MISI BANTUAN BANJIR KEPADA PELAJAR @UTM KUALA LUMPUR

Mari bersama-sama membantu meringan beban mereka yang ditimpa musibah banjir. Keadaan Covid 19 yang masih lagi tidak diketahui bila akan surut, ditambah dugaan banjir ini, Pelajar kita perlukan motivasi dan sokongan kekuatan kita semua untuk teruskan perjuangan mereka. Kebajikan mereka menjadi keutamaan dan samalah kita MEMBANTU mereka ini. Dana perlu dikumpulkan dahulu, dan bantuan keperluan serta pembersihan akan menyusul berperingkat bersama TEAM SUKARELAWAN UTMKL dengan mengikuti SOP yang ditetapkan dalam waktu terdekat…INSYAALLAH. BANTUAN juga akan melibatkan kawasan komuniti berhampiran pelajar yang ditimpa musibah banjir ini. BANTUAN ANDA KAMI UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH

Image may contain: text

SANTUNILAH RAKYAT – PEMIMPIN POLITIK

Sesuatu yang indah dari nasihat baginda”JANGANLAH RAKYAT DIANIAYI kerana dipengaruhi emosi berdendam Dan pemikiran politik yang jumud””BAGINDA mengingatkan PARA PEMIMPIN POLITIK Bahawa tanggungjawab Dan Amanah tidak harus sama sekali Di pandang ringan atau DIRINGANKAN”

Hal Ehwal Pelajar UTMKL.. Moga pelajar yang kita keluarkan adalah pemimpin yang bakal memegang Amanah Dan tanggungjawab yang sebenarnya.. Aamiin

https://www.astroawani.com/berita-politik/tukar-mb-bukan-sejarah-yang-dibanggakan-sultan-perak-272481

Tukar MB bukan sejarah yang dibanggakan - Sultan Perak

BENGKEL PERSATUAN HEP UTMKL : SUAI KENAL – AMANAT PENGARAH SERTA HALA TUJU HEP UTMKL SESI 2020/2021

Seramai lebih kurang 170 pelajar telah bersama online talk , iaitu dipilih 5 member yang dari 36 Persatuan di UTMKL. Mengharapkan kefahaman mereka untuk meneruskan perjuangan dalam menghasilkan Pelajar yang Holistik.

HOLISTIC STUDENT DEVELOPMENT menjadi misi dan amanah kepada staff Hal Ehwal Pelajar untuk terus berusaha membina Pelajar cemerlang untuk diri mereka, keluarga dan masyarakat.

ATOMY MALAYSIA

SIRI 1 –  PENGENALAN ATOMY MALAYSIA

ORANG MALAYSIA YANG BELUM KENALI ATOMY

Terpanggil untuk meneliti GURUH ATOMY yang sibuk diperkenalkan oleh rakan-rakan. Seronok juga mencari kefahaman agar diri TERJAGA GITEW..Jangan Masuk tanpa memahami kan?. InsyaAllah kita BACA dan CUBA guna PRODUCT ATOMY..Masa ada enam (6) bulan setelah bergelar ‘MEMBER’ untuk mencari kefahaman agar YAKIN untuk teruskan BERSAMANYA.

Pembacaan bermula dari penulisan sahabat di July 2016, di mana bermula Syarikat ATOMY Malaysia ingin ditubuhkan. Tengok Video berikut yang dikeluarkan tahun 2015 oleh Atomy USA menjelaskan keupayaan ATOMY di sana.

NAK CERITA ATOMY 2016…. Perkongsian pada Saturday, July 23, 2016

Perniagaan 100% Pasaran Global bersama Atomy Malaysia, subsidiari Atomy Korea iaitu satu Syarikat Gergasi MultiNasional yang kini sudah bertapak di 7 buah negara dan sedang dalam rangka ke 38 buah negara sebelum ke ratusan negara lagi di dunia. Ketika laman ini disediakan, Atomy Malaysia belum pun dilancarkan. Atomy Malaysia Sdn Bhd telah pun didaftarkan dengan SSM malah permohonan semua lesen berkaitan juga telah pun dibuat sejak akhir tahun dulu. Bagaimana pun tarikh pelancaran Atomy Malaysia dijadualkan pada September 2016 sebelum ia menembusi pasaran Thailand akhir tahun ini (Dec 2016), Vietnam (2017) dan banyak lagi negara di Asia termasuk Indonesia (2018) sebelum ianya ke negara negara di Amerika Selatan dan benua lain.

