PENERBITAN DI JOURNAL

Sedikit penerangan berkenaan dengan penerbitan di jurnal

Syahrir bin zaini perkongsian

Sebahagian besar daripada pengajian PhD adalah berkaitan dengan publish artikel dalam journal. Kalau selesai bahagian ini, dah lega sangat.

ISI-journal adalah journal berindeks. Namun, ada lagi journal berindeks lain. Macam Scopus, Google Scholar, Directory of Open Access Journals (DOAJ), Excellence in Research for Australia (ERA) dan MyCite.

Lain univerisiti lain syaratnya. Kemudian, bergantung kepada fakulti dan jabatan pula.

Bagi fakulti saya, syarat untuk bergraduasi ialah publish dua artikel dalam ISI-Journal. Tak kisah quartile apa. Kemudian, hantar tesis dan diikuti dengan viva tu.

ISI-Journal ada empat quartile, iaitu Q1, Q2, Q3 dan Q4. Disusun mengikut ranking. Q1 adalah 25% ranking pertama, diikuti oleh Q2, Q3 dan diakhiri dengan 25% ranking terakhir di bawah kategori Q4.

Sekarang, orang tengok kualiti sesuatu journal berdasarkan quartile. Dulu, orang tengok dekat impact factor. Jadi, high impact factor journal boleh dikatakan bersamaan dengan Q1 dan Q2 ISI-Journal.

Sebab tu research grant yang tertentu mensyaratkan researcher nya kena publish artikel dalam Q1 atau Q2 ISI-Journal. Alhamdulillah, saya tak terikat dengan syarat research grant ini. Rasa bebas sikit.

Nak publish satu artikel dalam Q4 ISI-Journal pun seksa sebenarnya. Sebab review process tu panjang. Kadang-kadang lebih setahun.

Peringkat pertama lagi dah mencabar. Kita sendiri kena cari ISI-Journal yang bersesuaian. Dari segi coverage nya.

Coverage ISI journal terbahagi kepada beberapa databases. Banyak sangat kalau nak disenaraikan di sini. Cukup saya bagi databases coverage yang diterima pakai sebagai syarat untuk bergraduasi kebanyakan universiti di Malaysia sahaja, iaitu:

1. Arts & Humanities Citation Index
2. Science Citation Index Expanded
3. Social Sciences Citation Index
4. Science Citation Index

Ada juga beberapa jenis coverage lain yang biasa kita jumpa, tapi tidak termasuk dalam kategori ISI-Journal yang diterima pakai untuk bergraduasi. Contohnya macam senarai ini:

1. Emerging Sources Citation Index
2. Biological Abstracts
3. BIOSIS PREVIEWS
4. Index Chemicus

Senarai penuh ada dalam laman web Master Journal List di link ini: http://mjl.clarivate.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *