Program Tanyalah Ustaz at Mahasa Villa

BERSAMA mendalami ilmu berkenaan korban &  lain2 Juga. Tetamu Bicara ustaz adalah
?Imam Muda Aran
?Nizam Laksamana

❤❤❤Info terkini???
? Tentatif program tanyalah ustaz?

25th August 2018
✅8.00 mlm :Makan Malam
✅8.35 mlm: Solat Isya’ berjemaah
✅9.00 mlm : Program tanyalah ustaz bermula.
✅11.00 mlm: Jamuan penceramah dan jemputan.
✳Tema mlm ni jubah❤

PUASA ARAFAH: IKUT TARIKH 9 ZULHIJJAH ATAU WUKUF DI SAUDI

PUASA ARAFAH: IKUT TARIKH 9 ZULHIJJAH ATAU WUKUF DI SAUDI? PENDAPAT DAN DALIL

Image result for wukuf arafah

By PU Salman ~fb PU Salman

Perbezaan permulaan zulhijjah dengan arab Saudi: puasa sunat arafah mengikut 9 zulhijjah Malaysia atau ibadah wukuf di arafah.

Pandangan ulama dan hujjahnya.

Ulama berbeza pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA:
================

Hendaklah puasa hari arafah itu mengikut berlakunya wukuf arafah di Saudi bukan 9 zulhijjah di Malaysia.

Antara yang mengeluarkan fatwa ini adalah Lajnah Fatwa Mesir, Lajnah Fatwa Saudi , Syeikh Faisal Maului, Syeikh Husamuddin Afanah dan lain-lain.

HUJJAH DAN DALIL:
=================

Nabi saw bersabda:
وعرفة يوم تعرفون

“ Dan Hari Arafah adalah hari manusia mengerjakan wukuf di Arafah.”

Hadis riwayat Baihaqi dan ini hadis Mursal (Daif)

Nabi saw menyandarkan puasa dengan perkataan arafah dalam hadis berikut:
صيام يوم عرفة

“ Puasa hari Arafah.”

Hadis sahih Muslim.

Hadis ini Nabi saw tidak menyandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah tetapi dengan wukuf di arafah.

PENDAPAT KEDUA:
================

Puasa hari Arafah mengikut tarikh 9 zulhijjah di Negara orang yang berpuasa walaupun bertentangan dengan berlakunya wukuf di Arab Saudi.

Ini pendapat sebahgian ulama seperti Syeikh Dr Ahmad alhajji aalkurdi, syeikh Uthaimin, Syeikh Dr Khalid Musyaikih dan lain-lain.

HUJJAH DAN DALIL
=================

Hadis
حديث كريب مولى ابن عباس أن أم الفضل بنت الحارث بعثته في حاجة إلى معاوية بالشام، قال: فقدمت الشام فقضيت حاجتها واستهل علي رمضان وأنا بالشام، فرأيت الهلال ليلة الجمعة، ثم قدمت المدينة في آخر الشهر فسألني عبد الله بن عباس ثم ذكر الهلال، فقال: متى رأيتم الهلال؟ فقلت: رأيناه يوم الجمعة، فقال: أنت رأيته؟ فقلت: نعم، ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال: لكنا رأيناه ليلة السبت، فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه، فقلت: فلا تكتفي برؤية معاوية وصيامه؟ فقال: لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Hadis kuraib hamba ibnu Abbas: Ummul Fadl binti Haris menghantarnya ke Syam bertemu Muawiyah di atas satu urusan. Kuraib berkata “ Bila aku sampai Syam dan menunaikan urusannya telah masuk bulan Ramadan. Aku melihat anak bulan malam jumaat. Aku telah sampai ke Madinah di hujong bulan Ramadan. Abdullah Ibnu Abbas bertanya padaku “ Bila engkau lihat anak bulan (Ramadan)? Aku menjawab “ Hari JUmaat.” Ibnu Abbas bertanya “ Engkau yg tengok?” Aku menjawab “ Ya, manusia lain pun melihatnya dan mereka berpuasa, Mu’awiyah pun puasa.” Ibnu Abbas berkata “ Tapi kami lihat pada malam sabtu, dan kami terus berpuasa sampai cukup 30 hari atau Nampak anak bulan Syawal.Aku bertanya:” Adakah tidak cukup berpegang dengan anak bulan yang dilihat oleh Muawiyah serta puasanya?” Ibnu Abbas menjawab “ Tidak , inilah yang Rasulullah saw perintahkan.”

Hadis riwayat Muslim. Sahih

Hadis ini menunjukkan setiap Negara berpuasa mengikut rukyah dan perkiraan negeri masing-masing dan tidak perlu mengikut negeri lain.

Sebahagian isteri Nabi saw telah meriwayatkan:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة

“ Rasulullah saw telah berpuasa pada 9 zulhijjah.”

