Alhamdulillah, finally after much effort berjaya juga saya siapkan YouTube channel saya. I have my virtual background ready, ada intro dan outro for each video, and ready to roll for content. Harapnya semakin rajin lah nak create content. Come and take a glimpse of my YouTube channel right on this link. Jangan lupa untuk Like video-video di sana and please click Subscribe =)
TVETIC2021
This year we will be organizing the 4th Technical and Vocational Education and Training International Conference (TVETIC2021). Get all the information and updates here –> https://humanities.utm.my/tvetic2021/
Kisah 3 Ramadhan
Hanzhalah, Sang Pengantin Langit by Fedtri Yahya
Maafkan diriku kekasih hati,
gelora cinta terpaksa ku henti
.
Baru semalam mengukir asmara,
selimut rindu masih membara
.
Duhai kekasih zahir dan batin,
tinggallah sebentar ku mohon izin
.
Bagaimana jiwa hendak bertenang,
Rasulullah tercinta sedang berjuang
.
Perang cintaku di kamar pengantin,
perang Baginda kerana ad din
.
Belaian isteri terpaksa ditangkis,
sedang di sana pahlawan menangis
.
Belum sempat bermandi hadas,
tempur perwira semakin deras
.
Langkah diatur menuju medan,
gigitan cinta masih di badan
.
Hati terikat sentiasa tajdid,
pertaruh nyawa sumpah mujahid
.
Ikrar pahlawan Islam sejati,
tidak gentar istilah mati
.
Musuh terdengar terasa gentar,
pejuang Allah singa yang lapar
.
Perang Uhud menjadi saksi,
kalimah Allah terjulang tinggi
.
Seiring hembusan fajar nan suci,
langkah rapi setiap inci
.
Air mata isteri tercinta,
tangis sedih lara meronta
.
Hawa nafsu di tapak kaki,
cinta agama melonjak tinggi
.
Begitu gemilang semangat Hanzalah,
sanubari unggul bermujahadah
.
Kaki kuda Abu Sufyan,
kini sudah patah berantakan
.
Urat nadi seorang Hanzalah,
musuh melihat terasa lelah
.
Berpalulah segala gendang perang,
seruan bergema seisi ruang
.
Ketika menang dalam genggaman,
Hanzalah mati dalam hentaman
.
Tombak dari Syaddan Bin Aswad,
gugur pendekar di sanggar maahad
.
Ketika manis nikmat bernikah,
nyawa kini sudah dipangkah
.
Ketika masih dalam janabah,
Hanzalah telah menjadi jenazah
.
Basah mayatnya di medan perang,
bukti syuhada hati nan terang
.
Takjub alam melihat kejadian,
malaikat turun untuk mandikan
.
Darah harum seorang hamba,
kamar pengantin bertukar syurga
.
Kuda syahadah laju dipacu,
kuda khayalan diinjak kaku
.
Hujan rindu dari langit,
penuhi dahi bagai diulit
.
Bejana perak bawaan malaikat,
bersihkan darah mujahid yang pekat
.
Air mata seorang isteri,
menyambut nyawa cinta misteri
.
Betapa redha suami berjuang,
demi Allah rela kau tak pulang
.
Wangi keringat masih di ranjang,
bukti pahlawan pernah bersilang
.
Wahai suami di negeri abadi,
cahaya kematian menggetar nadi
.
Langit terbelah untuk Hanzalah,
masuklah dia bersayap indah
.
Demikian kisah cinta dirgahayu,
purnama akan kembali merindu
.
#pengantinsatumalam
#fedtriyahya
Penyeliaan Sarjana / Masters Supervision
These are the projects/research under my supervision as the main supervisor.
