipati burger itu tanpa mengetahui ia sebenarnya tiada langsung menggunakan daging lembu.

Burger itu dihidangkan dengan roti ban, daun salad dan tomato selain jeruk dil dan sos. Pemilik Superiority Burger East Village, Brooks Headley berkata, isi kandungan burger sayuran rahsianya.

Namun, bekas pemain dram kumpulan punk rock tersebut malah berkata, burger vegetarian semakin popular di negara kuasa besar dunia itu.

“Saya tidak perlu makan daging untuk menikmati burger yang sempurna. Keenakannya dinikmati secara menyeluruh, setiap kunyahan pati burger digabungkan dengan ban, daun salad dan sos memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan,” katanya

Gilakan Nutella? Ini Resepi Mudah Nutella Homemade

Siapa yang tak sukakan Nutella kan? Lagi-lagi bila dimakan begitu sahaja. Memang menjilat jari jadinya!

Maka tidak hairanlah, Nutella sangat popular dan menjadi koleksi wajib yang perlu ada di dapur bagi penggemar coklat.

download

Apa yang unik tentang Nutella, selain dibuat sapuan atas roti, coklat ini juga boleh digunakan dalam menghasilkan pelbagai koleksi pencuci mulut antaranya kek dan biskut.

Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda resepi mudah untuk membuat Nutella homemade.

Selain mudah dibuat, bahan-bahan yang diperlukan juga sangat senang didapati.

images (2)

Bahan-bahan

Cara-caranya

1. Kisar kacang sehingga keluar minyak

2. Di dalam mixer, putar bahan gula, serbuk koko dan esen vanila dan masukkan kacang yang sudah dikisar halus.

3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur seperti yang diinginkan samada mahu pekat atau cair.

5. Siap!

Resepi ini juga boleh dilakukan para ibu bersama anak-anak untuk mengisi masa lapang dan mengeratkan silaturrahim!

Cuaca Panas, Resipi Mudah Tau Fu Fah Ini Dapat Ribuan ‘Shares’

DALAM keadaan cuaca panas melampau sekarang, dapat menikmati Tau Fu Fah sejuk pastinya memberi kepuasan dan kenikmatan tidak terhingga.

Biasanya, sesiapa yang ingin menikmati Tau Fu Fah memilih untuk pergi mendapatkan juadah pencuci mulut ini di pasar malam ataupun di gerai-gerai tepi jalan berbanding membuatnya sendiri dirumah.

2

Ini kerana ramai yang berpendapat pembuatannya agak rumit dan memakan masa lama kerana perlu merendam kacang soya dan lain-lain.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fida Fyda telah berkongsikan cara mudah membuat Tau Fu Fah di rumah iaitu dengan hanya menggunakan air kotak soya dan agar-agar.

2B7A6D3800000578-3202901-image-m-34_1439942287994

Resipi pembuatan Tau Fu Fah ini telah menarik perhatian netizen khususnya kaum hawa hinggakan ianya mendapat lebih daripada 2,700 shares di Facebook.

2 Kotak Air Soya
1 Paket Agar-agar bertali
1 Cawan Air
1 Ketul Gula Melaka

Cara-caranya:

1. Masak agar-agar bersama secawan air
2. Apabila agar-agar telah hancur, masukkan dua kotak air soya
3. Masak beberapa minit dan tutup api
4. Tapis air rebusan soya dan agar-agar sebelum masukkan dalam bekas
5. Sejukkan air rebusan tersebut selama 30 minit
6. Apabila air rebusan itu telah keras boleh dihidang bersama air gula melaka atau air gula.

Selepas Aiskrim Sumi, Giliran Puding Sumi Pula Viral

ALAHAI rakyat Malaysia ini memang kreatif sungguh!

Barangkali kerana cuaca panas melampau, bermacam-macam resepi pencuci mulut unik lagi menyelerekan kami jumpa di media sosial.

Jika sebelum ini, aiskrim sumi pernah viral dan memenuhi timeline Facebook. Kini tiba pula giliran ‘seangkatannya’ iaitu puding sumi.

