PUASA ARAFAH: IKUT TARIKH 9 ZULHIJJAH ATAU WUKUF DI SAUDI

PUASA ARAFAH: IKUT TARIKH 9 ZULHIJJAH ATAU WUKUF DI SAUDI? PENDAPAT DAN DALIL

Image result for wukuf arafah

By PU Salman ~fb PU Salman

Perbezaan permulaan zulhijjah dengan arab Saudi: puasa sunat arafah mengikut 9 zulhijjah Malaysia atau ibadah wukuf di arafah.

Pandangan ulama dan hujjahnya.

Ulama berbeza pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA:
================

Hendaklah puasa hari arafah itu mengikut berlakunya wukuf arafah di Saudi bukan 9 zulhijjah di Malaysia.

Antara yang mengeluarkan fatwa ini adalah Lajnah Fatwa Mesir, Lajnah Fatwa Saudi , Syeikh Faisal Maului, Syeikh Husamuddin Afanah dan lain-lain.

HUJJAH DAN DALIL:
=================

Nabi saw bersabda:
وعرفة يوم تعرفون

“ Dan Hari Arafah adalah hari manusia mengerjakan wukuf di Arafah.”

Hadis riwayat Baihaqi dan ini hadis Mursal (Daif)

Nabi saw menyandarkan puasa dengan perkataan arafah dalam hadis berikut:
صيام يوم عرفة

“ Puasa hari Arafah.”

Hadis sahih Muslim.

Hadis ini Nabi saw tidak menyandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah tetapi dengan wukuf di arafah.

PENDAPAT KEDUA:
================

Puasa hari Arafah mengikut tarikh 9 zulhijjah di Negara orang yang berpuasa walaupun bertentangan dengan berlakunya wukuf di Arab Saudi.

Ini pendapat sebahgian ulama seperti Syeikh Dr Ahmad alhajji aalkurdi, syeikh Uthaimin, Syeikh Dr Khalid Musyaikih dan lain-lain.

HUJJAH DAN DALIL
=================

Hadis
حديث كريب مولى ابن عباس أن أم الفضل بنت الحارث بعثته في حاجة إلى معاوية بالشام، قال: فقدمت الشام فقضيت حاجتها واستهل علي رمضان وأنا بالشام، فرأيت الهلال ليلة الجمعة، ثم قدمت المدينة في آخر الشهر فسألني عبد الله بن عباس ثم ذكر الهلال، فقال: متى رأيتم الهلال؟ فقلت: رأيناه يوم الجمعة، فقال: أنت رأيته؟ فقلت: نعم، ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال: لكنا رأيناه ليلة السبت، فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه، فقلت: فلا تكتفي برؤية معاوية وصيامه؟ فقال: لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Hadis kuraib hamba ibnu Abbas: Ummul Fadl binti Haris menghantarnya ke Syam bertemu Muawiyah di atas satu urusan. Kuraib berkata “ Bila aku sampai Syam dan menunaikan urusannya telah masuk bulan Ramadan. Aku melihat anak bulan malam jumaat. Aku telah sampai ke Madinah di hujong bulan Ramadan. Abdullah Ibnu Abbas bertanya padaku “ Bila engkau lihat anak bulan (Ramadan)? Aku menjawab “ Hari JUmaat.” Ibnu Abbas bertanya “ Engkau yg tengok?” Aku menjawab “ Ya, manusia lain pun melihatnya dan mereka berpuasa, Mu’awiyah pun puasa.” Ibnu Abbas berkata “ Tapi kami lihat pada malam sabtu, dan kami terus berpuasa sampai cukup 30 hari atau Nampak anak bulan Syawal.Aku bertanya:” Adakah tidak cukup berpegang dengan anak bulan yang dilihat oleh Muawiyah serta puasanya?” Ibnu Abbas menjawab “ Tidak , inilah yang Rasulullah saw perintahkan.”

Hadis riwayat Muslim. Sahih

Hadis ini menunjukkan setiap Negara berpuasa mengikut rukyah dan perkiraan negeri masing-masing dan tidak perlu mengikut negeri lain.

Sebahagian isteri Nabi saw telah meriwayatkan:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة

“ Rasulullah saw telah berpuasa pada 9 zulhijjah.”

Hr Abu Daud – Sahih

Dalam hadis ini disandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah menunjukkan berpuasa mengikut tarikh bukannya berlakunya wukuf di Arafah.

Dua orang lelaki (salah seorangnya Masruq seorang Tabiien) berkata kepada Aisyah yang berpuasa arafah:
“ Adakah kamu berpuasa ? kemungkinan hari ini adalah hari korban? Aisyah menjawab:

إنما النحر إذا نحر الإمام

“ Hanyasanya hari korban adalah apabila imam melakukan korban.”

Hr Baihaqi dgn Sanad yg jayyid.

Hadis ini menunjukkan perkiraan puasa arafah ialah hari sebelum Imam melakukan korban. Di Malaysia kita buat korban hari Ahad jadi pasti hari Arafah pada hari sebelumnya iaitu Sabtu.

KESIMPULAN
===========

Apapun ini adalah perkara khilafiah yang mana keduanya memiliki hujjah dan dalil masing-masing. Kita tidak perlu bertelagah dan kita hormati pandangan yg lain. Seeloknya kita berpuasa pada isnin dan selasa untuk meraikan dua pendapat ini. Namun kalau nak pilih salah satu saya cenderung hari selasa berdasarkan dalil2 diatas dan apa yang disebut oleh Syeikh Qardhawi:

” فإذا أصدرت السلطة الشرعية المسؤولة عن إثبات الهلال في بلد إسلامي ـ المحكمة العليا، أو دار الإفتاء، أو رئاسة الشؤون الدينية، أو غيرها ـ قرارها بالصوم أو بالإفطار، فعلى مسلمي ذلك البلد الطاعة والالتزام ؛ لأنها طاعة في المعروف، وإن كان ذلك مخالفا لما ثبت في بلد آخر،

“ Apabila bihak berkuasa agama yang dipertanggung jawabkan untuk penetapan anak bulan dalam Negara Islam, mahkamah tinggi, majlis fatwa, menteri hal ehwal agama menetapkan untuk puasa atau tidak, hendaklah penduduk Muslim di situ mentaatinya kerana ia termasuk dalam taat pada perkara yang baik, sekalipun menyalahi dengan Negara lain.