Completed:
- Haslinda Binti Jamaluddin (Project Research Study) – MOTIVASI DAN MINAT PELAJAR TINGKATAN TIGA TERHADAP MATA PELAJARAN REKA BENTUK TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU
- Nurfarhana Binti Uyub (Project Research Study) – MINAT, SIKAP, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGKATAN TIGA TERHADAP KERJA PROJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
- JOHN NEHEMIAH MARWA (Dissertation Mixed Mode) – SPATIAL ABILITY SKILLS USING SOLID PAIR METHOD IN BASIC ENGINEERING DRAWING
- NURUL HIDAYAH BINTI MOHD ZAINAL ABIDIN (Dissertation Mixed Mode)– KESEDIAAN KERJAYA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV)
On-going
- SYAFIQAH SAIDI (Master Full Research) – KEKANGAN DAN KOMPETENSI GURU REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN TIGA DALAM PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
- WAN NASRUL AFIQ WAN NAZRI (Master Full Research) – KECERDASAN KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN PRESTASI KERJA DI KALANGAN GURU DI KOLEJ VOKASIONAL
- WAN NUR SHABIHA WAN NASIR (Master Full Research) – A FRAMEWORK OF SAFETY AWARENESS AMONG SOCIETY AROUND PETROCHEMICAL PLANT IN TERENGGANU
- SITI NURANNISAH ABDUL RAHIM (Master Full Research) – A GUIDELINE OF NON-DESTRUCTIVE TESTING (NDT) COURSE IMPLEMENTATION FOR WELDING TECHNOLOGY PROGRAM FOR VOCATIONAL COLLEGES (VC) IN MALAYSIA BASED ON INDUSTRIAL NEEDS
Projek Sarjana Muda / Final Year Project
Berikut adalah tajuk Projek Sarjana Muda (PSM) di bawah penyeliaan saya:
Completed:
- HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DAN PENGARUH IBUBAPA TERHADAP PEMILIHAN BIDANG PENDIDIKAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (Nur Ashiqin Binti Ayub)
- KESEDIAAN PELAJAR LEPASAN PT3 DALAM PEMILIHAN KURSUS TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA DI KOLEJ VOKASIONAL DI SELANGOR (Nur Athirah Binti Ahmad Nazri)
- TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DARIPADA AKTIVITI SERVICE LEARNING: KAJIAN KES DI KALANGAN MAHASISWA TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN (Shafiqah Saidi)
- PERSEPSI PELAJAR TAHUN EMPAT KOLEJ VOKASIONAL DI MELAKA SEBELUM MENJALANI LATIHAN INDUSTRI (Siti Arfah Aziz)
- HUBUNGAN KECERDASAN PELBAGAI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP TAHAP KEMAHIRAN AMALI BENGKEL (Wan Nasrul Afiq Bin Wan Nazri)
- IMPLEMENTASI TEKNOLOGI AUGUMENTED REALITY DALAM ALAT BANTU MENGAJAR DALAM SUBJEK ASAS PNEUMATIK (Abdul Rahim Jabar)
- IMPLEMENTASI AUGMENTED REALITY DALAM PEMBINAAN ALAT BANTU MENGAJAR UNTUK TAJUK HUKUM KIRCHHOFF (Nur Hidayah Lokman)
- PEMBANGUNAN ALAT BANTU MENGAJAR: STARTER MOTOR (Nur Shahirah Md Ali)
- TAHAP PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN BENGKEL DALAM KALANGAN PELAJAR KURSUS KIMPALAN KOLEJ VOKASIONAL DI JOHOR BHARU (Razidan Kamarudin)
- PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN SAFETY MANAGEMENT BAGI TEKNOLOGI AUTOMOTIF DI KOLEJ VOKASIONAL (Vivan Le Su Fui)
- PEMBANGUNAN RUBRIK PSIKOMOTOR PELAJAR TEKNOLOGI KIMPALAN (Mohd Fazle Mohamad)
Protected: Nota Asas LK Minggu 2 Prezi
Protected: Nota Asas LK Minggu 1 – Prezi
Proses Penghantaran Tesis Berjilid
Bersama ini saya sertakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar untuk proses penghantaran tesis berjilid jika pembetulan telah disiapkan dan mendapat kebenaran dari penyelia untuk teruskan dengan proses penjilidan.
- Sediakan draf laporan dalam saiz A4, mengikut format depan belakang seperti dalam guideline tesis.
- Hantarkan draf laporan tersebut ke Pejabat Akademik Sekolah Pendidikan, bersama borang I (pra penghantaran tesis berjilid) untuk disemak. Semakan boleh dibuat on-the-spot, dengan bantuan Puan Norhila.
- Selesai disemak, jika ada pembetulan dari senarai semak tersebut, pelajar perlu membuat pembetulan, dan kemudian teruskan dengan penjilidan. Untuk penjilidan, pelajar digalakkan untuk menyediakan tesis bersaiz A4 dalam PDF file dan cetak serta jilid di kedai printing sekitar UTM. Kedai percetakan ini akan mencetak file tersebut dalam saiz B5.
- Selesai menjilid, hantarkan 2 set naskah berjilid beserta CD e-tesis ke pejabat akademik untuk dihantar ke Sekolah Pendidikan selewat-lewatnya 30 Mei 2019 . Ada 4 borang pelajar perlu bawa bersama:
Diharap panduan ini dapat membantu pelajar untuk proses penghantaran tesis berjilid ke Sekolah Pendidikan.