Apa yang paling bestnya, resepi ini bukan sahaja sedap dimakan sejuk-sejuk tetapi pembuatannya juga semudah ABC! Senang cakap, anak-anak dara kita pun boleh cuba.

Ini kami kongsikan resepi puding sumi;

Bahan-bahan

  • 1 Paket Agar2 Tali (37.5 gram)
  • 8 Cawan air
  • 1 1/4 Cawan gula pasir
  • 1 Tin Susu Cair
  • 2 Paket Sumi
  • Garam secubit

Cara-cara Penyediaan

1) Masakkan agar-agar hingga betul-betul hancur.

2) Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur.

4) Masukkan susu cair dan kacau hingga sebati.

5) Perlahankan api.

6) Susun sumi di dasar acuan.

7)Boleh curahkan agar-agar bila sumi dah melekat.

9) Sejukkan dalam peti ais.

27
capture-20150730-161329
4-Nora-Danish-Gayakan-Tudung-Jenama-Sendiri-Di-Iceland-ROTIKAYA

Ermmm.. mengiurkan bukan? Selamat mencuba!

Roti Benggali Pak Tam Warisan Punjabi Terakhir

Roti Benggali Pak Tam Warisan Punjabi Terakhir

TAHUN 1511 ketika Portugis menyerang Melaka – orang Melayu melaknat penjarah Eropah itu dengan nama Benggali Putih.

Roti Benggali Pak Tam Warisan Punjabi Terakhir

Kenapa digelar Benggali Putih?

Sebelum kedatangan Portugis, Melaka sudah didatangi pedagang Asia Selatan dari Wilayah Punjabi. Orang Punjab membahasakan diri mereka Benggali.

Ingat! Benggali bukan orang Bengal. Mereka etnik terbesar Wilayah Punjab yang terkenal dengan susuk tubuh tinggi lampai serta berjambang. Saiz tubuh inilah yang dikaitkan mirip Potugis.

Baiklah. Tak perlu panjang soal asal-usul kata Benggali. Sebab yang hendak diperkenalkan ialah roti Benggali.

Roti Benggali Pak Tam Warisan Punjabi Terakhir

Roti makanan ruji sejak zaman Neolitik. Malah bangsa Eropah sejak 1,000 tahun dulu menjadikan roti makanan utama. Di Asia Selatan, roti sudah lama bertapak.

Roti hadir dalam menu makanan manusia, sejak era kebijaksanaan memindahkan bijirin tanaman bermusim ke stok simpanan makanan empat musim.

Tanaman bermusim gandum diproses menjadi tepung. Ini inovasi hayat makanan untuk mengelakkan kebuluran. Tepung menjamin makanan bertahan sepanjang waktu terutama di luar musim tuaian.

Roti Benggali satu antara puluhan jenis makanan berasaskan tepung gandum. Selepas 500 tahun revolusi atau inovasi makanan berlaku, roti tetap relevan.

Cuma bezanya: Antara puluhan jenis roti – nasib roti Benggali kini di ambang kepupusan!

Roti Benggali Pak Tam Warisan Punjabi Terakhir

Sejak bila menu roti Benggali dibawa belayar dari Punjab ke Tanah Melayu?

Wikipedia kata: 1928. Di Pulau Pinang. Diperkenalkan oleh peniaga India Muslim dari Madras.

Roti Benggali Pak Tam Warisan Punjabi Terakhir

Kini mencari roti Benggali tidak mudah. Operasi kilang roti yang mengisi lot kedai papan era pra dan pasca merdeka kini sudah berakhir.

Transisi kilang roti dengan produk roti potong menyebabkan roti Benggali mulai pupus ditelan saingan komersil.

Kini di Kuala Lumpur – mencari roti Benggali seperti menyelam ke dasar laut mencari mutiara. Sukar ditemui, apatah lagi jenama yang menyamai resipi sebenar Made In Punjab!

Muka roti yang garing serta tekstur yang melantun lembut membuatkan kita teringat produk roti Benggali tahun 50an. Walaupun kaedah penghasilannya lebih moden, Pak Tam berjaya mengekalkan reputasi roti Banggali sama seperti Made In Punjabi warisan sejarahnya.

