Jangan dekriminalisasi penggunaan dadah – Tuan Ibrahim

Dari Kata-kata

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN ialah Timbalan Presiden PAS dan Anggota Parlimen Kubang Kerian.

Adakah langkah kementerian ini cerminan kepada kegagalan usaha pembasmian najis dadah? Jika benar, ia satu bencana besar bagi negara dan generasi akan datang. Satu usaha bersepadu perlu dilakukan untuk memulihkan sistem sosial dan menjadikan Islam sebagai teras pembinaan masyarakat. Gaya hidup bebas dengan menjamu hawa nafsu akan mengundang mudarat yang besar.

Malaysia mesti komited untuk menghapuskan najis dadah dengan memburu rangkaian pengedaran dadah secara besar-besaran. Pada masa yang sama, mereka yang telah terjebak dengan najis dadah perlu dipulihkan dengan kaedah yang betul.

Kembalikan mereka kepada gaya hidup yang sihat. Memberikan pemilikan dan penggunaan dadah kepada penagih tidak akan menyelesaikan masalah akar najis dadah.

Pandangan Saya

Saya bersetuju agar preventive di dahulukan dari corrective actions.

Kembalikan mereka (orang yang kita sayangi-semua manusia) kepada gaya hidup yang sihat. Memberikan pemilikan dan penggunaan dadah kepada penagih tidak akan menyelesaikan masalah akar najis dadah.

Dalam situasi pelajar juga amat membimbangkan. Hari ini kisah begini di paparan dada akhbar. Marilah bantu generasi kita agar BEBAS DADAH mahupun Gejala negatif yang lain.

https://www.sinarharian.com.my/article/15084/BERITA/Jenayah/Polis-tahan-empat-pelajar-IPTA-disyaki-edar-dadah

*Polis tahan empat pelajar IPTA disyaki edar dadah*