Alhamdulillah, berjaya sudah saya menghadiri kursus Program Transformasi Minda (PTM) sebagai salah satu syarat untuk pengesahan jawatan di UTM. PTM Siri 1/2018 ini dihadiri oleh 87 orang peserta, termasuk dari kalangan PPP dan Staf Akademik.
Di awal program, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan. Tentulah saya berada di dalam kumpulan yang terbaik dengan kerjasama antara ahli yang tidak berbelah bagi. Inilah kumpulan saya, HUMANOID 4.0, atau secara rasminya Kumpulan 5 dalam siri PTM kali ini. Dari keseluruhan 8 kumpulan, kami di bahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Ternyata, atas kerjasama yang cukup padu, kumpulan kami telah menjadi juara keseluruhan dari Kumpulan A. Yeayyy!!!!
Menariknya, sepanjang program kesemua staf akademik bercampur dengan staf PPP dan kami sedikitpun tidak rasa kekok. Dan ini juga membuka ruang untuk menambah kenalan di sekitar PTJ yang lain. Personally, saya dapat menambah kenalan di unit keselamat iaitu Izzat, kenalan pensyarah di Fakulti Mekanikal iaitu Dr.Amir Putra, kenalan dari UTMKL Dr.Yana, Afiq dan Shida, kenalan dari Fakulti Sains, Suhaida, dari K10 Aishah dan dari CICT Serina. Lepas ni, jika ada apa-apa masalah boleh direct pada mereka. Hihi
Sepanjang program berlangsung, kami diberi pelbagai pendedahan berkaitan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam, etika pemakaian sewaktu bekerja, the do’s and don’t sepanjang bekerja dalam perkhidmatan awam, serta akta-akta dan hal-hal berkaitan integriti untuk dijadikan panduan buat kami sepanjang berkhidmat di UTM. Selain aktiviti berkumpulan yang memerlukan kami bekerjasam dalam melengkapkan tugasan, ada juga aktiviti riadah di waktu petang beserta pertandingan aerobik antara kumpulan.
Suka untuk saya kongsikan sedikit antara quote-quote menarik dari salah seorang penceramah pada siri PTM kali ini, iaitu dari Prof. Madya Dr. Kassim Bin Thukiman,dari Fakulti Pengurusan UTM. Slot bersama PM Dr. Kassim adalah slot yang paling santai dan malar segar. Sekalipun beliau bercerita tentang sejarah Malaysia, tetapi cara beliau menyampaikan intipati dari setiap cerita itu sangatlah dekat di hati saya. Bercerita tentang pemimpin/pembesar rakyat dahulu kala, beliau memberitahu bahawa pemimpin dahulu sanggup susah dan senang bersama rakyat. Meninggalkan keluarga hatta yang sedang gering sekalipun demi rakyat. Akhirnya, tewas di medan perjuangan tanpa harta di dalam poket seluarnya sekalipun.
Pemimpin dahulu meninggalkan dunia tanpa harta buat keluarganya