Microsoft Word Tips and Tricks (Part 1)
“Sahaja aku bermula dengan Part 1, untuk menyebarkan ilmu, kerana Allah Ta’ala”
Penggunaan Microsoft Word ni sememangnya meluas, dari guru sekolah, kerani, pekerja swasta, pekerja kerajaan, pensyarah, pelajar dan ramai lagi. Namun, ada banyak tips and trick dalam Microsoft Word yang ramai tak tahu dan tak mahir untuk gunakan. Untuk Part 1 ni, kita fokus untuk kegunaan penyelia dan pelajar, terutama untuk semakan penulisan.
Perkara pertama yang penyelia perlu lakukan apabila menerima manuskrip dari pelajar adalah, On kan fungsi Track Changes. Rujuk paparan tab Review di Microsoft Word di bawah, dan tekan icon pensil dengan notepad tu. Itulah button Track Changes.
Baik. Next, rujuk gambar di bawah. Selepas button Track Changes dah On, function Track Changes akan menyala. Segala perubahan yang dilakukan ke atas dokumen tersebut akan direkodkan dengan jelas. Jika kita sebagai pensyarah merasakan, ada sesetengah ungkapan yang perlu dibuang, kita delete ungkapan tersebut dan ia akan direkodkan seperti dalam gambar di bawah. Begitu juga jika ada pertambahan ayat atau perkataan.
Kita juga boleh memilih 4 jenis paparan semasa semakan. Paparan sedia ada adalah Final: Show Markup. Ianya menunjukkan segala perubahan yang telah kita lakukan pada dokumen tersebut. Ada juga pilihan paparan Final. Pilihan paparan ini tidak akan menunjukkan perubahan yang dilakukan, tetapi ianya masih disimpan sebagai rujukan. Cuma kadang kala kita tak nak serabut tengok segala perubahan yang kita lakukan, kita boleh pilih option paparan Final ni. Dua lagi paparan adalah Original: Show Markup dan Original, iaitu tanpa perubahan. Boleh rujuk gambar di bawah.
Anda boleh cuba mengikut kesesuaian. Cuma ingin saya ingatkan, perubahan yang dilakukan masih kekal dalam rekod, dan dokumen masih lagi menggunakan ayat yang lama jika kita Copy Paste. Kenapa ini berlaku?
Ini adalah kerana, Track Changes adalah berfungsi untuk merekodkan segala perubahan yang kita lakukan pada dokumen tersebut. Kita belum setuju lagi dengan setiap perubahan yang kita lakukan. Sebagai contoh, kita sedang menyemak dokumen/artikel untuk dihantar ke sebuah persidangan, dan kita perlukan pendapat dari penulis lain tentang penambahbaikan. Perbincangan masih berlaku dengan function Track Changes yang On. Seandainya semua semakan dari penulis telah dilakukan, baru kita boleh terima perubahan tersebut. Caranya adalah seperti berikut.
Ada dua cara untuk setuju dengan perubahan di dalam dokumen. Pertama, dengan menyemak setiap perubahan di dalam dokumen. Untuk cara ini, tekan Accept and Move to Next. Microsoft Word akan terima perubahan yang pertama dalam dokumen, dan akan pergi kepada perubahan yang seterusnya. Ini sangat menjimatkan masa, tak perlu lah kita baca lagi bahagian-bahagian lain yang tiada perubahan. Ini bagus untuk pelajar, supaya mereka belajar di mana kesilapan mereka, dan nampak dengan jelas di mana perubahan yang dilakukan.
Cara kedua adalah dengan menekan Accept All Changes in Document. Tekan sahaja dan semua perubahan akan diterima. Dokumen ini dikira telah disemak dan diedit. Gambar di bawah adalah paparan dokumen yang telah diterima semua perubahan di dalamnya. Button Previous dan Next di tab changes itu pula adalah untuk view setiap perubahan dalam dokumen. Ianya akan pergi terus kepada perubahan tersebut. Namun, button ini hanya untuk view sahaja. Accept changes masih lagi perlu ditekan.
Ada satu lagi function di tab Review yang kerap juga digunakan, iaitu function Comment. Untuk meletakkan komen menyatakan pendapat atau apa-apa sahaja berkaitan ayat tertentu, anda letakkan cursor atau highlight ayat berkenaan dan tekan New Comment. Rujuk gambar di bawah.
Pelajar boleh tekan button Previous dan Next untuk melihat setiap satu komen dari pensyarah. Setelah perubahan dilakukan seperti yang dikomen, pelajar boleh delete komen tersebut. Tapi bagi saya, saya lebih prefer jika komen itu dikekalkan supaya boleh dirujuk semula sewaktu semakan selepas pembetulan oleh pelajar. Jadi, sekian sahaja tips and trick untuk kali ini. Semoga bermanfaat kepada semua.
Online learning material for UHAK1012
During the MCO announce by the government, all lecturers are required to conduct online learning class. Hence, attached below are my video made for the topic of Leadership and Teamworking skills for UHAK1012 Graduate Success Attribute. Enjoy!