Hr Abu Daud – Sahih

Dalam hadis ini disandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah menunjukkan berpuasa mengikut tarikh bukannya berlakunya wukuf di Arafah.

Dua orang lelaki (salah seorangnya Masruq seorang Tabiien) berkata kepada Aisyah yang berpuasa arafah:
“ Adakah kamu berpuasa ? kemungkinan hari ini adalah hari korban? Aisyah menjawab:

إنما النحر إذا نحر الإمام

“ Hanyasanya hari korban adalah apabila imam melakukan korban.”

Hr Baihaqi dgn Sanad yg jayyid.

Hadis ini menunjukkan perkiraan puasa arafah ialah hari sebelum Imam melakukan korban. Di Malaysia kita buat korban hari Ahad jadi pasti hari Arafah pada hari sebelumnya iaitu Sabtu.

KESIMPULAN
===========

Apapun ini adalah perkara khilafiah yang mana keduanya memiliki hujjah dan dalil masing-masing. Kita tidak perlu bertelagah dan kita hormati pandangan yg lain. Seeloknya kita berpuasa pada isnin dan selasa untuk meraikan dua pendapat ini. Namun kalau nak pilih salah satu saya cenderung hari selasa berdasarkan dalil2 diatas dan apa yang disebut oleh Syeikh Qardhawi:

” فإذا أصدرت السلطة الشرعية المسؤولة عن إثبات الهلال في بلد إسلامي ـ المحكمة العليا، أو دار الإفتاء، أو رئاسة الشؤون الدينية، أو غيرها ـ قرارها بالصوم أو بالإفطار، فعلى مسلمي ذلك البلد الطاعة والالتزام ؛ لأنها طاعة في المعروف، وإن كان ذلك مخالفا لما ثبت في بلد آخر،

“ Apabila bihak berkuasa agama yang dipertanggung jawabkan untuk penetapan anak bulan dalam Negara Islam, mahkamah tinggi, majlis fatwa, menteri hal ehwal agama menetapkan untuk puasa atau tidak, hendaklah penduduk Muslim di situ mentaatinya kerana ia termasuk dalam taat pada perkara yang baik, sekalipun menyalahi dengan Negara lain.

DIDIK ANAK

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

*Didiklah Anak Sebagai ‘Hamba’ Dari Sekarang

Supaya Kelak Tidak Menjadi Tuan’*

Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang. Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.

Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone atau berchating depan laptop?

Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, ada yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..

Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk. *Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa*

Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti. Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil tahu?

Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …

*“Kesian anak tu kecik lagi..”* *“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”*

*“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”*

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua? Bukan itu sahaja…

*Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri.* *Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …nak makan pun mak yang masak…* Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh. Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak ini. Guna sahaja tip dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.

Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.*Usah terlalu kasihankan anak* *Jangan terlalu memanjakan anak* *Ajar mereka erti susah payah sejak kecil* *Ajar mereka tentang kerja rumah* *Ajar mereka erti kehidupan* *Pupuk kesedaran dalam diri mereka* *Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.* *Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.* *Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.* *Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.* Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa. Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.

*Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T*

Image result for didikan ibu bapa

WORKSHOP New COs MPE

MPE NEW COURSE INFORMATION WORKSHOP

Dear All MPE staff,
As I promised in previous departmental meeting, there will be a workshop for new course information . Your attendance are compulsory. Please save the date into your calendar. thank you
When
Mon Aug 20, 2018 8:30am – 4:30pm Malaysia Time – Kuala Lumpur
Where
language lab 3, level 2 , MJIIT UTM KL (map)

SUKUM 2018 ~ Woman Futsal

*PROGRAM @ KEM LATIHAN PUSAT*

at UTM SKUDAI

6 Ogos 2018 *(Day 1)*

Pagi *(8.30am – 10.00am)*
* tactical attacking & defending
* set piece

Petang *(5.00pm – 6.30pm)*
* fitness & basic
* set piece

Malam *(9.00pm – 10.00pm)*
* official friendly match

7 Ogos 2018 *(Day 2)*

Petang *(5.00pm – 6.30pm)*
* fitness & basic
* set piece

8 Ogos 2018 *(Day 3)*

Pagi *(8.30am – 10.00am)*
* tactical attacking & defending
* set piece

Petang *(5.00pm – 6.30pm)*
* fitness & basic
* set piece

9 Ogos 2018 *(Day 4)*

Pagi *(8.30am – 10.00am)*
* tactical attacking & defending

pagi *(court futsal taman teratai)*
petang *(court futsal stadium utm)*

CONTINUE

*8 Ogos 2018*

Sesi : Latihan
Masa : 5.00ptg – 7.00ptg
Tempat : Court Stadium UTM

*9 Ogos 2018*

Sesi : Latihan
Masa : 8.30pg – 10.00pg
Tempat : Court Taman Teratai

Sesi : Friendly Match
Masa : 5.00ptg – 6.30ptg
Tempat : Court Fifa Daiman