Jom serbu Pak Tam Cafe. Pekena dulu roti bakar dan beli sebuku roti Benggali – anda akan bersetuju: Roti Benggali Pak Tam memang warisan akhir resipi Punjabi!

Golongan muda Arab kini mula menyimpan

Tidak ramai golongan muda Arab yang mempunyai minat untuk melabur sebelum ini. - Foto AFP

DIBESARKAN di Timur Tengah tetapi kurang menyimpan wang dan tidak mengamalkan budaya melabur merupakan antara ciri-ciri golongan muda Arab.

Namun, kini semakin ramai golongan itu mula menggunakan aplikasi perkhidmatan perbankan online untuk membantu mereka mengesan perbelanjaan dan bajet kewangan masing-masing.

Ketika seorang wanita, Mayar Akrameh yang berusia 29 tahun dibesarkan di Lubnan, nasihat kewangannya adalah mudah iaitu bekerja bagi tempoh lama, bekerja keras dan menyasarkan untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi.

Wanita tersebut yang kini bertugas sebagai perunding pengurusan adalah salah seorang daripada ramai golongan muda Arab yang beralih kepada penggunaan teknologi kewangan atau dikenali sebagai ‘fintech’ untuk membantu mereka menyimpan dan membuat pelaburan.

Amalan itu sebenarnya telah diabaikan di negara-negara Timur Tengah.

“Kami diajar bahawa jika anda bekerja dan menghasilkan wang yang cukup, walaupun anda membenci pekerjaan anda itu, anda ialah seorang yang baik,” katanya kepada AFP.

Akrameh berpindah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 2019 iaitu semasa peringkat awal Lubnan dilanda krisis kewangan.

Nilai mata wang Lubnan kemudian jatuh ke paras yang terendah dengan ramai orang berhadapan dengan kawalan perbankan yang ketat di negara itu.

Ketidakstabilan ekonomi di rantau itu yang diburukkan lagi dengan pandemik Covid-19 telah mendorong ramai orang beralih menggunakan perbankan online dan aplikasi kewangan.

Akrameh, yang tidak tahu bagaimana cara melabur dan menjimatkan wang ketika dia mula menjana pendapatan kini telah menggunakan satu aplikasi kewangan untuk mengesan perbelanjaannya.

“Ini bukan hanya untuk tujuan persaraan nanti. Ini adalah mengenai hidup yang lebih baik, mempunyai impian, mempunyai masa untuk bernafas,” katanya.

Sejak setahun lalu, pakar-pakar ekonomi mula melihat terdapat perubahan tingkah laku dalam kalangan golongan muda Arab. - Foto AFP

Sejak setahun lalu, pakar-pakar ekonomi mula melihat terdapat perubahan tingkah laku dalam kalangan golongan muda Arab. – Foto AFP

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

Ketua Pegawai Eksekutif Sarwa iaitu sebuah firma perunding kewangan automatik yang berpusat di Dubai, UAE, Mark Chahwan berkata, beliau telah melihat perubahan tingkah laku kewangan pada tahun lalu.

Ini adalah disebabkan oleh Covid-19 yang menghancurkan banyak industri dan ramai orang kehilangan pekerjaan.

Chahwan berkata, rata-rata penggunanya masih baru dengan idea pelaburan untuk jangka panjang dengan ramai orang Arab masih teragak-agak untuk menunggu keuntungan yang akan diperoleh mereka berbanding daripada membuat keuntungan dengan cepat.

Dalam pada itu, menurut kumpulan pemikir Milken Institute, sektor ‘fintech’ di Timur Tengah didapati sedang berkembang.

Namun, banyak negara di Timur Tengah dan Afrika Utara mencatatkan pelaburan dan kadar simpanan jangka panjang yang rendah dalam kalangan golongan muda.

Ini diperkuatkan lagi dengan statistik yang menyatakan hanya tujuh peratus orang dewasa di rantau itu yang menabung untuk bersara, menurut laporan ‘Saving for Old Age’ atau Menyimpan Ketika Usia Tua keluaran Bank Dunia pada tahun 2016.