Day 3 in Osaka: Kurashiki!
Kurashiki ini sebuah bandar kecil di Okayama Perfecture. Agak jauh perjalanan dari Kansai, jadi kami gunakan Kansai Wide Area Pass for 5 Days di mana pass ni inclusive sekali dengan perjalanan menaiki Shinkansen. Itu yang penting. Pengalaman menaiki bullet train ni sesuatu yang menjadi idaman walaupun dapat peluang sekali seumur hidup!

Apa yang ada di Kurashiki? Well, untuk peminat bandar dan kota lama, tentunya ada Historical Bican di mana kesemua bangunan meninggalkan sejarah yang tersendiri. Dikekalkan seadanya. Bila dapat partner travel yang cool macam ni, tak ada la bergelimpangan kat mall untuk shopping aja. Dapat explore Kurashiki ni memang wishlist aku. Di bandar kecil yang tenang ini, akan kelihatan pelancong menaiki sampan di sepanjang Lake Kurashiki. Ada juga yang memberi makan kepada ikan koi serta angsa dan burung yang hidup disekitar Lake Kurashiki. Pelancong juga boleh mendapatkan servis penarik beca untuk menikmati sekitar Historical Bican Centre ini.
Kerana perjalanan yang jauh, hanya bandar Kurashiki je sempat kami explore pada hari ini. Dan malamnya kami sempat singgah di Dotonburi bergambar authentic bersama GlicoMan!
D-Day for Conference. 2nd Day in OSAKA!
Dah familiar sikit dengan sistem pengangkutan awam masa Day 1, berani dah untuk kita tempuh D-Day of the conference. Persidangan di jalankan di Ritsumeikan University, di area Osaka-Ibaraki. Lama kami decide pakaian apa nak pakai. Saja inginkan kelainan, kami berbaju kurung ke persidangan tersebut, melambangkan identiti kami sebagai rakyat Malaysia. Persidangan ini juga menarik, kerana perjalanan program berjalan sangat lancar, tiada protokol rumit seperti di Malaysia.
Selesai membentang dan bertukar kad nama bersama pembentang lain, kami hanya meneruskan perjalanan pulang ke AirBnb semula. Dalam perjalanan sempat kami singgah di restoran Matsuri, restoran halal untuk makan malam. Mochi dia ya Ampunn. Lembut dan sedap. Manis-manis buah. Kami order Okonomiyaki dan juga kek ikan. Sedap dimakan panas-panas terutama cuaca di sana memang sejuk sekitar 3 darjah celcius apabila menjelang malam.
Ok next, kita akan jelajah kawasan lain pula.
1st day in OSAKA, Japan!
Semasa mendaftarkan diri untuk menghadiri persidangan IC4E di Osaka, perkara pertama yang dicari adalah teman untuk pergi bersama. Memandangkan cuaca di OSAKA dijangka sekitar 2-5 darjah Celcius, dan ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, aku decide untuk tidak bawa Uwais bersama. Menguruskan Uwais yang unpredictable, ditambah dengan cuaca dan negara yang amat asing bagi aku mungkin akan jadi 1 halangan besar terutama untuk menghadiri persidangan nanti.
Setelah puas aku scroll wall Fb, ternampak la komen sahabat berdua ni yang sedang mencari destinasi percutian dalam bulan yang sama. Apa lagi, kita offer la! Untung juga jika mereka ikut aku sekali, kerana penginapan dapat dikongsi bersama. Maka, berbulan merancang itenari, pengangkutan dan penginapan, berjaya juga aku menjejakkan kaki ke bumi Osaka, Jepun. Sebelum ke persidangan, ini adalah gambar-gambar hari pertama di Osaka. Kami decide untuk berjalan sekitar Kansai Area, melawat Istana Osaka dan berjalan sekitar USJ serta URC hunting.
Banyak travelog yang pernah dikongsikan orang lain, jadi di post ini aku lebih suka cerita apa yang aku sendiri alami. Tips perjalanan masih boleh google, dan boleh juga join Fb Road To Japan kendalian Tok Jack untuk maklumat yang lebih terperinci bagi sesiapa yang teringin untuk melawat negara ini.
Seterusnya kami meneruskan perjalan ke tempat-tempat menarik sekitar Kansai seperti Museum of House and Living (untuk cuba Kimono), Kaiyukan Aquarium, dan sekitar Dotonburi. Banyak sangat gambar kalau nak tepek, kita buat short post sahaja. Till next post!
M39 families
Introducing… my M39-mates… closing lunch-potluck-date utk sem ini…![]()
![]()
![]()






