Dengan kata lain tahun 2016, mendapat peluang sangat awal dan anda mempunyai banyak ruang serta masa untuk mengatur masa depan dalam mencorakkan taraf kewangan anda. Pastikan anda membaca dan memahami betul betul setiap maklumat agar anda tidak tercicir peluang yang terbaik, murah, mudah yang amat jarang hadir selama ini.

 Adakah Atomy sebuah syarikat MLM?.

Jawapannya “Ya”.

Tetapi Atomy bukan sembarangan syarikat MLM seperti yang pernah anda kenal atau sertai sebelum dan selama ini. Jadi apa sebenarnya Atomy dan apa uniknya dengan syarikat MLM ini?. Anda tentu pernah ke mini market atau ke supermarket bukan?. Apabila anda memasuki mini market atau supermarket, anda tidak perlu membayar apa-apa bukan?. Dan di dalam kedua premis itu anda bebas berbelanja dan membeli apa saja barangan keperluan harian anda, tanpa tekanan, tanpa paksaan oleh sesiapa. Banyak barangan keperluan harian boleh dibeli di mini market atau di supermarket berkenaan. Anda bebas masuk ke premis itu sekadar untuk “window shopping” dan bebas berbelanja ke atas apa saja barang keperluan harian bila anda rasa perlu untuk membelinya. Tiada bayaran masuk dikenakan dan tiada yuran apa pun yang perlu anda bayar bukan?

Atomy adalah umpama mini market dan supermarket tersebut. Bezanya Atomy adalah Online Mini Market atau Online Supermarket di mana anda boleh “shopping” apa saja seperti mana anda berurusan di dua premis di atas tadi.

 Anda boleh menyertai Atomy PERCUMA, tiada apa apa yuran atau kos tersembunyi yang dikenakan. Setelah menjadi ahli (PERCUMA), lalu anda bebas membeli apa saja barangan keperluan harian diri dan keluarga anda di Atomy. Atau anda boleh saja sekadar intai intai dulu apa yang ada dan boleh membelinya kemudian nanti. Berbelanjalah mengikut kehendak anda. Tidak ada tekanan dan tidak ada paksaan apa apa.

DEBATE & ORATORICAL COMPETITIONS – UTM KUALA LUMPUS CAMPUS

UTM KUALA LUMPUR STUDENTS💞💞💕🎉
Uplift your language and communication skills
Hal Ehwal Pelajar UTMKL
*THE FLOOR IS YOURS*

“Hey! COME and JOIN us, you own the floor!” 📢
Hello everyone! Are you ready to break your fear and anxiety towards crowds? If yes, here we are so excited to announce that Office of Student Affairs UTMKL in collaboration with Faculty of Social Science & Humanities and Islamic Centre is elated to conduct “The Floor Is Yours’’, a Debate and Oratorical competition based on an online PLATFORM. Famous MENTORS are also will be joining to help you, you are not alone. “The journey of a thousand miles begins with one step.” Let’s show your big talent by talking in a smart way with this virtual Debate or Oratorical competition.🗣️
The information is as follows :
📍 DATE: 21st NOVEMBER 2020 – 26th NOVEMBER 2020
📍 VENUE: GOOGLE DRIVE & WEBEX
📍 Link for registration:
– Oratorical:
Click here to check out the Rules and Regulation:
We would warmly welcome all the Diploma and Degree students include local and international students to participate. Cash Money💰 and many more exciting Prizes🎁 await you!
“THE PLACE IS LIMITED, REGISTER NOW.” 📝
📱 Don’t hesitate to contact :
(Cik Hanis: 011-64873615)
(Puan Hanim : 012-7200132)
Stay tuned for more information!
Follow @heputmkl on Instagram & Facebook for more updates ! 🤗
Insecure people try to make you feel smaller, Confident people love to see you walk taller. Show your talent! Register now!

“How to Write” – On a Basic Research

Written by Internship student : NURATHILAH IZZREEN

On 2 September 2020, there were held one class for student industrial training under Dr. Umi Aisah and Dr. Ong Pei Ying regarding How to Write by Dr. Umi. The class only for one hour started at 9.30 in the morning until 10.30. The main objective of this class was to teach students how to apply the writing skills to their thesis, project, research, or something related to writing for the future.

            The basis for all types of writing was the same which are introduction, body, and conclusion. For the introduction, there was an explanation of what the writing about. While for the body, there were several sections which are literature review, methodology, result, and discussion. Last but not least, the conclusion for the overall of the paper or writing.