Sebahagian negara Arab Teluk yang kaya dengan minyak termasuk pengeksport minyak mentah Arab Saudi telah lama melaksanakan skim pemberian pencen yang ditaja oleh kerajaan kepada warganegara masing-masing.

Bagaimanapun, menurut agensi berita Bloomberg, skim itu mungkin tidak akan berterusan ketika Riyadh berusaha mempelbagaikan ekonominya supaya ia tidak bergantung dengan minyak.

Tambahan pula, pencen itu tidak diberikan kepada warga asing.

SIMPAN DAN LABUR

Kebanyakan warga asing merupakan tenaga kerja yang murah dan membentuk sebahagian besar penduduk di negara-negara Teluk.

Isu lain yang berlaku di negara-negara Arab tentang pelaburan ialah ia terhad kepada individu yang mempunyai aset cair yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya sebanyak AS$1 juta (RM4.18 juta).

“Sekiranya seseorang ingin melabur AS$1,000 (RM4,185) atau AS$10,000 (RM41,850), tidak banyak (pilihan) pelaburan yang ada,” kata Haitham Juma iaitu seorang pengurus penyelesaian pelaburan di Bank Negara Fujairah yang berpusat di UAE.

Beliau menyatakan pelabur-pelabur yang mempunyai pelaburan kecil memerlukan pilihan pengurusan kekayaan yang dilihat mempunyai lebih banyak ketelusan, aksesibiliti dan kecairan sekali gus membantu membantu mereka membina pasaran pelaburan di rantau ini.

“Kami masih di peringkat awal,” kata Juma ketika bank dan firma tempatan berusaha untuk membuat platform online yang mendidik para pengguna dan memudahkan mereka membuat pelaburan.

Menjadikan proses lebih mudah, dan menyeronokkan adalah kunci untuk menarik pelabur baharu, seperti yang digariskan oleh Lune iaitu platform kewangan UAE yang dilancarkan pada bulan Julai lalu.

Alexandre Soued iaitu pengasas bersama aplikasi itu berkata, tumpuan platform itu adalah mengenai langkah-langkah awal mengurus, menyimpan dan kemudian melabur dan menggalakkan penggunaan aplikasi dalam talian yang mudah.

Soued berkata, para pelanggan Lune tidak lama lagi akan dapat membandingkan simpanan mereka dengan orang lain yang mempunyai umur yang sama.

“Orang ramai mula mahu menjadi lebih berdikari sejak usia muda,” katanya kepada AFP.

Era pil antiviral Covid-19

Keputusan ujian klinikal terhadap molnupiravir menunjukkan ia dapat mengurangkan kadar individu dimasukkan ke hospital sehingga 50 peratus dan dapat mengelakkan kematian 100 peratus.

Bagaimana jika pil yang mudah diambil berupaya merawat Covid-19?

Firma gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Merck dan Pfizer kini menjadi perintis penghasilan ubat oral setelah mengumumkan keputusan ujian klinikal memberangsangkan.

Perkembangan itu dijangka membuka lembaran baharu dalam usaha untuk memerangi pandemik tersebut yang masih kekal mengancam komuniti antarabangsa dan mencetuskan gelombang jangkitan baharu susulan kemunculan varian Omicron yang dikesan di Afrika Selatan.

Ia adalah pil yang diambil sejurus individu mengalami simptom pertama Covid-19 bagi mengelakkan penyakit yang serius sekali gus mengurangkan risiko dimasukkan ke hospital.

Bentuk rawatan ubat oral telah dikaji sejak krisis kesihatan global itu bermula.

Selepas penyelidikan yang dilakukan selama beberapa bulan, Merck dan Pfizer akhirnya mencapai keputusan positif yang bakal menjadi rawatan alternatif selain vaksinasi Covid-19 yang masih dilakukan secara meluas bagi membendung penularan wabak itu.

Keputusan ujian klinikal terhadap molnupiravir menunjukkan ia dapat mengurangkan kadar individu dimasukkan ke hospital dan kematian sebanyak kira-kira 30 peratus.

