Archives for February 2021

MAJLIS MERAIKAN GRADUAN FAKULTI SAINS 2020 SECARA DALAM TALIAN

?Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua Warga FS

MAJLIS MERAIKAN GRADUAN FAKULTI SAINS 2020 SECARA DALAM TALIAN

Dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Sains akan mengadakan Majlis Meraikan Graduan Fakulti Sains 2020 bagi memberi penghargaan kepada semua graduan Prasiswazah dan Pascasiswazah Fakulti Sains yang sepatutnya bergraduasi secara rasmi pada Majlis Konvokesyen ke-64 UTM (MK64) pada Oktober 2020 lalu tetapi telah ditangguhkan ekoran situasi pandemik COVID-19.

  1. Sehubungan dengan itu, pihak Fakulti mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Meraikan Graduan Fakulti Sains 2020 sepertimana butiran berikut:

Tarikh: 25 Februari 2021 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
*Secara LiveStream, Facebook FakultiSainsUTM dan Webex (akan dimaklumkan)

  1. Pihak Fakulti amat berbesar hati sekiranya semua Penasihat Akademik/Penyelia dapat memanjangkan dan menghebahkan pemakluman ini kepada para graduan masing-masing. Pihak Fakulti juga mengalu-alukan kehadiran ibubapa graduan untuk sama-sama menyaksikan Majlis Meraikan Graduan Fakulti Sains 2020 ini secara dalam talian yang sememangnya diadakan khusus untuk mengiktiraf pencapaian para graduan dalam pelbagai bidang pengajian.
  2. Pada masa yang sama, Penasihat Akademik/Penyelia juga boleh membantu Fakulti/Universiti dalam memastikan para Graduan memberi kerjasama untuk meluangkan sedikit masa bagi mengemaskini status pekerjaan sekiranya ada perubahan (jika masih belum kemaskini) dalam soal selidik Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi (SKPG Kemaskini Status Pekerjaan@SKPG2.0) di http://graduan.moe.gov.my/update/.
  3. Semoga kehadiran para graduan bersama keluarga dan penyertaan semua warga FS untuk sama-sama meraikannya akan memeriahkan lagi majlis ini dan majlis dapat berjalan dengan lancar.
  4. Akhir kata, pihak Fakulti ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang julung kalinya diadakan secara dalam talian ini.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“Berkhidmat untuk Negara”

Fakulti Sains
UTM Johor Bahru

Tutorial 5 SSCE 1793

Tutorial 4 SSCE 1793

Tutorial 3 (ii) SSCE 1793

Tutorial 3(i) SSCE 1793

Tutorial 2(i) SSCE 1793

Tutorial 2(ii) SSCE 1793

Tutorial 1 SSCE 1793

FS FREE WEEK 2020

Examination 2020/2021_1

SSCM1023: Mathematical Methods 1

7/2/2021 (Sunday) 9.00am – 12.00pm (3 Hours) – Online exam