            The introduction or background study, it should be general information for the main topic of the writing and explain it further for the reader’s information. The explanations should be in flow and linking to each other. It is also the same as the body of the writing. For each paragraph, it should start with the opening that related to the main point of the writing and it needs to be explained further or elaborate more. Then, there should have pre-closing and sum up for the topics in that paragraph before entering the new topics. But, pre-closing not necessary which is almost the same as the sum up for that paragraph.

            Other than that, about an abstract which is the summary of the whole paper. In the abstract, there should have an introduction to the topic, problem statement, the objective which the general one, carry out work or method and conclusion. In this conclusion, it should be clear which we need to write the exact value of the result that been achieved. Then, there was one question from one of the industrial training students regarding the literature review on how to write the literature review for a project paper or research. Any information, theory, or method related to our thesis needs to include in the literature review.

how to write.jpeg

Online Learning Implementation-UTM

All related documents can be found in the link below

olc.utm.my

How to teach online?

New:

Update Taklimat OL COVID-19 (Perubahan Tarikh Mid Sem)

PANDUAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERKUATKUASA MULAI 18 MAC 2020 HINGGA 31 MAC 2020 (Pekeliling Pentadbiran 15/2020)

GUIDELINE IMPLEMENTATION OF RESTRICTED MOVEMENT ORDER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA EFFECTIVE FROM 18 MARCH 2020 UNTIL 31 MARCH 2020 (English Version Guidelines)

UTM ONLINE LEARNING GUIDELINES DURING COVID-19 PANDEMIC

Online Learning Plan Template (Supplement to the Course Information (CI) and to be attached with available CI).

29 Mac 2020: Taklimat Garis Panduan Pembelajaran dalam Talian semasa COVID-19

Slaid Pembentangan Taklimat Penyelarasan Pelaksanaan P&P Sem 1 2020/2021

Video Langkah Pencegahan Penularan Wabak COVID-19 untuk Pelaksanaan P&P – will be updated

DUNIA PENSYARAH

DILEMA PENSYARAH BERSAMA BAKTI YANG DICURAHKAN 🙂

https://www.sinarharian.com.my/article/99042/KHAS/Pendapat/Bahagiakah-seorang-pensyarah

Sharing from Article SINAR HARIAN

**Profesor Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah di Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

KERJAYA sebagai pensyarah adalah kerjaya yang mulia. Ramai pelajar yang telah dididik sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara.
Pada waktu dahulu, pensyarah sering dipandang tinggi oleh masyarakat kerana keilmuan serta sahsiahnya yang mulia untuk dicontohi.

Mahasiswa pada ketika itu sangat menghormati pensyarah, menundukkan sedikit badan apabila lalu di hadapan mereka dan pasti akan memberi salam ketika bersua.

Jika sudah membuat temujanji untuk bertemu, pastinya akan datang lebih awal sebelum masa yang dijanjikan. Senario ini agak berbeza pada masa kini. Pelajar sekarang lebih mempunyai ruang untuk mendekati pensyarah.

Pensyarah ada masanya menjadi kawan dan ada masanya menjadi ibu atau bapa kepada pelajar. Jika pelajar melakukan kesalahan, mereka tidak lagi dilemparkan kertas sehingga bertaburan di atas lantai. Jika mereka datang kuliah lewat, pensyarah hanya boleh memberi peringatan dan tidak mengunci pintu dewan kuliah.

Nota kuliah pula boleh diperoleh secara online malah kuliah kadang-kadang berlaku secara maya. Benarlah, dunia telah berubah dan rentak manusia turut berubah.  Pensyarah terus berusaha menyesuaikan diri dengan kerjaya mereka meskipun skop kerja semakin luas. Jika dahulu, pensyarah lebih menumpukan kepada pengajaran, penyeliaan, penulisan dan khidmat masyarakat, tetapi kini skop kerja pensyarah ditambah dengan penglibatan di dalam penyelidikan.

Jika dahulu pensyarah cenderung menulis buku tetapi sekarang pensyarah perlu menulis artikel jurnal SCOPUS/WoS/ERA/Mycite sebagai KPI tahunan. Dalam PdP pula, pensyarah perlu menguasai kemahiran teknologi digital untuk memenuhi tuntutan semasa dalam dunia pengajaran dan pembelajaran kontemporari. Pensyarah juga perlu menjalankan penyelidikan dengan industri dan komuniti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pensyarah juga perlu memberi khidmat masyarakat berbentuk perundingan, rujukan pakar, ceramah, kuliah dan keterlibatan dalam badan profesional supaya visibiliti mereka tersohor di persada negara. Pendek kata pensyarah perlu menguasai pelbagai kemahiran multi tasking dan menjadi serba boleh. Ini menjadikan dunia pensyarah semakin sibuk kerana tuntutan kerjaya yang terlalu banyak. Hakikatnya tugas pensyarah lebih-lebih lagi di universiti penyelidikan semakin mencabar.