Pada Khamis, Merck diberi kelulusan oleh AS untuk penggunaan pil molnupiravir ke atas golongan dewasa berisiko tinggi tertentu, sehari selepas paxlovid yang dihasilkan Pfizer diberi lampu hijau untuk kegunaan kecemasan terhadap golongan berisiko tinggi dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di Washington.

Kadar keberkesanan paxlovid untuk mengelakkan individu berisiko tinggi dimasukkan ke hospital adalah kira-kira 89 peratus.

Kadar keberkesanan paxlovid untuk mengelakkan individu berisiko tinggi dimasukkan ke hospital adalah kira-kira 89 peratus.

Kedua-duanya adalah antiviral yang bertindak dengan mengurangkan keupayaan virus untuk mereplikakan sekali gus memperlahankan penyakit.

Keputusan ujian klinikal yang memberangsangkan juga menyebabkan pengambilan molnupiravir disarankan oleh Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) untuk merawat individu berisiko tinggi mendapat Covid-19 yang teruk.

Sementara itu, kumpulan yang mengambil paxlovid pula merekodkan pada kadar hampir 90 peratus walaupun perbandingan secara langsung tidak boleh dibuat berikutan protokol kajian yang berbeza.

Sementara itu, kajian diterbitkan penyelidik Brazil menerusi jurnal Lancet Global Health pada Oktober lalu mendapati ubat antidepresan yang sudah tersedia kepada orang ramai, fluvoxamine juga memberikan keputusan yang positif untuk mengelakkan penyakit serius Covid-19.

Jika tahap keberkesanan ubat oral berkenaan disahkan, ia bakal menjadi kemajuan besar dalam usaha memerangi Covid-19 selepas kempen vaksinasi dilancarkan secara meluas di seluruh dunia, namun wujud ketidaksamaan dalam pengagihan bekalan terutamanya di negara miskin.

Pil pula lebih mudah diberikan kepada pesakit dan boleh diambil di rumah tanpa sebarang masalah.

Rawatan Merck dan Pfizer yang tidak menunjukkan kesan sampingan yang serius memerlukan pengambilan kira-kira 10 set rawatan selama lima hari.

“Kejayaan ubat oral antiviral berpotensi ini menandakan era baharu dalam keupayaan untuk mencegah kesan teruk jangkitan SARS-CoV2,” kata ahli virologi Britain, Stephen Griffin.

Bagaimanapun, sukar untuk menilai rawatan tersebut berikutan kedua-dua firma farmaseutikal itu hanya menerbitkan kenyataan dan tidak memberikan sebarang data ujian klinikal yang dilakukan sebagai bukti mengesahkan dakwaan mereka berhubung tahap keberkesanannya.

Pada September lalu, pakar penyakit berjangkit di Perancis, Karine Lacombe memberi amaran pengumuman tentang penghasilan ubat oral itu perlu diterima secara ‘berhati-hati’ sehingga kajian berkenaan dapat diteliti.

Menurutnya, ubat oral mewakili pasaran ‘berpotensi besar’ untuk syarikat farmaseutikal.

Namun, Merck dan Pfizer dilaporkan menghentikan ujian klinikal lebih awal daripada yang dijadualkan kerana keputusan ujian yang positif di samping mendapat lampu hijau daripada jawatankuasa pemantau bebas.

Bagi keputusan kajian fluvoxamine, beberapa pakar mendakwa isu seperti kekerapan dimasukkan ke hospital tidak dinyatakan secara terperinci untuk menjelaskan tahap keberkesanannya hingga didakwa merumitkan tafsiran data.

Merck berikrar untuk mengelakkan insiden ketidakadilan pengagihan vaksin Covid-19 berulang dengan memastikan pil anti-Covid-19 diedarkan secara serentak ke negara kaya dan miskin.

Pengarah Eksekutif Dasar Awam Global di firma itu, Paul Schaper memaklumkan mereka telah mula mengusahakan strategi itu sejak Julai 2020 sebelum keputusan keberkesanan ujian ubat oral dihasilkan bersama Ridgeback Biotherapeutics diumumkan pada bulan lalu.