Kadang-kadang ada yang mengambil sikap buat tidak tahu sahaja apabila merasai keupayaan diri sudah tidak mampu mengikuti peredaran dan kehendak semasa yang terlalu tinggi. Ada juga yang berusaha menyahut cabaran dan berusaha memenuhi tuntutan semasa terutamanya menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang berimpak tinggi.

Malangnya, ada yang kecewa apabila artikel yang dihantar ke jurnal berprestij, ditolak. Sekali dua mencuba, masih ada semangat. Bagaimanapun, setelah berusaha berkali-kali, akhirnya timbul juga perasaan jemu dan putus asa. Itulah antara cabaran yang perlu ditempuh oleh seorang pensyarah. Lebih menyedihkan, kadang-kadang kesibukan memaksa segelintir pensyarah tidak cukup persediaan ilmu untuk mengajar kerana masa banyak dihabiskan pada tugasan lain yang mencabar.

Saya yakin, apa pun cabaran yang ditempuh, pensyarah tidak pernah menyesal menjadi seorang pensyarah, cuma memohon ada timbangtara yang diplomasi pada kerjaya ini pada masa mendatang.

Semoga usaha MAAC (Kongres Persatuan Akademik Malaysia) berkaitan isu kenaikan pangkat pensyarah di institusi pengajian tinggi awam mendapat jalan keluar terbaik.

Semoga kerjaya pensyarah ini kekal menjadi kerjaya yang mulia, yang dapat membimbing manusia ke arah menjadi insan berjasa. Diharapkan juga agar pensyarah mempunyai masa yang munasabah untuk menajamkan ilmu dan kepakaran dengan mengurangkan kesibukan mereka pada perkara-perkara teknikal yang sering berubah-ubah. Kadang-kadang terbanding juga dengan kerjaya pendidik lain seperti di sekolah.

Guru-guru ada time base dalam kenaikan pangkat, malah gaji mereka lebih kurang sahaja dengan gaji pensyarah padahal pensyarah perlu belajar sehingga ke peringkat doktor falsafah. Ada juga yang bekerja di bahagian pentadbiran, gaji mereka lebih banyak walaupun pensyarah mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Kita bimbang jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, anak-anak muda kurang berminat memilih kerjaya ini yang disimpulkan terlalu sibuk dengan ganjaran yang kurang sepadan.

Kita juga bimbang, jika pensyarah terlalu disibukkan dengan urusan lain, cendikiawan mereka semakin terhakis kerana keterbatasan masa untuk terus menggali intipati ilmu.

Harapan saya, walau apa jua cabaran yang ditempuh oleh pensyarah, semoga mereka terus cekal menempuhnya dan Allah permudahkan segala urusan mereka dan Allah angkat darjat mereka sebagai pendidik yang mulia, yang setia menabur bakti untuk kesejahteraan anak bangsa.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan kepada pelajar akan menjadi amal jariah untuk manfaat pensyarah di alam abadi. Biarlah kekayaan bukan menjadi impian di dunia tetapi biarlah ilmu yang disampaikan menjadi pedoman kepada generasi harapan sepanjang hayat mereka.Aamiin.

 

 

 

HEP UTMKL – We CARE

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Terkejut di pagi jumaat yang mulia, seorang pelajar datang ke pejabat dengan sedih hati, pelajar juga merupakan kategori B40..katanya Dr ..rumah saya di kampung terbakar mlam tadi, 100% total loss..mengalir air mata. Ditenangkan dengan menyatakan akan sebaiknya bantu beliau. Nak pulang emak sdang menumpang sekarang di rumah saudara pula, takut lagi menambahkan beban 🙁
Heputmkl Utmkl

memberi bantuan segera dlm RM200 atas sumbangan persendirian dan terus referkan pada Dr Fathi Pusat Islam UTMKL untuk turut membantu meringankan bebanan adik syafiq ini. Adik syafiq ini sgt rapat dengan hep dan suka beraktiviti dan dikenali oleh kawan2nya.

Moga Allah kurniakan kekuatan buat beliau dan keluarga. Semoga Allah memudahkan segalanya.
Hal Ehwal Pelajar UTMKL