“Sejak dari awal, kami telah membangunkan rantaian bekalan dan menjangkakan untuk menghasilkan 10 juta set rawatan menjelang akhir tahun ini dan menggandakan jumlah itu pada 2022.

Menurutnya, harga ditetapkan adalah berdasarkan pendapatan sesebuah negara seperti ditakrifkan data Bank Dunia.

Ia turut memeterai kesepakatan dengan lapan rakan niaga berlesen di India dan menandatangani perjanjian dengan Kelompok Paten Ubat (MPP) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memudahkan akses ke 105 negara.

Difahamkan, beberapa negara sudah mula membuat tempahan untuk mendapatkan bekalan molnupiravir dan permintaan yang semakin meningkat mungkin akan menyebabkan harga pasarannya lebih tinggi.

Pfizer yang masih belum menetapkan harga pasaran untuk paxlovid berjanji ia bakal dijual secara berpatutan dan tertakluk kepada pendekatan harga berperingkat berdasarkan tahap pendapatan negara. – AFP

INFO

Rawatan Covid-19 pertama di rumah telah diberikan kepada kumpulan pesakit di United Kingdom (UK) sebagai sebahagian daripada kajian kebangsaan digelar Panoramic ke atas 10,000 individu yang berisiko tinggi diketuai University of Oxford dan dibiayai Institut Kebangsaan untuk Penyelidikan Kesihatan.

Pada bulan lalu, Britain menjadi negara pertama meluluskan molnupiravir untuk digunakan pesakit berisiko tinggi yang mengalami penyakit serius seperti warga emas, golongan obes atau yang menghidap diabetes.

Molnupiravir sebagai molekul kecil mempunyai kelebihan yang tidak memerlukan cara storan sejuk seperti vaksin mRNA.

Pfizer menjangkakan untuk menghasilkan 180,000 set ubat paxlovid pada tahun ini dan kira-kira 50 juta set lagi pada 2022.

Data menunjukkan kira-kira 57.3 peratus penduduk dunia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala hanya 8.3 peratus populasi di negara berpendapatan rendah mendapat imunisasi Covid-19 berikutan nasionalisme vaksin.

Bukit Golan milik Israel selama-lamanya?

Kampung Majdal Shams dirampas dari Syria selepas berlakunya Perang Enam Hari pada tahun 1967. -  Foto AFP

BUKIT Golan dahulunya milik Syria. Namun, ia kini dijajah oleh Israel selepas memperoleh kemenangan dalam Perang Enam Hari yang berlaku pada tahun 1967.

Susulan kemenangan itu, rejim Zionis mewujudkan dan meluluskan Undang-Undang Bukit Golan pada 14 Disember 1981, sekali gus membolehkan Israel melakukan pembangunan di tanah yang dijajahnya.

Bagaimanapun, langkah tersebut tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Syria pula cuba merebut kembali Bukit Golan ketika berlakunya Perang Timur Tengah pada tahun 1973.

Perang itu menyebabkan kerugian besar kepada tentera Israel.

Namun, serangan mengejut tentera Syria itu tetap berjaya digagalkan.

Israel dan Syria kemudian menandatangani perjanjian gencatan senjata pada tahun 1974 menyebabkan pasukan pemerhati Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah ditempatkan di garisan gencatan senjata di Bukit Golan.

Sungguhpun begitu, Israel tidak mempedulikan kritikan masyarakat antarabangsa.

Sebaliknya, ia mengambil keputusan untuk membuka penempatan haram Yahudi di Bukit Golan menerusi undang-undang diwujudkannya.

Bukit Golan merupakan kawasan yang strategik buat Israel.

Kawasan dataran tinggi dengan purata ketinggiannya iaitu kira-kira 1,000 meter sekali gus membolehkan rejim Zionis memantau pergerakan tentera Syria.

Ia juga merupakan sumber utama air untuk sebuah kawasan yang gersang.

Ini adalah kerana air hujan dari tadahan Bukit Golan mengalir ke Sungai Jordan.

Sungguhpun begitu, Syria tetap berusaha menuntut Bukit Golan yang seluas 1,200 kilometer persegi yang juga menghadap ke Lubnan dan bersempadan dengan Jordan.

Syria mahu mendapatkan kembali Bukit Golan melalui perjanjian damai dengan Israel.

Pada akhir 2003, Presiden Syria, Bashar Al-Assad pernah berkata, beliau bersedia untuk menghidupkan semula rundingan damai dengan Israel.

Bashar Al Assad

Bashar Al Assad

RUNDINGAN

Di Israel, prinsip memulangkan wilayah sebagai balasan kepada keamanan telah pun diwujudkan.

Semasa rundingan damai yang mana Amerika Syarikat (AS) menjadi pengantara pada tahun 1999 hingga 2000, Perdana Menteri Israel ketika itu, Ehud Barak telah membuat tawaran untuk mengembalikan sebahagian besar Bukit Golan kepada Syria.

Namun, isu itu masih lagi tidak dapat diselesaikan dan Syria masih mahukan pengunduran penuh Israel dari Bukit Golan.

Rundingan tidak langsung antara Israel dan Syria kemudian disambung semula pada tahun 2008 melalui perantara kerajaan Turki tetapi digantung berikutan peletakan jawatan Ehud Olmert sebagai Perdana Menteri Israel atas tuduhan rasuah.

Ketika AS ditadbir oleh Barack Obama, beliau mengumumkan akan memulakan semula rundingan antara Israel dan Syria sebagai salah satu matlamat dasar luarnya tetapi apabila meletusnya Perang Saudara di Syria pada tahun 2011, ia sekali gus menjejaskan rundingan tersebut.

Israel membangunkan penempatan haram di Katsrin, Bukit Golan sejak bertahun-tahun lalu. - Foto AFP

Israel membangunkan penempatan haram di Katsrin, Bukit Golan sejak bertahun-tahun lalu. – Foto AFP

Bagaimanapun, keputusan untuk menambah penempatan haram Yahudi itu dibuat selepas AS ketika di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan pada tahun 2019.

Ketika itu, sebahagian masyarakat antarabangsa menganggap pendudukan rejim Zionis terhadap wilayah strategik itu sebagai haram.

Ia juga dibuat ketika Perdana Menteri, Naftali Bennett berkuasa di Israel.

Bennet mahu menambah bilangan penempatan haram melalui rancangan lima tahun yang melibatkan peruntukan sebanyak satu bilion shekel (RM1.3 bilion) manakala lebih 10,000 unit kediaman dengan satu pertiga daripadanya akan dibina di Katsrin, Bukit Golan.

PENDUDUK YAHUDI LEBIH RAMAI

Menurut Datuk Bandar Katsrin, Dimi Apartzev, dalam tempoh 20 hingga 30 tahun, Katsrin akan berkembang daripada populasi 9,000 penduduk kepada 50,000 hingga 60,000 penduduk haram Yahudi.

Sekurang-kurangnya 25,000 peneroka haram Israel kini tinggal di Bukit Golan.

Terdapat sekurang-kurangnya 23,000 penganut agama Druze kekal berada di Bukit Golan ketika Israel menjajahnya.

Penganut-penganut agama itu masih menganggap diri mereka sebagai rakyat Syria.

Kebanyakan mereka tinggal di lima buah kampung di sempadan Syria iaitu kira-kira 40 kilometer di utara Katsrin.

Bagaimanapun, Nazih Brek iaitu seorang perancang bandar di sebuah pertubuhan hak-hak asasi manusia Arab di Bukit Golan yang mendokumentasikan pendudukan Israel berkata kepada AFP: “Buat pertama kalinya, bilangan peneroka (haram Yahudi) lebih besar daripada jumlah penduduk Syria (Druze) di situ.”

Sementara itu, seorang pelajar universiti, Hany Zahwah dari Bukit Golan dilaporkan berkata kepada AFP bahawa generasi baharu kini yang terdiri daripada penganut Druze sedang menghadapi krisis indentiti dan menjalani proses Israelisasi.

5 Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang ‘Staycation’ Di Kuala Lumpur

Ketika ini, ramai berkongsi beberapa destinasi percutian yang sesak dengan kunjungan pelancong. Apa kata anda bercuti sahaja di sekitar Kuala Lumpur dan jika anda berseorangan pun tiada masalah kerana masih boleh berseronok.

‘Staycation’ di Kuala Lumpur tidak akan membuatkan anda bosan jika anda tahu mahu ke mana. Mari kami kongsikan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan walaupun bersendirian. Jom kita mulakan!

1. Taman Tema Berjaya Times Square

Terletak dalam pusat membeli-belah Berjaya Times Square, taman tema indoor ini akan menyajikan keseronokkan untuk anda. Mana tidaknya, dari permainan yang ‘biasa’ hinggalah ke permainan ‘extream’ akan membuatkan anda leka dengan masa dan menghilangkan stress anda.

Istimewa setiap bulan, jika tarikh lahir anda pada bulan tersebut maka anda akan dapat masuk secara percuma. Harga tiket masuk hanyalah RM55 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Berjaya Times Square Theme Park merupakan destinasi yang sangat berbaloi dan menyeronokkan bagi mengisi waktu cuti anda.

2. Restoran Berputar Atmosphere 360

Bagi anda yang mahu merasai pengalaman berbeza untuk menjamu selera, bolehlah ke restoran berputar Atmosphere 360. Anda dapat melihat keindahan pemandangan 360 bandaraya Kuala Lumpur dengan ketinggian 282 meter dari darat sambil nikmati hidangan anda.

Berkonsepkan buffet, terdapat pelbagai jenis makanan yang anda boleh nikmati daripada masakan Melayu, makanan barat dan banyak lagi. Pastikan anda ingat nombor meja anda kerana lantai meja yang berputar 360 dan anda juga boleh ke Sky Deck. Anda perlulah membuat tempahan terlebih dahulu jika mahu makan di restoran berputar Atmosphere 360 ini.

3. Bengkel mewarna batik

Jika anda tidak tahu mahu lakukan apa sekitar Kuala Lumpur, apa kata berkunjung ke Central Market dan menunjukkan kreativiti anda mewarna batik. Bengkel mewarna batik ini pasti buat anda rasa enjoy walaupun berseorangan dan dapat menghabiskan masa berkualiti bersama rakan atau pasangan.

Tidak perlu bimbang jika anda tidak tahu cara untuk mewarna batik kerana anda akan diberi tunjuk ajar sebelum memulakan aktiviti. Malah, baju anda juga tidak akan kotor kerana apron disediakan dan harga untuk kanvas batik bermula dari RM15 sahaja.

4. Day tour sekitar Kuala Lumpur

Walaupun anda lahir dan tinggal di Kuala Lumpur tetapi mesti ada banyak destinasi pelancongan yang anda belum pernah jejakkan kaki anda. Betul atau tidak? Apa kata anda gunakan khidmat pemandu pelancong untuk bawa anda berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan anda juga akan ketahui sejarah Kuala Lumpur lebih lanjut.

Selain itu, anda juga boleh naiki KL Hop On Hop Off dimana anda akan mengelilingi sekitar Kuala Lumpur menaiki bas dua tingkat. menariknya, pada ruangan atas bas tersebut tiada bumbung. Jika anda mahukan privasi, anda boleh sertai private tour tetapi jika mahu ‘adventure’ boleh naik sahaja KL Hop On Hop Off.

5. Aquaria KLCC

Rindu mahu ke lautan dan ingin lihat pelbagai hidupan laut? Anda boleh berkunjung ke Aquaria KLCC untuk melihat lebih dekat hidupan laut. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga akan ‘enjoy’ apabila berkunjung ke sini.

Malah, anda juga boleh melihat acara memberi makan kepada ikan jerung yang dilakukan oleh pekerja terlatih di situ. Nak lebih ‘extream’, anda boleh membayar lebih untuk aktiviti masuk dalam sangkar untuk berada lebih dekat dengan ikan jerung dan hidupan laut yang lain.

Tunggu apa lagi? Jom terokai Kuala Lumpur dan lakukan semua aktiviti yang dinyatakan.